A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 20 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini204
mod_vvisit_counterBulan Ini7780
mod_vvisit_counterJumlah547446
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PENULIS FB & PASANGAN DATANG ZIARAH: RIBUAN TERIMA KASIH
PENULIS FB & PASANGAN DATANG ZIARAH: RIBUAN TERIMA KASIH PDF Cetak Emel

Terimakasih Sdri Fadliza Mn dan suami yang sudi datang ke kediaman kami di Puncak Seri Gombak petang hari ini dengan membawa buah tangan berupa produk perniagaannya 'Kopi KABA' iaitu biji kopi asli dicampurkan dengan pokok herba yang berkhasiat tinggi Kancing Baju, yang lazat ...Rasanya sungguh lega kesakitan saya yang berbaki ini, bila meminum kopi ini panas-panas..!

Fadliza MN ini adalah anak perempuan Encik Mohammad Nor Tendung Pasir Mas , yang dikenali dengan panggilan 'Abe Nor',seorang pakar herba yang tidak ada pelajaran tinggi, tetapi kerap menjadi Pensyarah Undangan di Pusat-Pusat Pengajian tinggi dalam bidang pokok-pokok hutan dan tanaman herba.

Dua orang yang terdiri dari seorang putera (Mahadzir) dan seorang puterinya (Fadliza) yang tamat belajar dengan ijazah kepujian di IPT Awam, telah berkerja sepenuh masa dengan Abe Nor, (Bapa mereka) untuk memasarkan daun, ranting batang pokok dan akar berjenis-jenis tanamannya ke seluruh dunia, khususnya Amerika yang telah menempah beratus kilogram setiap bulan, terutama dedaun yang boleh mengubati penyakit yang tidak  terdapat penawar/ubatnya di sana...!

Tetapi sebelum mereka berdua beredar selepas solat maghrib di kediaman kami, kami meminta mereka petik sendiri buah-buah terung yang bergayutan yang kami tanamnya berselang seli dengan pokok-pokok herba pilihan dibahagian bawah pagar disekeliling rumah kami, manakala di bahagian atas pagar pula dipenuhi dengan pokok-pokok anggur yang menjalar berbelit-belit di setiap bilah besi pagar yasng setinggi kira-kira tujuh kaki itu...

Idea menanam Pokok Anggor ini saya dapati semasa saya mula menjadi Wartawan Kadet di akhbar Utusan, dijemput oleh PBB melalui Ketua Pengarang kami masa itu Mazlan Nordin (kini Tan Sri), ke Tripoli Libya, kerana boleh berbahasa Arab, untuk membuat liputan mengenai seminar global bertajuk 'Seminar On Zionism and Racism' atau dalam Bahasa Arabnya berbunyi;
 'Almu'tamarul-aalamiy  'an alssahyuniyyah wal-unsuriyyah' yang bermaksud, 'bahayanya fahaman perkauman Zionis terhadap dunia' selama seminggu, dimana saya berjaya menyelinap dan membuat temuramah khas dengan pemimpin utamanya Al Aqid Muammar Qazafi (Media barat memanggilnya Gaddafi) temuramah dan gambar saya dengan Gaddafi, diapit oleh Timbalannya Abdul Salam Jalud,  telah disiarkan dimuka utama di akhbar utama Libya bernama 'Alfajrul jadid' (Fajar baru) dan di Malaysia ia disiarkan dalam akhbar Utusan malaysia pada tahun 1977.

Pada waktu petang hari yang tidak ada program seminar saya dan beberapa orang wartawan dari Amerika Latin merayau dikawasan perumahan yang tak jauh dari 'Ponduk  Shatti' (Hotel Pantai) bertaraf lima bintang yang seolah-0lah berada dalam laut ketika air pasang. Kebanyakan rumah-rumah besar yang berpagar,tentunya ada pokok anggur dan tuan rumah menjemput kami "makanlah sebanyak mana yang anda suka" malahan mereka memberikan beg pula untuk membawanya balek ke bilik hotel..! 
 

Bagaimanapun kuasa barat memandang Gaddafi seorang 'diktatur' mengapa? kerana semua telaga minyak di Libya tidak diberi peluang kepada Amerika menguasainya, seperti yang telah dibuat oleh Arabsaudi, Kuwait dan kini Iraq pula...!

Pernahkah Gaddafi dihadapkan ke mahkamah dunia untuk beliau ,menjawab segala fitnah dan mempertahanbkan dirinya?..sekiranya pernah dibawa ke mahkamah dan didapati bersalah dan dihukum bunuh, sedangkan gaddafi enggan menyerah diri, bolehlah PBB atau bossnya Amerika membuat tindakan menyerang dan membunuhnya...!!!

Inilah yang Tun Dr.Mahathir pernah suarakan dulu, di mana-mana saja beliau pergi...Amerika dan sekutunya memang sakit hati dengan Tun, lalu mereka berpakat dengan talibarutnya yang 'gila kuasa' iaitu  Anwar Ibrahim (kemungkinan ada rakannya lagi ) untuk menjatuhkan dan memusnahkan Tun secara paksa...saya percaya perletakan Tun sebagai PM dulu ada sedikit (sekurang-kurangnya) kaitan dengan desakan kuasa barat yang 'durjana' ini...!       

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack