Pembebasan Tokoh Demokrasi Myanmar atau Burma, Aung San Suu Kyi semalam
(yang dikenakan tahanan dalam rumah selama tujuh setengah tahun),
menandakan iklim politik di rantau ASEAN akan berubah ke arah yang
lebih positif; kerana lambat laung Aung San Suu Kyi akan memimpin negara
Myanmar ke arah demokrasi sepenuhnya tak lama lagi.
Tentulah usaha pembebasan Suu Kyi itu banyak memakan keringat Malaysia
terutamanya peranan yang dimainkan oleh Tan Sri Razali Ismail, bekas
Presiden Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah diberikan
mandat khas oleh badan dunia itu untuk memainkan peranan ke arah
pemulihan demokrasi di Myanmar secara amnya dan dalam usaha
pembebasan Suu Kyi khususnya.
Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab sosial
di pentas antarabangsa bagi Malaysia memain peranan meletakkan negara Burma
tersebut di tempat yang wajar dalam ASEAN sesuai dengan imej Suu Kyi yang bakal
memimpin negara tersebut. Untuk itu, Malaysia kenalah memantapkan diri dari
segi politik dalaman supaya suara kita untuk memperkatakan sesuatu dalam
rangkaian negara-negara ASEAN akan diterima sebagai ‘Abang Tua ‘ yang
dihormati.
Antara resepi utama ke arah pemantapan politik dalaman
Malaysia ialah penyatuan antara PAS dan Barisan Nasional, di mana didalamnya
kelak UMNO dan PAS akan berpadu ilham dan menyuburkan cita-cita menzahirkan
Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang mantap di rantau ini..! (Itupun kalaulah PAS ada
menyimpan cita-cita untuk menegakkan negara Islam yang sempurna di Malaysia
ini).
Bila ini berlaku imej PAS sendiri akan terserlah di mata
rakyat Malaysia sebagai pelengkap usaha UMNO untuk menegakkan Negara Islam
dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Tetapi andaikata PAS tetap berkeras
sebagaimana pendirian lama Murshidul Amnya Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang
lebih rela berkawan dengan jin dan syaitan daripada berkawan
dengan UMNO…hal seperti ini tidaklah boleh dibincangkan.
Bagaimanapun saya percaya dan yakin Dato’ Nik itu
telah berlembut kini…kerana inilah bekal tuanya ...ingin melihat Islam di
Kelantan khususnya dan Malaysia amnya melaksanakan hukum Islam secara
menyeluruh…apalagi Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya
Nasarudin Mat Isa dan Naib Presidennya
Salahuddin Syub , yang telah lama memperlihatkan kecenderungan mereka ke
arah ini.
Bila penyatuan PAS dan UMNO ini berlaku, tentulah akan
terpancar kepada imej Malaysia secara umum, sebagai sebuah negara yang cukup
kukuh masa depannya, kerana tidak ada masaalah politik dalaman (yang boleh
melemahkannya), manakala pemimpin Myanmar (Suu Kyi) yang bakal menjadi pemimpin berpengaruh dalam ASEAN di mata
negara-negara Barat khususnya Amerika dan Britain, akan menyanjung Malaysia
atas perubahan baru ini; sebagai sanjungan
membalas budi Malaysia yang selama ini membantu negaranya memulihkan
demokrasi, khususnya pembebasan beliau sendiri..!
Perlu diingat sanjungan Suu Kyi masa itu adalah secara
outomatik menjadi sanjungan seluruh dunia, khususnya negara-negara Barat, kerana mereka selama ini menanti-nanti
Suu Kyi untuk memimpin Myanmar dengan mengikut acuan mereka.
Kita telah
dapat rasakan bahawa pembangunan besar-besaran akan berlaku di Myanmar dengan
bantuan negara-negara Barat yang di ketuai Amerika...sudah pasti limpahan
projek pembangunan di Myanmar itu akan dirasai tempiasnya kepada ekonomi
Malaysia, terutamanya melalui
syarikat-syarikat korporat yang terlibat dalam bidang pembinaan dan
perkhidmatan...yang akan datang melalui jemputan pemimpin baru Burma ini.
Selain faktor itu, pembongkaran Dato’ Zaid Ibrahim
bahawa dua pemimpin PKR , iaitu Anuar Ibrahim dan Azmin Ali yang menjadi punca
utama kini merusakkan imej parti itu, menjadikan Pakatan Pembangkang terumbang ambing , kerana Anuar
Ibrahim telah dinobatkan oleh pembangkang sebagai pemimpin utama mereka dan
bakal menjadi Perdana Menteri bila BN dikalahkan dalam pilihanraya umum kelak.Walaupun
Anuar Ibrahim menjadi PM, tetap DAP yang menjadi faktor penentu setiap
perjalanan pemerintahan, sebagaimana apa yang sedang berlaku di Selangor
sekarang.
Kesemua kemelut itu menjadikan PAS amat serbasalah
berada dalam pembangkang...orang Melayu mulai sedar bahawa PAS tidak ada suara
dalam Pakatan Pembangkang…DAP menentukan segala…sedangkan DAP siang-siang lagi
dah beri amaran kepada PAS, bahawa kalau PAS nak laksanakan pemerintahan Islam
di negara ini “langkah mayat DAP dulu..”
!!!
PAS kini tidak ada jalan keluar yang lain lagi kalau
mahu (kalau ada cita-cita) melaksanakan Islam di negara ini, ialah serta BN dan
UMNO lah rakan semuzakarah yang mantap untuk PAS suarakan Islam...bukan PKR
yang ahli beragama Islamnya hanya 10%...bukannya DAP kafir Harbi itu.
Saya dengan ini mengucapkan Selamat Pulang PAS ke
Pangkuan UMNO...yang akan merasai kembali bahawa kedua-dua parti ini asalnya
adalah satu…kini, bila ini terjadi, maka mantaplah 1Malaysia..!!!
|