Alamanda, sebuah kompleks perniagaan terbesar di Bandaraya Pentadbiran
 |
Alamanda Putrajaya
|
Kerajaan Malaysia Putrajaya, diasaskan dan dibina oleh Putrajaya
Holdings Bhd (PJHB) bersama-sama dengan pembinaan bandaraya Putrajaya
tersebut . Semasa PJHB mentadbir Alamanda dulu ia banyak sekali
memberikan peluang kepada para peniaga Melayu, khususnya pengusaha yang
berwibawa.
Bagaimanapun, menurut sumber yang boleh dipercayai menyatakan, sejak
dua tahun lepas PJHB telah menyerahkan pentadbiran Alamanda kepada
pihak pengurusan Suria KLCC, di mana urutan peristiwa yang menyusahkan
mula dilakukan satu demi satu .
Seperti yang semua maklum,sebagaimana yang disiarkan di media, pihak Suria KLCC dikatakan, telah mengecewakan peniaga Melayu yang berniaga di KLCC itu beberapa tahun lalu, termasuk seorang usahawan gigih ,bekas wartawan NSTP, Juhaidi Yen Abdullah tuan punya Restoran ‘Kelantan Delight’ yang merupakan satu-satu restoran Melayu kegemaran ramai.
Bagaimanapun pihak Suria KLCC telah menaikkan harga sewa yang berlipat ganda , yang akhirnya beliau terpaksa angkat kaki keluar dari KLCC...malangnya keluhan Sdr Juhaidi Yen Abdullah tidak mendapat sambutan mana-mana NGO , mahu pun pihak berkuasa !
Kini Suria KLCC telah menguasai Alamanda. Satu demi satu langkah dibuat , yang natijahnya para peniaga Melayu telah mula angkat kaki satu demi satu kini….
Pihak pengurusan baru itu mulai dua tahun lepas, telah menaikkan sewa dari RM8000 sebulan ke RM10,000, dan menaikkan lagi ke RM12,000 dan ke RM16,000 sekarang, tertakluk kepada tempat ,di mana tempat yang strategik dinaikkan berganda-ganda.
Kita tidak tahu sejauh mana, samada satu perancangan khusus untuk mengeluarkan peniaga Melayu dari Alamanda atau tidak, atau hanya secara kebetulan saja dilihat para peniaga Melayu yang teraniaya dalam hal ini. Begitu juga apa yang terjadi kepada para peniaga Melayu di Suria KLCC sebelum ini.
Apa pun jawapan yang akan diberikan oleh mana-mana pihak, dalam mempertahankan tindakan mereka, saya berharap pihak berkuasa hendaklah segera campurtangan. Saya dapat merasakan perkara ini akan menimbulkan natijah yang sangat serius terhadap komposisi peniaga Melayu di Alamanda .
Saya bimbang ia boleh menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap para pelanggan yang terdiri dari 90% penduduk Melayu di Putrajaya...Maksud saya kesan dari segi politiknya..!!
Maklumat terkini
____________________
Alhamdulillah , walaupun agak lambat dilaporkan, bahawa berikutan dari pendedahan terhadap peniaga Bumiputera dizalimi di pusat perniagaan Alamanda Puterajaya, sampai kepada Menteri KPDNKK Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob..beliau sendiri menghubungi pihak Alamanda dan pertimbangan diberikan..Seorang peniaga wanita yang menjadi sumber tulisan saya mengenai hal ini, telah diberikan semula premis perniagaannya, yang telah diarahkan untuk dikosongkan sebelum itu..Tahniah Menteri KPDNKK. Bagaimanapun nasib peniaga Bumiputera lain belum lagi diketahui hingga kesaat ini..-Pengarang.
|