|
Alhamdulillah..syukur kepada Allah saya masih sihat dan dipanjangkan
umur, diberikan rezki oleh Nya untuk meneruskan perjuangan memenuhi
tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah terhadap Yang Maha Kuasa yang menjadikan kita sekalian daripada tanah dan akan kembali menjadi
tanah semula.
Saya ingin mengucapkan terima kasih serta mendoakan semoga Allah
merahmati insan berikut ini, kerana saya sangat terharu dan tersentuh
sekali menerima ucapan selamat harilahir yang bertalu-talu untuk saya hari ini
12 Januari, dari mereka yang terdiri dari kawan dan pengunjung FB dan
Laman Blog (www.yazidothman.com), anggota keluarga, warga Kumpulan Selecta , warga PSS
18 Shah Alam, teman-teman seperjuangan samada dari kalangan kaum
wartawan, ahli perniagaan , ahli politik dan teman seiring jalan semasa
di Kampus Nilam Puri, UM, Kolej/Maktab, sekolah menengah dan sekolah
rendah, kenalan dan jiran di taman-taman perumahan yang pernah tinggal
bersama dan berjiran di Selangor, Johor, Pulau Pinang , Pahang dan
Kelantan.
Begitu juga kepada keluarga angkat serta jiran-jiran dan rakan sekampung di Sri Gading, Batu Rakit, Kampung Mat Liah Bongor Baling, Pantai Manis Kuala Papar dan Pasir Kelang Kuala Krai.
Terima kasih serta doa saya yang sama kepada pimpinan/Exco Majlis Datuk Persekutuan, Persatuan Alumni Pengajian Media Universiti Malaya, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, Persatuan Kerjiranan Puncak Seri Gombak , Majlis Kemajuan Kelantan, Koperasi Petani Nelayan Kelantan Berhad, Persatuan Bola Baling Malaysia, Pasukan PWM Jelajah Merdeka, Kumpulan Anakdidik Wartawan Masuk Desa PWM di Teluk Panglima Garang, Pakatan Darulnaim, Yayasan Patriotik Bangsa dan teristimewa kepada pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Pasir Puteh Kelantan.
Saya memohon kepada semua, walau dengan apa alasan pun, janganlah diberikan atau dikirimkan hadiah berbentuk meterial buat saya, apalagi yang mahal dan berjenama tinggi ..bukan saya hendak menafikan kemampuan anda yang saya kasihi (bagaimanapun saya sangat hargainya), tetapi saya sangat memadai dan mencukupi dengan sekadar ucap selamat hari lahir dan doa agar kita sama-sama dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dikuatkan iman dan dimurahkan rezeki.
Segala pendedahan saya dalam laman-laman blog dan fb terhadap kejahatan pembangkang terutamanya para pemimpin DAP yang berusaha keras untuk menghancurkan kuasa politik orang Melayu adalah ikhlas dan timbul dari lubuk hati saya. Saya bersedia menerima risiko mengenainya.. tetapi saya tidak perlu diberikan hadiah untuk itu ..
Saya mohon mencadangkan, buat masa akan datang, peruntukan untuk membeli hadiah atau membayar niat untuk membelanja makan buat saya oleh teman-teman seperjuangan/sealiran (setiap kali artikal yang saya tulis mengenai kejahatan pembangkang) itu, saya cadangkan dibelanjakan untuk menyebarluaskan segala maklumat tentang taktik kotor pembangkang yang kini sedang berkerja keras untuk mengalahkan BN dalam PRU ke 13…kalau mereka menang (Nauzubillah minzalik) lihatlah contohnya apa yang terjadi kepada Singapura, sebuah negeri Melayu yang kini menjadi milik mutlak Kaum Keturunan Pendatang Asing bermata sepet.
Apapun juga sempena hari lahir saya hari ini, ingin saya nyatakan di sini, bahawa kini saya merasakan saya tidak keseorangan lagi , saya merasakan saya mempunyai teman-teman sealiran perjuangan seperti anda semua ini, untuk kita sama-sama pertahankan setiap inci bumi negara kita dari ditakluki oleh pendatang asing yang serakah dan menunggu-nunggu peluang untuk merampas hak kita…bersatulah bangsaku jangan biarkan kita dipecahbelahkan dengan harga yang murah…Ibu Pertiwi bukan untuk dijual beli…!!!
Sekali lagi saya ingin mengucapkan termakasih atas cenderamata dan ucapan buat teman-teman fb dan pengunjung laman blog saya sempena hari lahir saya hari ini. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada seluruh warga masyarakat kita yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan saya.dengan ucapan semoga anda semua dicucuri rahmat dari Allah dan dipanjangkan umur, dikuatkan iman, dicapaikan cita-cita ...Amin
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terimakasih buat isteri tercinta (satu itu saja) atas hadiah Baju Tidur, puteri saya Sutera Nan Sehelai atas kad ucapan warnawarni rekaannya sendiri , PA saya atas hadiah pen dan terima kasih istimewa buat warga petugas Selecta atas rekabentuk kad Ucapan Hari Lahir yang sangat kreatif dan cantik serta membikin Kek Harilahir yang menarik dan lazat.
Tak lupa juga saya ucapkan terimakasih kepada para pelanggan Stesyen Minyak Petronas Seksyen 18 Shah Alam (PSS 18) kerana sudi menyertai warga kerja kami meraikan Majlis Harilahir tersebut yang dianjurkan oleh warga PSS 18, bersempena dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah bulanan pelanggan PSS 18 Shah Alam petang tadi.
|