GALAS : PINTU UTAMA BN KUASAI KELANTAN PADA PRU 13
Tengku Razaleigh
Berita terakhirTv 3 ‘Nightline’ jam 12:00 tengahmalam 1 Oktober 2010 sebentar tadi menyiarkan
kenyataan PM Dato’ Sri Najib Tun Razak bahawa Ahli Parlimen Gua Musang ,Tan Sri
Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), telah
menerima dengan gembira perlantikannya, untuk menjadi Pengarah Pilihanraya BN
bagi pilihanraya kecil kawasan DUN Galas, berikutan dari kematian Wakil rakyat
PAS di kawasan berkenaan, iaitu satu dari tiga DUN di bawah kawasan Parlimen
Gua Musang .
“Terpulang kepada beliau samada hendak menamakan
orang lain sebagai calon di situ atau beliau sendiri” Tegas PM lagi.
Kenyataan PM ini sangat penting , dan saya
berpendapat pihak Barisan Nasional, khasnya PM sendiri, dengan sokongan para pemimpin UMNO lain harus segera membuat
keputusan bahawa Ku Li sendirilah yang mesti bertanding di sana demi masa depan
UMNO dan BN di Negeri Kelantan !
Ini ialah berdasarkan rekod peribadi Ku Li yang
sangat cemerlang di negara inikhasnya
di Kelantan. Rakyat Kelantan cukup sedar, begitu juga rakyat Malaysia amnya
memang mengakui, sekiranya Ku Li diberi peluang bagi mewakili UMNO untuk memerintah
Kelantan , maka negeri yang termundur itu akan segara maju.
Kerajaan PAS Kelantan sejak kira-kira dua tahun
lalu, telah membuat propaganda kononnya mereka meletakkan Ku Li di satu tempat
yang sangat tinggi, iaitu ‘Pakar Rujuk’ dalam isu tuntutan royalti minyak oleh
Kerajaan PAS Kelantan terhadap Kerajaan Pusat pimpinan BN.
Bahkan, pihak pembangkang seluruhnya telah
mengadakan ‘Road Show’ menjual nama Ku
Li ke sana kemari sebagai ‘Senjata Keramat’ mereka untuk menentang Kerajaan
Persekutuan...Keghairahan PAS Kelantan untuk berdampingdengan Ku Li dan mengeksploitasi isu royalti minyakini membuatkan mereka lupa bahawa Ku Li
adalah seorang pemimpin besar UMNO dan BN yang berwibawa.
Demi mengambil hati Ku Li, Kerajaan PAS Kelantan
telah pun membuat banyak kenyataan samada melalui media maupun di hadapan
rakyat jelata Kelantan, bahawa apa saja yang diucapkan oleh Ku Li adalah
‘kebenaran’ yang tulin lagi ikhlas dan jujur, yang mesti dipercayai dan
dijadikan pegangan..!
Pada pendapat saya, sanjungan PAS Kelantan yang
ditonjolkan mereka terhadap Ku Li dalam
isu royalty minyak telah membuatkan mereka, khasnya Dato’ Nik Ab.Aziz MB
Kelantan sendiri tidak berdaya untuk menimbulkan isu-isu yang negatif terhadap
Ku Li , seandainya ku Li diletakkan sebagai calon pilihanraya kecil DUN Galas
ini.
Peraturan yang diamalkan,memang boleh seorang Ahli Parlimen bertanding
di kawasan DUN, dan sebaliknya, Wakil Rakyat di peringkat DUN dibolehkan untuk
bertanding di kawasan Parlimen. Oleh itu Ku Li boleh diletakkan sebagai calon
pilihanraya kecil di Galas itu, demi menjamin kemenangan BN.
Apabila Ku Li menang di Galas kelak, sudah
tentulah menimbulkan keyakinan di hati seluruh rakyat Kelantan khasnya para
penyokong PAS dan PKR, bahawa sekiranya semua DUN di Kelantan dimenangi oleh
BN, maka Ku Li yang disayangi itu tentulah akan menjadi Menteri Besar mereka
selepas pilihanraya umum yang ke 13 (PRU 13) kelak…Ertinya BN akan kembali
memerintah Kelantan yang tentunya mampu memajukan negeri yang begitu jauh
tertinggal dan tersisih dari kamujuan ini ..!
Saya berharap, dan ramai lagi rakyat Kelantan
berharap agar Ku Li diberikan peluang untuk memainkan peranan yang amat penting
ini, demi masa depan BN !..PM sama sekali
tidak boleh menerima nasihat Tun Mahathir Muhammad dalam hal ini, kerana
kebencian Tun kepada Ku Li akibat dari perebutan jawatan ‘Presiden’ UMNO dulu
sangat sukar dilupakan, oleh itu kemungkinan beliau memberikan pendapat
sebaliknya.
Sebab itulah Ku Li yang mempunyai pengaruh yang
sama besarnya dengan pengaruh Tun Mahathir masa itu, telah dinafikan
kedudukannya sebagai pemimpin UMNO mahupun sebagai Menteri, padahalkredibiliti dan kewibawaan Ku Li begitu besar .
Kasihanilah rakyat Kelantan...begitu ramai
rakyatnya berhijrah ke Kuala Lumpur, dan tempat-tempat lain untuk mencari penghidupan dan sara hidup...terpaksa
meninggalkan anak isteri serta ibubapa dan
datuk nenek yang uzur, semata-mata untuk
meneruskan kelangsungan berpekerjaan .
Bagilah peluang BN memerintah Kelantan, agar
negeri yang termundur itu dapat mengejar pembangunan. ..semoga rakyat Kelantan
dapat kembali tinggal di negeri mereka sendiri dengan menikmati hasil
pendapatan yang tidak akan kurang dari apa yang mereka dapati di Lembah Kelang
atau dimana-mana saja mereka berada kini, termasuk yang menjadi buruh kontrak
di Singapura..
Caranya? Berikan peluang Ku Li bertanding di Galas
sekarang…dan lihatlah hasilnya kelak. Kerana sudah lebih 20 tahun PAS
bertunjang di Kelantan berbekal sentiment agama partinya yang bernama Parti
Islam Se Malaysia (tidak lebih dari nama itu sahaja) .
Saya juga menyeru para penyokong pembangkang agar
beri peluang BN majukan dulu Kelantan ini…dan setelah negeri sudah maju,
bolehlah kalau mereka ingin berikan kembali kepada PAS atau mana-mana parti
lain, kalau merasakan perlu berbuat demikian !
Kesimpulannya, kalau mahu Kelantan kembali ke
pangkuan BN, kini masanya sudah tiba. Letakkan Ku Li bertanding di Galas ini…lagipun
telah banyak kali kita menempuh pilihanraya di Kelantan, termasuk Tun Mahathir
sendiri pernah memegang jawatan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, tetapi
keputusan pilihanraya, rakyat Kelantan
tetap menolak BN .
Di Kelantan , kedudukan ‘Al Sultan’ amat tinggi
dan titah baginda diikuti. ..dan jangan lupa imuniti Raja Kelantan tidak hilang
semasa krisis perlembagaan di Zaman Tun Mahathir dulu...Menteri Besar Kelantan
masa itu tidak menandatanganideklarasi
untuk menghilangkan imunitiRaja…Ertinya
Raja Kelantan mempunyai kuasadan
pengaruh yang sangat besar keatas rakyat
jelata, melalui anggota dan kakitangan kerajaan yang berada dibawah Suruhanjaya
Perkhidmatan Negeri (SPN) yang secara langsung berada dibawah Singgahsana
baginda Al Sultan.
Tidak pernah ada Pegawai Daerah (D.O) atau di
Kelantan dinamakan Ketua Jajahan, ADO, Penggawa, Penghulu serta kakitangan
kerajaan di setiap jajahan , yang datang dari luar daripada Negeri Kelantan.
Tidak pernah ada Pegawai Tadbir Dan Diplomatik atau PTD, maupun pegawai PTA
yang didatangkan dari Kuala Lumpur atau dari mana-mana negeri untuk bertugas
dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.
Kalau adapun pegawai atau kakitangan dari Pusat yang
bertugas di Kelantan, maka sudah tentulah mereka ini berkerja dengan institusi
dan agensi Kerajaan Pusat seperti Risda, Fama, Mara,Mardi, Bomba,
Hospital,Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan, Cawangan-cawangan Universiti
Kerajaan Pusat, Kolej, Sekolah dan
sebagainya.
Anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Kelang
dan serata tanahair boleh memainkan peranan mereka. Kira-kira 500,000 orang
dianggarkan anak Kelantan yang berada di perantauan ,(samada secara kekal atau
hanya untuk berkerja dan berniaga, secara ulang alik setiap minggu atau setiap
bulan), tentunya mampu untuk memainkan peranan agar Kelantan diperintah kembali
oleh BN .
Bagaimanapun jangan lupa (untuk pemimpin UMNO
Pusat) agar meletakkan agama Islam sebagai asas pendekatan segala unsur
pembangunan negeri itu…itu yang mereka mahu...dan itulah yang sebahagian besar
orang UMNO Kelantan mahu..itu yang perlu diberikan ..!!
Dirgahayu Ku…patek ucapkan tahniah atas
perlantikan Ku sebagai ‘Pengarah’ Pilihanraya Kecil DUN Galas. ..dan tahniah
atas pemilihan menjadi calon bagi DUN Galas…semoga kemenangan di Galas menjadi
pencetus untuk BN memerintah kembali Negeri Kelantan, dengan izin Allah.
Semoga dengan daulat KDYMM Tuanku Sultan Mohammad
Ke V yang baru saja menaiki takhta memerintah Kerajaan Negeri Kelantan Darul
Naim, serta jajahan takluknya, akan membuka minda dan hati nurani seluruh
rakyat Kelantan , tak kira di mana berada, untuk sama-sama bertekad dan
berusaha membawa perubahan ke arah kemajuan dan pembangunan berpaksikan iman
dan taqwa yang tentunya selari dengan pegangan dan kehendak KDYMM Tuanku Al
Sultan sendiri .
Pada masa yang sama, marilah rakyat Kelantan yang berada di
perantauan, denganseikhlas mungkin, berusaha
menyeru serta memujuk rakyat Kelantan, agar menolak permainan politik yang selama
ini memperalatkan agama, semata-mata untuk memenangi dan menguasai emosi
rakyat, untuk mengekalkan penguasaan kelompok mereka supaya terus memerintah
negeri, padahal mereka tidak akan mampu sekali-kali membawa perubahan terhadap
kemiskinan yang dialami oleh Negeri Kelantan kini, apalagi untuk melaksanakan
pemerintahan Islam dengan yang sebetulnya.
Teman-teman saya yang sedang menjadi Wakil Rakyat
PAS di Kelantan kini, saya meminta mereka dengan ikhlas hati, berilah laluan
kepada para pemimpin BN untuk membantu memajukan negeri kita itu. Cukuplah anda
semua menikmati hidup yang senang lenang dengan kemudahan-kemudahan mendapat
tanah, habuan Ladang Rakyat, kawasan balak dll, sedangkanrakyat kita menderita, merantau mencari rezeki
di negeri orang, lantaran tidak ada langsung ruang mereka untuk berkerja dan
berkerjaya di negeri kita yang sunyi sepi ini…
Anda semua tahu kampung saya yang sebelum ini
begitu meriah dengan penduduk dan rumah yang banyak…kini seperti telah
dilanggar oleh burung Geruda,( seperti hikayat zaman dahulukala dimana burung
Geruda melanggar kampong-kampung memakan
penduduknya hingga pupus semua).Mereka semua berpindah ke Pahang, Johor,
Singapura, Terengganu , menjadi peneroka, mengambil tanah hutan, menjadi kuli
kontrak, berniaga, menjadi penarik kereta dan sebagainya…rumah yang tinggal di kampung
saya boleh dihitung dengan jari sahaja…di kampong anda juga demikian kan ?...dan
mereka yang berhijrah itu termasuk saudara mara anda juga kan ?
Oleh itu tolonglah jangan paksa rakyat Kelantan
mengundi parti anda lagi kali ini…tolonglah beritahu rakyat Kelantan bahawa
hanya BN yang mampu melaksanakan perubahan dan kemajuan berasaskan iman dan
taqwa seperti yang kita semua mahukan itu …selamatkan negeri kita, selamatkan
rakyat kita dan selamatkan agama kita dengan meletakkan pihak yang berkemampuan
melaksanakan cita-cita kita bersama !!