A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini198
mod_vvisit_counterBulan Ini7774
mod_vvisit_counterJumlah547440
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
PAS : PENYEBARAN KHURAFAT DAN PEMESONGAN AKIDAH DI KALANGAN RAKYAT PERLU DITANGANI SEGERA PDF Cetak Emel

PAS memukul gendang perangnya menentang UMNO dengan senjata ‘orang UMNO kafir’ setelah pendekatan sederhana untuk membela bangsa Melayu diperingkat awal penubuhannya tidak berhasil .
Presiden pertamanya Tuan Haji Ahmad Fuad telah kembali semula ke pangkuan UMNO, setelah menyedari bahawa ada orang tertentu di kalangan mereka yang berusaha menubuhkan parti itu dipengaruhi penjajah British yang mahu menghalang UMNO dari menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Penjajah British yang memerintah Tanah Melayu pada waktu itu, mahu pentadbiran di London menolak cadangan Tunku Abdul Rahman yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)  yang disokong oleh wakil kaum China (MCA) dan India (MIC) atas nama PERIKATAN sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, dengan alasan kononnya UMNO tidak mewakili seluruh penduduk  asal Tanah Melayu/ peribumi dengan mengemukakan bukti bahawa PAS juga mendapat sokongan orang  Melayu dan tidak mahu menuntut kemerdekaan !
Pilihanraya pertama diputuskan untuk diadakan pada tahun 1959, di mana parti  yang menguasai majoriti rakyat negara ini akan membentuk kerajaan. Orang Melayu terutama di Kelantan begitu mudah terpengaruh dengan pendekatan ekstrim PAS yang menentang UMNO yang mengetuai Perikatan.


Pendekatan ekstrim PAS bahawa UMNO harus ditolak kerana bergabung dengan parti orang-orang kafir iaitu MCA dan MIC sedangkan Tanah Melayu adalah milik Orang Melayu…Tunku Abdul Rahman menjadi sasaran utama PAS dalam kempen-kempen politik mereka menjelang pilihanraya.
Para pemimpin dan penceramah PAS semasa menjelang pilihanraya 1959 dengan lantang berkata, Tunku harus dihukum oleh Bangsa Melayu kerana mengkhianati bangsanya dengan memberikan hak kepada kaum pendatang dan berkongsi memerintah negara ini . Kemerdekaan negara juga kata mereka adalah tidak sah kerana PAS tidak menyokong Perikatan semasa menuntut kemerdekaan itu.

Isu UMNO berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC dalam Perikatan ini, menjadi bahan kempen utama PAS, dan begitu mudah menawan hati rakyat Kelantan dalam pilihanraya pertama negara ini pada tahun 1959 itu. PAS telah mendapat sokongan majoiriti Orang Melayu di Kelantan dan membentuk Kerajaan Negeri selepas pilihanraya . Manakala di lain-lain negeri Parti Perikatan telah berjaya sapu bersih dan terbentuklah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi, yang juga disebut Kerajaan Perikatan.

Pengisian pembangunan negara terutamanya di luar bandar mula dilakukan terutamanya infrastruktur bagi kemudahan rakyat negara ini untuk membina penghidupan yang lebih selesa sebagai hasil kemerdekaan negara, yang diperintah sendiri oleh rakyat negara ini. Rata-rata rakyatn negara ini begitu bersyukur atas usaha Kerajaan Perikatan ini.
Keselesaan dan kegembiraan rakyat mula terasa terutamanya bila jalan-jalan raya dan pengangkutan awam dibina menghubungi seluruh negeri, perparitan dan taliair serta kemudahan awam mula ditumpukan .

Perkembangan dari satu sudut lagi, iaitu para pemimpin PAS mula merasakan sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Mereka mula gusar dan curiga dengan perkembangan baru ini…Mereka mula merasa terancam...mereka mula berfikir,  jika hal ini dibiarkan begitu sahaja , akan tiba masanya pengaruh mereka akan hilang dibawa lari dan hanyut oleh perubahan yang sedang dan akan berlaku seterusnya di negara ini.

Mereka mula mencari helah dan alasan bagi menyekat rakyat dari terus merasa selesa dengan pembangunan negara yang sedang berlaku in...mereka mencari modal-modal yang boleh melenyapkan pengaruh Kerajaan Perikatan ini, mereka mesti hapuskan pengaruh UMNO yang menjadi anutan di kampong-kampung yang dipimpin oleh kaum cerdik pandai  seperti guru sekolah dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Para penceramah PAS mula memburukkan usaha pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan ini. Mereka mempersendakan projek-projek infrastruktur untuk rakyat. Dalam satu ceramah umum, waktu itu saya masih kecil, tetapi dapat mengingatinya,  seorang pemimpin PAS Ustaz Abu Bakar Hamzah berkata :

“Adakah tuan-tuan fikir pemimpin Pas negeri ini beruk-beruk yang kalau hendak kemana-mana hanya dengan cara melompat  melalui dahan ke dahan pokok-pokok di hutan itu?...nah kalau mereka bukan beruk tentulah mereka akan membina jalanraya, tak payah Kerajaan Perikatan buat…kami pun boleh buat !...”

Ada pula pemimpin mereka memberikan gamabaran bahawa rakyat yang mahukan pembangunan adalah merupakan orang-orang yang cintakan dunia bukan cintakan akhirat…kerana tempat yang dituju bersama adalah akhirat, bukannya pembangunan...!   

Yang menjadikan PAS begitu beruntung ialah kerana parti politik yang didaftarkan mereka itu diberikan nama Islam, iaitu Persatuan Islam Se Tanah Melayu yang kemudiannya diubah kepada Persatuan Islam Se Malaysia ( ringkasnya fa alif sin atau PAS) . Nama parti begini tidak harus dibenarkan didaftarkan atas nama parti politik, sedangkan semua orang Melayu beragama Islam !

Tentunya pendaftar pertubuhan parti-parti politik pada masa itu begitu lalai dengan nama itu…padahal ia tidak harus dibenarkan didaftarkan atas nama agama,  kerana orang parti lain pun penganut agama yang sama…jadi tidak adillah agama itu dimiliki oleh sebuah parti politik.
Kerana kelebihan yang ada pada PAS itu, mereka kini begitu rakus menggunakan nama Islam itu...mereka mula membuat fatwa dan sebarkan kepada rakyat bahawa ‘barang siapa menyokong UMNO atau Perikatan menjadi kafir’ mereka menyandarkan fatwa mereka ini dengan  potongan- potongan  Ayat Suci Al Quran , antaranya surat Aali- Imran ayat 28 yang membawa maksud menegah orang-orang yang beriman mengangkat orang-orang bukan Mukmin menjadi pemimpin.
Ayat yang lain yang dijadikan sandaran orang-orang PAS mengkafirkan orang-orang UMNO ialah surah Al Maidah ayat 44,45 dan 47 yang melarang orang –orang Islam membuat keputusan atau penghakiman berdasarkan  pegangan  agama lain, dan mereka yang  berbuat demikian adalah orang-orang kafir, pasik dan zalim.

Tindakan mengkafirkan orang-orang UMNO ini membuahkan hasil kepada PAS di mana pilihanraya berikutnya iaitu pada tahun 1964 PAS mengekalkan kuasanya di Kelantan . Anihnya, mengikut seorang pemimpin PAS yang rapat dengan saya dan menjadi orang kanan MB itu,  Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata kepada seorang ahlinya, dengan kata-kata “Siapa kata orang UMNO kafir?” sambil menambah “jangan kata orang UMNO kafir nanti kita sendiri yang terbalik menjadi kafir”

Tetapi sayang seribu kali sayang, kenyataannya itu tidak disebarkan kepada rakyat melalui siaran khas atau arahan rasmi kepada para pengikutnya…!
MB itu berkata demikian dalam keadaan biasa dan tenang . Bagaimanapun bila PAS telah mula rasa tergugat dengan sokongan  kepada UMNO /Perikatan (yang kemudian nya ditukar nama kepada Barisan nasuonal/BN) maka PAS di Kelantan mula menggunakan senjata lamanya  iaitu mengkafirkan orang-orang UMNO.

Walaupun para ulama PAS faham benar tindakan mengkafirkan orang UMNO di Kelantan itu berunsur khurafat, namun demi untuk memenangi pilihanraya, PAS melakukannya dengan cara ‘pejam mata’ membelakangkan ajaran Islam sendiri. Saya bertanya seorang pemimpin PAS dan memintanya menjawab secara ikhlas mengapakah taktik ‘mengkafirkan ‘ orang UMNO ini diteruskan semula, katanya:

 “Demi untuk memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa memerintah negeri PAS terpaksa buat begitu,..kalau tidak PAS akan kalah dalam pilihanraya”
Yang hairan bin ajaibnya, dulu Pas mendakwa UMNO dan Perikatan kafir, kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC...tetapi kini PAS bersekongkol dengan DAP yang begitu kuat menentang Islam, mereka sedarkah bahawa formula yang digunapakai itu menunjukkan mereka lebih kafir lagi daripada UMNO dan Perikatan (BN)…!

Mereka tak peduli, mereka tetap mengeluarkan fatwa bahawa UMNO dan BN kafir inilah yang berlaku di mana-mana di Kelantan..! Soal mereka bersekongkol dengan DAP itu didiamkan saja…mereka tidak kafir, yang kafir tetaplah orang UMNO ! Inilah sebenar-benar helah licik PAS. 
Akibat dari kempen mengkafirkan UMNO ini banyak sekali memesongkan akidah rakyat di kampong-kampung. ..mereka berpegang dengannya...mereka telah menelan fatwa yang menyeleweng ini sampai ke tulang sumsum. Mereka tidak tahu bahawa parti PAS ini hanyalah sebuah parti politik yang didaftarkan untuk menyertai pilihanraya, dengan memanggil sesiapa saja menyertainya tanpa tapisan, samada seseorang  itu beriman atau tidak, yang pernah melakukan dosa besar atau tidak; kerana mereka kelak akan mengisytiharkan orang-orang  yang menyertainya adalah merupakan ahli-ahli syurga ..!

Ekoran dari itu kita mendapat maklumat di sana sini di Kelantan, bahawa para pengikut taksubnya mengkafankan ahli keluarga mereka dengan kain bendera Pas…dan batu nisan dan belindan kubur dicat dengan cat warna hijau iaitu warna pada lambing PAS.Sebagai contoh di Tanah Pekuburan Orang Islam Bukit Jawa Pasir Puteh terdapat lebih dari lima kubur yang batu nisannya dicat dengan warna hijau.Saya yakin ia terdapat di kubur-kubur lain di seluruh Kelantan. 

Saya yakin dan percaya PAS tidak sanggup melarang para pengikut taksubnya berbuat demikian , kerana apabila melarang mereka dari berbuat demikian ditakuti  mereka mungkin akan berubah sokongan kepada parti lawan pula.Bila perkara ini tidak diperbetulkan oleh Pas, ia terus berkembang  menjadi kepercayaan dan pegangan akidah yang mempercayai bahawa sesiapa saja yang memimpin PAS, maka mereka adalah ‘maksum’ dan tidak bersalah di sisi Allah dan Syariat Islam…para pemimpin PAS tempatan dipuja dan dan sanjung oleh para penyokong taksub ini.

Selain daripa rakyat umum di Kelantan, terdapat beberapa orang di peringkat pimpinan PAS yang menggeleng kepala dengan fatwa MB mereka tidak boleh membuat sambutan pada hari Maulidul Rasul atau Harijadi Rasulullah SAW kerana katanya bukan dari amalan Rasulullah.
Memanglah sambutan Maulidulrasul dibuat hanya untuk mengenangkan Harijadi Baginda Rasulullah SAW , dimana kelahiran baginda itu sebagaimana Sabda Rasulullah SAW sendiri “Innama bu’ithtu li utammima maka-rimal akhlak”-Sadaqa Rasulullah, yang bererti “Aku dilahirkan/dibangkitkan, adalah bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak”.

Dalam Surah Al Anbia ayat 107 Allah SWA Berfirman: “Wama arsalna-ka illa rahmatanlil a-lamin” yang bermaksud “Tidak aku utuskan kau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam” Sadaqalla-hul Azim.

Jadi salahkah meraikan hari kelahiran Insan pilihan Allah yang kelahirannya menjadikan ala mini mendapat rahmat ? . Berkumpul sambil berselawat keatas Nabi dengan berkata “Ttola-al badrun alaina…” (ila akhir..) telah dilakukan oleh penduduk Madinah semasa ketibaan baginda Rasulullah SAW ke tanah bertuah itu semasa berlaku peristiwa hijrah dari Mekah yang bersejarah itu.

Yang peliknya sambutan rakyat Kelantan terhadap kehadiran pemimpin mereka secara besar-besaran ke kampong-kampung mereka tidak dilarang pula…!
Oleh itu kita dapati walaupun seseorang wakil rakyat PAS itu melakukan apa saja perkara yang diluat batasan syariat Islam, samada melakukan dosa besar, menyekutukan sifat Allah Yang Maha Suci dengan sifat-sifat buruk dan keji seperti mencarut dan samseng ,melakukan rasuah dan sebagainya, ia tidak diambil tindakan oleh pucuk pemimpin parti mereka ..

Hal ini tidak lain, ialah kerana para penyokong mereka akan berarak dan memberontak dengan ekstrim sekali bagi mempertahankan pemimpin tempatan kesayangan mereka…di mana pemimpin tertinggi PAS tidak sanggup berdepan dengan kemarahan mereka ini.
Para pengikut PAS tidak ada masaalah atau marah dengan bantuan Kerajaan Negeri terhadap pembinaan berhala di kampong-kampong penganut Budha di Kelantan. Malah pemimpin mereka MB Kelantan menerima jemputan untuk merasmikan Tok Kong/Berhala yang tinggi beratus kaki dan terbesar di Benua Asia, yang mengalahkan ketinggian menara masjid di sekeliling perkampungan berhala itu.

Bagi sesiapa yang datang ke Kelantan dengan kapal terbang, akan terlihat dengan jelas Berhala berdiri, duduk dan berbaring yang besar-besar itu, ketika kapal terbang berpusing untuk mendarat di Pengkalan Chepa…inilah kononnya mercu tanda negeri Kelantan Serambi Mekah itu.
Bila ditanya kepada penyokong PAS tidakkah menjadi amalan khurafat seorang pemimpin Islam mereka melakukan upacara memotong tali kain berwarna warni merasmi berhala besar itu? Jawabnya tidak “asalkan Tok guru buat, tak apa, kerana dia tahu apa yang dia buat…dia dapat petunjuk Tuhan…”

Secara kebetulan pula, di Batu Caves, Selangor pun kini ada berhala besar, tetapi tak sebesar di Kelantan, yang secara kebetulan pula PAS, DAP dan PKR yang memerintah Selangor.
Dan di Selangor juga berlaku perkara anih, apabila kerajaan Pakatan Pembangkang pimpinan parti DAP mula memerintah, projek pertama dibentangkan dalam mesyuarat di Dewan Undangan Negeri Selangor ialah menubuhkan Ladang Ternakan Babi terbesar di dunia di Sepang, berhampiran perkampungan orang-orang Melayu di Banting dan Kuala Langat.

Yang saya katakana anihnya ialah seorang wanita yang bersopan santun, yang menjadi Wakil Rakyat Wanita tunggal PAS dalam dewan itu telah bangun dan dengan lantangnya menyokong projek mega Ladang Babi yang berharga 100 juta Ringgit Malaysia itu, pada hal tidak adap un projek mega Ladang Lembu atau Ladang Kambing atau Ladang Kerbau atau Ladang Rusa atau Ladang Arnab atau Ladang Itik atau Ladang Ayam yang diluluskan untuk masyarakat Melayu di Selangor itu.

Bagaimanapun tidak jelas perbuatan Pas memperjuangkan Ladang Ternakan Babi berharga 100 juta ringgit itu satu perbuatan khurafat atau tidak, kerana belum ada ulasan ulama dalam perkara itu …bagaiamana pun Pemimpin Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa bahawa Wakil Rakyat Wanita DAP yang berbogel sambil baring dan aksi bogelnya itu dirakam oleh teman lelakinya berbangsa  Melayu tanpa nikah itu sebagai “tidak salah” . Menurut MB Kelantan, perbuatan itu tidak salah, yang salah adalah orang yang menyebarkan gambar-gambar bogel tersebut.

Pemimpin agama dalam PAS rata-rata meminta pembaca khutbah dan para penceramah  supaya mendoakan kehancuran kepada orang-orang UMNO dan Kerajaan BN yang mereka anggap mereka itu kafir dan musuh mereka.

Oleh yang demikian saya mencadangkan Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian serius terhadap gejala khurafat yang disebarkan oleh PAS ini …semoga masyarakat kita tidak dipecahbelahkan oleh ketamakan kuasa pihak berkenaan...janganlah kepentingan parti politik menyebabkan akidah rakyat terpesong..! 

Untuk mengelak kejadian ekstrim yang melampaui batas ini, pihak pemerintah hendaklah menimbang dengan sewajarnya agar perkataan ‘Islam’ pada parti-parti politik di negara ini digantikan dengan perkataan lain...demi mengelak dari tersebar terus khurafat dan kemungkaran politik yang dibawa mereka atas nama Islam.

Wallahu A’lam bissawab wa ilaikal masir.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack