A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 20 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini203
mod_vvisit_counterBulan Ini7779
mod_vvisit_counterJumlah547444
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow "MELAYU MEMANG BABI" : GANTUNG SAMPAI MATI PUN MASIH RINGAN LAGI PENULIS JAHAT INI
"MELAYU MEMANG BABI" : GANTUNG SAMPAI MATI PUN MASIH RINGAN LAGI PENULIS JAHAT INI PDF Cetak Emel

Saya amat kesal dengan Kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Assisten Komisioner Zulkifli Alias mengenai laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, mengenai laman sosial facebook menggunakan "Melayu Memang Babi" , kerana ia HANYA SEKADAR akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Saya tidak setuju ia disiasat dibawah seksyen 500 kanun keseksaan kerana memfitnah, sedangkan ia 100 kali ganda lebih jelas berniat jahat dari memfitnah, tetapi menghina Raja-Raja Melayu serta seluruh bangsa Melayu serta membakar semangat perkauman dan saya nampak semacam penyiasat ini tidak ada perasaan bertanggungjawab.

Fahamkah AK Zuikifli Alias apa maksud 'Melayu Memang Babi' itu..anda fahamkah??? Mengikut kajian, Melayu itu terdiri dari Bangsa melayu seluruhnya termasuk etnik-etnik Rumpun Melayu yang berasal dari seluruh Kepulaun Melayu, termasuk jawa, Minang, Aceh, Kerinci, Batak, Dayak, Orang Asli, Bajau, Kadazan, Alanun, Tagalog, Sulu, Bugis, Banjar, Madura dan beribu lagi suku kaum dan etnik yang berada di kawasan kepulauan Melayu...

Tetapi mengikut perlembagaan Malaysia, bahawa melayu itu adalah, seseorang rakyat Malaysia, beragama Islam (tidak kira asal keturunannya dari mana-mana),bercakap bahasa penduduk asal negara ini iaitu Melayu, mengamalkan cara hidup seperti makan minum, budaya dan sebagainya seperti yang diamalkan oleh bangsa melayu, maka orang itu dipanggil atau dikatakan 'Melayu'.

Dan untuk pengetahuan AK Zulkifli Alias atau ketuanya, bahawa mereka yang mendiami dikawasan taklukan Tanah Melayu Raya ini atau rengkasnya Malaysia ini mempunyai Raja, yang digelar Raja-Raja Melayu yang diketuai oleh SPB Yang Dipertuan Agung....!!!

Kenapakah kes Al-Manunah dahulu (yang mencuri senjata dalam kem tentera) dikategorikan sebagai mengkhianat , menghina Raja Melayu, dan mendurhaka kepada Yang Dipertuan Agong dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Oleh itu, Kes yang mengatakan 'Melayu Memang Babi' ini lebih dahsyat menghina dan mendurhaka kepada semua Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong kerana baginda itu semua adalah bangsa Melayu . Kenapakah kes siasatan "Melayu Memang Babi" tidak dibuat dalam bab yang sama dengan kes Almaunah dulu itu, sekurang-kurangnya ???

Kesimpulannya, Kes Pengendali laman sosial atas nama 'Melayu Memang Babi' pasti disiasat keakar umbi yang hukumannya paling ringanpun ia tergolong dalam kalangan yang menderhaka kepada seluruh Bangsa Melayu dan raja-rajanya, khususnya SPB Yang Dipetuan Agung. Keadilan bukan sekadar mesti dilaksanakan dengan adil, tetapi mesti dilihat oleh rakyat jelata, ianya memang adil.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack