A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 16 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini187
mod_vvisit_counterBulan Ini7763
mod_vvisit_counterJumlah547429
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
GALAS : PINTU UTAMA BN KUASAI KELANTAN PADA PRU 13 PDF Cetak Emel

 

 razalegh.jpg
 Tengku Razaleigh

 

Berita terakhir  Tv 3 ‘Nightline’ jam 12:00 tengahmalam 1 Oktober 2010 sebentar tadi menyiarkan kenyataan PM Dato’ Sri Najib Tun Razak bahawa Ahli Parlimen Gua Musang ,Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li),  telah menerima dengan gembira perlantikannya, untuk menjadi Pengarah Pilihanraya BN bagi pilihanraya kecil kawasan DUN Galas, berikutan dari kematian Wakil rakyat PAS di kawasan berkenaan, iaitu satu dari tiga DUN di bawah kawasan Parlimen Gua Musang .

“Terpulang kepada beliau samada hendak menamakan orang lain sebagai calon di situ atau beliau sendiri” Tegas PM lagi.

 

 

 

 

 


Kenyataan PM ini sangat penting , dan saya berpendapat pihak Barisan Nasional, khasnya PM sendiri, dengan sokongan  para pemimpin UMNO lain harus segera membuat keputusan bahawa Ku Li sendirilah yang mesti bertanding di sana demi masa depan UMNO dan BN di Negeri Kelantan !

 Ini ialah berdasarkan rekod peribadi Ku Li yang sangat cemerlang di negara ini  khasnya di Kelantan. Rakyat Kelantan cukup sedar, begitu juga rakyat Malaysia amnya memang mengakui, sekiranya Ku Li diberi peluang bagi mewakili UMNO untuk memerintah Kelantan , maka negeri yang termundur itu akan segara maju.

 Kerajaan PAS Kelantan sejak kira-kira dua tahun lalu, telah membuat propaganda kononnya mereka meletakkan Ku Li di satu tempat yang sangat tinggi, iaitu ‘Pakar Rujuk’ dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan PAS Kelantan terhadap Kerajaan Pusat pimpinan BN.

 Bahkan, pihak pembangkang seluruhnya telah mengadakan ‘Road Show’ menjual nama  Ku Li ke sana kemari sebagai ‘Senjata Keramat’ mereka untuk menentang Kerajaan Persekutuan...Keghairahan PAS Kelantan untuk berdamping  dengan Ku Li dan mengeksploitasi isu royalti minyak  ini membuatkan mereka lupa bahawa Ku Li adalah seorang pemimpin besar UMNO dan BN yang berwibawa.

Demi mengambil hati Ku Li, Kerajaan PAS Kelantan telah pun membuat banyak kenyataan samada melalui media maupun di hadapan rakyat jelata Kelantan, bahawa apa saja yang diucapkan oleh Ku Li adalah ‘kebenaran’ yang tulin lagi ikhlas dan jujur, yang mesti dipercayai dan dijadikan pegangan..!

Pada pendapat saya, sanjungan PAS Kelantan yang ditonjolkan  mereka terhadap Ku Li dalam isu royalty minyak telah membuatkan mereka, khasnya Dato’ Nik Ab.Aziz MB Kelantan sendiri tidak berdaya untuk menimbulkan isu-isu yang negatif terhadap Ku Li , seandainya ku Li diletakkan sebagai calon pilihanraya kecil DUN Galas ini.

Peraturan yang diamalkan,  memang boleh seorang Ahli Parlimen bertanding di kawasan DUN, dan sebaliknya, Wakil Rakyat di peringkat DUN dibolehkan untuk bertanding di kawasan Parlimen. Oleh itu Ku Li boleh diletakkan sebagai calon pilihanraya kecil di Galas itu, demi menjamin kemenangan BN.

Apabila Ku Li menang di Galas kelak, sudah tentulah menimbulkan keyakinan di hati seluruh rakyat Kelantan khasnya para penyokong PAS dan PKR, bahawa sekiranya semua DUN di Kelantan dimenangi oleh BN, maka Ku Li yang disayangi itu tentulah akan menjadi Menteri Besar mereka selepas pilihanraya umum yang ke 13 (PRU 13) kelak…Ertinya BN akan kembali memerintah Kelantan yang tentunya mampu memajukan negeri yang begitu jauh tertinggal dan tersisih dari kamujuan ini ..!

Saya berharap, dan ramai lagi rakyat Kelantan berharap agar Ku Li diberikan peluang untuk memainkan peranan yang amat penting ini, demi masa depan BN !..PM sama  sekali tidak boleh menerima nasihat Tun Mahathir Muhammad dalam hal ini, kerana kebencian Tun kepada Ku Li akibat dari perebutan jawatan ‘Presiden’ UMNO dulu sangat sukar dilupakan, oleh itu kemungkinan beliau memberikan pendapat sebaliknya.

Sebab itulah Ku Li yang mempunyai pengaruh yang sama besarnya dengan pengaruh Tun Mahathir masa itu, telah dinafikan kedudukannya sebagai pemimpin UMNO mahupun sebagai Menteri, padahal  kredibiliti dan kewibawaan Ku Li  begitu besar .

Kasihanilah rakyat Kelantan...begitu ramai rakyatnya berhijrah ke Kuala Lumpur, dan tempat-tempat lain  untuk mencari penghidupan dan sara hidup...terpaksa meninggalkan anak isteri  serta ibubapa dan  datuk nenek yang uzur, semata-mata untuk meneruskan kelangsungan berpekerjaan .

Bagilah peluang BN memerintah Kelantan, agar negeri yang termundur itu dapat mengejar pembangunan. ..semoga rakyat Kelantan dapat kembali tinggal di negeri mereka sendiri dengan menikmati hasil pendapatan yang tidak akan kurang dari apa yang mereka dapati di Lembah Kelang atau dimana-mana saja mereka berada kini, termasuk yang menjadi buruh kontrak di Singapura..

Caranya? Berikan peluang Ku Li bertanding di Galas sekarang…dan lihatlah hasilnya kelak. Kerana sudah lebih 20 tahun PAS bertunjang di Kelantan berbekal sentiment agama partinya yang bernama Parti Islam Se Malaysia (tidak lebih dari nama itu sahaja) .

Saya juga menyeru para penyokong pembangkang agar beri peluang BN majukan dulu Kelantan ini…dan setelah negeri sudah maju, bolehlah kalau mereka ingin berikan kembali kepada PAS atau mana-mana parti lain, kalau merasakan perlu berbuat demikian !

Kesimpulannya, kalau mahu Kelantan kembali ke pangkuan BN, kini masanya sudah tiba. Letakkan Ku Li bertanding di Galas ini…lagipun telah banyak kali kita menempuh pilihanraya di Kelantan, termasuk Tun Mahathir sendiri pernah memegang jawatan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, tetapi keputusan pilihanraya,  rakyat Kelantan tetap menolak BN .

Di Kelantan , kedudukan ‘Al Sultan’ amat tinggi dan titah baginda diikuti. ..dan jangan lupa imuniti Raja Kelantan tidak hilang semasa krisis perlembagaan di Zaman Tun Mahathir dulu...Menteri Besar Kelantan masa itu tidak menandatangani  deklarasi untuk menghilangkan imuniti  Raja…Ertinya Raja Kelantan mempunyai kuasa  dan pengaruh yang sangat besar keatas  rakyat jelata, melalui anggota dan kakitangan kerajaan yang berada dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) yang secara langsung berada dibawah Singgahsana baginda Al Sultan.

Tidak pernah ada Pegawai Daerah (D.O) atau di Kelantan dinamakan Ketua Jajahan, ADO, Penggawa, Penghulu serta kakitangan kerajaan di setiap jajahan , yang datang dari luar daripada Negeri Kelantan. Tidak pernah ada Pegawai Tadbir Dan Diplomatik atau PTD, maupun pegawai PTA yang didatangkan dari Kuala Lumpur atau dari mana-mana negeri untuk bertugas dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.

Kalau adapun pegawai atau kakitangan dari Pusat yang bertugas di Kelantan, maka sudah tentulah mereka ini berkerja dengan institusi dan agensi Kerajaan Pusat seperti Risda, Fama, Mara,Mardi, Bomba, Hospital,Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan, Cawangan-cawangan Universiti Kerajaan Pusat, Kolej, Sekolah  dan sebagainya.

Anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Kelang dan serata tanahair boleh memainkan peranan mereka. Kira-kira 500,000 orang dianggarkan anak Kelantan yang berada di perantauan ,(samada secara kekal atau hanya untuk berkerja dan berniaga, secara ulang alik setiap minggu atau setiap bulan), tentunya mampu untuk memainkan peranan agar Kelantan diperintah kembali oleh BN .

Bagaimanapun jangan lupa (untuk pemimpin UMNO Pusat) agar meletakkan agama Islam sebagai asas pendekatan segala unsur pembangunan negeri itu…itu yang mereka mahu...dan itulah yang sebahagian besar orang UMNO Kelantan mahu..itu yang perlu diberikan ..!!        

Dirgahayu Ku…patek ucapkan tahniah atas perlantikan Ku sebagai ‘Pengarah’ Pilihanraya Kecil DUN Galas. ..dan tahniah atas pemilihan menjadi calon bagi DUN Galas…semoga kemenangan di Galas menjadi pencetus untuk BN memerintah kembali Negeri Kelantan, dengan izin Allah.

Semoga dengan daulat KDYMM Tuanku Sultan Mohammad Ke V yang baru saja menaiki takhta memerintah Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim, serta jajahan takluknya, akan membuka minda dan hati nurani seluruh rakyat Kelantan , tak kira di mana berada, untuk sama-sama bertekad dan berusaha membawa perubahan ke arah kemajuan dan pembangunan berpaksikan iman dan taqwa yang tentunya selari dengan pegangan dan kehendak KDYMM Tuanku Al Sultan sendiri .

Pada masa yang sama,  marilah rakyat Kelantan yang berada di perantauan, dengan  seikhlas mungkin, berusaha menyeru serta memujuk rakyat Kelantan, agar menolak permainan politik yang selama ini memperalatkan agama, semata-mata untuk memenangi dan menguasai emosi rakyat, untuk mengekalkan penguasaan kelompok mereka supaya terus memerintah negeri, padahal mereka tidak akan mampu sekali-kali membawa perubahan terhadap kemiskinan yang dialami oleh Negeri Kelantan kini, apalagi untuk melaksanakan pemerintahan Islam dengan yang sebetulnya.

Teman-teman saya yang sedang menjadi Wakil Rakyat PAS di Kelantan kini, saya meminta mereka dengan ikhlas hati, berilah laluan kepada para pemimpin BN untuk membantu memajukan negeri kita itu. Cukuplah anda semua menikmati hidup yang senang lenang dengan kemudahan-kemudahan mendapat tanah, habuan Ladang Rakyat, kawasan balak dll, sedangkan  rakyat kita menderita, merantau mencari rezeki di negeri orang, lantaran tidak ada langsung ruang mereka untuk berkerja dan berkerjaya di negeri kita yang sunyi sepi ini…

Anda semua tahu kampung saya yang sebelum ini begitu meriah dengan penduduk dan rumah yang banyak…kini seperti telah dilanggar oleh burung Geruda,( seperti hikayat zaman dahulukala dimana burung Geruda melanggar kampong-kampung  memakan penduduknya hingga pupus semua).Mereka semua berpindah ke Pahang, Johor, Singapura, Terengganu , menjadi peneroka, mengambil tanah hutan, menjadi kuli kontrak, berniaga, menjadi penarik kereta dan sebagainya…rumah yang tinggal di kampung saya boleh dihitung dengan jari sahaja…di kampong anda juga demikian kan ?...dan mereka yang berhijrah itu termasuk saudara mara anda juga kan ?

Oleh itu tolonglah jangan paksa rakyat Kelantan mengundi parti anda lagi kali ini…tolonglah beritahu rakyat Kelantan bahawa hanya BN yang mampu melaksanakan perubahan dan kemajuan berasaskan iman dan taqwa seperti yang kita semua mahukan itu …selamatkan negeri kita, selamatkan rakyat kita dan selamatkan agama kita dengan meletakkan pihak yang berkemampuan melaksanakan cita-cita kita bersama !!              

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack