A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 17 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini200
mod_vvisit_counterBulan Ini7776
mod_vvisit_counterJumlah547441
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
AIMI JAR DALAM KENANGAN PDF Cetak Emel

Kira-kira 30 minit lalu isteri  menalefon saya dari mahkamah Shah Alam. Saya menjadi ‘mamai’ kata orang utara, kerana telefon berdering di sebelah katil .Saya baru saja mengambil ubat tahan bengkak dan tahan sakit baru nak melelapkan mata selepas melakukan senaman ringan dengan menggunting dahan-dahan anggur, hempedu bumi, misai kucing dan beberapa pokok herba lagi yang kami tanam disekeliling pagar rumah …itu arahan doktor agar peluh keluar setiap hari.

“Aimi Jar dah meninggal bang” kata isteri saya pendek. “inna-lilla-hi wa-inna ilaihi ra-ji-un” kawabku. Fikiran saya segera melayang ke akhir tahun 70an dimana saya mula direkrutkan oleh Kumpulan Akhbar Utusan Melayu menjadi ‘Wartawan Kedet’ . Di Jabatan Pengarang Utusan di Chan Sow Lin masa itu, Aimi Jar adalah antara ‘ orang lama’  yang bergaya dalam semua hal; pakaian, gaya rambutnya yang menutup separuh dahi, cara bercakap dengan pelat Singapuranya, kata teman-teman Utusan, dia  sangat berbangga dengan diri sendiri, tetapi hanya kelihatan saja begitu, manakala kelebihannya pula ialah, dia tidak cepat tersinggung atau marah jika diperli atau diusik oleh teman-teman sebayanya, seperti Zahari Affandi, Ahmad Idris (ABI) Maimunah Yusoff, Rosminah Ahmad (sekadar contoh dua tiga nama) dll. Dia senang ketawa.-.terutama bila diperli sering menjadi ‘pelakon pak pacak’ dalam filem-filem P.Ramli..!

Nama sebenarnya Omar Bin Puteh (kata orang nama samaran Aimi Jarr itu diberikan oleh P.Ramli sendiri) berasal dari Terengganu, tetapi saya fikir dia tinggal di Singapura dari sejak kecil lagi , kerana cakap pelat Terengganunya langsung tak ada. Aimi jar terkenal dengan jolokan ‘kawan P.Ramli’ memang dia bergaul rapat bukan saja dengan P.Ramli dan Saloma, tetapi semua bintang filem di Jalan Ampas Singapura. Oleh itu Aimi Jarlah orang yang sering mendapat cerita-cerita terbaru mengenai kegiatan perfileman P.Ramli untuk ditulis kerana beliau adalah seorang wartawan.

Apabila Studio filem di Jalan Ampas Singapura ditutup (kalau tak silap awal 70an) ramai para seniman khususnya bintang-bintang filem terkenal menurut jejak P.Ramli berpindah balik ke Kuala Lumpur, dan Aimi Jarr tidak ketinggalan  juga. Saya masih ingat turut meraikan persaraannya dari Utusan lebih kurang  20 tahun dulu, dengan beberapa teman rapat beliau.
Di Kuala Lumpur, Aimi Jar pernah menulis buku mengenai P.Ramli. Malahan sesiapa juga yang hendak menulis apa saja tulisan yang bersangkutan dengan P.Ramli, mereka jadikan Aimi Jarr sebagai rujukan.Tulisan ringkas saya ini mengharapkan tokok tambah dari teman-teman yang rapat dengan Aimi Jar sendiri.

Sejak akhir-akhir ini saya jarang berjumpa Aimi Jar, Cuma yang sering saya nampak beliau banyak muncul memegang watak –watak yang sesuai dengannya dalam filem-filem Datuk Yusoff Haslam dan lain-lain……Alfatihah.
 

 
Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack