A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 17 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini220
mod_vvisit_counterBulan Ini7105
mod_vvisit_counterJumlah202586
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow Hillary mesti menang di Pennsylvania
Hillary mesti menang di Pennsylvania PDF Cetak Emel

lu_02.1.jpgPHILADELPHIA 22 April – Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton mesti menewaskan pesaingnya, Barack Obama dengan kemenangan besar pada pemilihan awal di Pennsylvania hari ini bagi menyelamatkan kempennya ke White House.

Senator New York itu memang dijangka memenangi negeri ini menurut tinjauan pendapat umum terakhir sebelum pengundian.

Bagaimanapun, ramai pemerhati berpendapat Hillary mesti menang dengan kelebihan undi dua angka untuk menangkis desakan yang semakin lantang supaya beliau berundur bagi membaiki keretakan dalam Parti Demokrat.

Beliau juga memerlukan momentum baru menjelang pengundian di Indiana dan North Carolina pada 6 Mei ini, disusuli dengan tujuh lagi pemilihan awal atau kaukus sehingga ke awal Jun.

Kemenangan mengejut Obama di negeri yang dilanda kemelesetan ekonomi ini akan menyempitkan lagi peluang Hillary untuk memenangi pencalonan Demokrat.

 

Sekiranya kalah, beliau dijangka menguburkan kempen bersejarah beliau untuk menjadi Presiden wanita pertama AS.

Bekas Wanita Pertama itu kini dalam kedudukan genting.

Beliau ketinggalan di belakang Obama dalam pelbagai aspek termasuk jumlah pemilihan awal atau kaukus yang dimenangi, undi anggota perwakilan yang diagihkan, undi popular dan pungutan derma pembiayaan kempen.

Namun kem Hillary tidak menghiraukan perkiraan itu tetapi menegaskan beliau adalah calon paling layak menjadi Presiden AS.

Malah beliau semalam berikrar akan meneruskan perjuangan sehingga ke pengundian terakhir.

“Saya akan terus berjuang sehingga semua orang berpeluang untuk mengundi dalam proses ini,” katanya kepada CNN.

Kemenangan di Pennsylvania akan mengukuhkan dakwaan Hillary bahawa hanya beliau yang dapat menyatukan penyokong akar umbi Demokrat, menarik pengundi konservatif dari kalangan kolar biru, dan memenangi negeri penting pada pilihan raya Presiden menentang calon Republikan, John McCain pada November ini.

Tinjauan terbaru menunjukkan Clinton di ambang kemenangan tetapi kemenangan besar yang diharapkan bagi melonjakkan kempennya belum pasti.

Beliau mendahului Obama dengan 52 peratus berbanding 42 peratus undi, menurut tinjauan Universiti Suffolk.

Tinjauan Universiti Quinnipiac mendapati, Hillary di hadapan dengan kelebihan tujuh peratus undi iaitu 51-44 peratus.

Namun Obama dalam wawancara dengan stesen radio Pittsburgh meramalkan beliau akan mencapai keputusan d i luar jangkaan.

“Saya tidak meramalkan saya akan menang tetapi meramalkan persaingan sengit dan kami akan menunjukkan keputusan lebih baik daripada dijangka,” katanya kepada stesen KDKA.

– AFP

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm 

Trackback(0)
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack