A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 22 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini180
mod_vvisit_counterBulan Ini7756
mod_vvisit_counterJumlah547422
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
PEGAWAI KERAJAAN BATALKAN KEPUTUSAN DUA ORANG MENTERI PDF Cetak Emel
hishammuddin.jpg 

 Dato’ Seri Hishamudin Hussein

Petang semalam, semasa berada di pejabat saya di Shah Alam, saya didatangi oleh seorang tetamu istimewa ,seorang warga emas, memakai kufiah puteh
 peter.jpg

 Dato’ Peter Chin Fah Kui

agak  lusuh, datang dari sebuah kampong di Kelantan membawa berita yang menyebabkan saya terpegun, kaget, terkejut , apabila  beliau berkata “Datuk percayakah beberapa orang pegawai dari jabatan tertentu berpakat membatalkan arahan dua orang menteri…saya ada buktinya..” 
Kalau bukan beliau sendiri yang datang itu, tentulah sukar bagi saya untuk mempercayainya….saya tahu beliau ini jujur orangnya dan tentulah beliau tidak berbohong dengan mengeluarkan kata-kata begitu. Latarbelakang perkenalan saya dengan warga emas ini;
Semasa pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan beberapa tahun lalu, saya berkenalan dengan seorang penduduk kampong di Tendung, berhampiran dengan Pos UMNO Bahagian Pasir Puteh (mengikut amalan biasa setiap Bahagian UMNO yang datang berkempen di mana-mana pilihanraya kecil , akan ditempatkan di Pos masing-masing dalam kawasan pilihanraya berkenaan,  dengan menyewa rumah penduduk kampong setempat, ataupun mendirikan khemah sendiri di atas tapak yang disewa atau di sedekahkan oleh penduduk di situ) .
Pos Pasir Puteh ini, terletak di sebuah rumah di Kampung Tendung yang termasuk dalam kawasan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir Pasir, Pasir Mas Kelantan itu , yang disewa, bersebelahan dengan tempat kegiatan tanaman milik seorang penduduk kampong di situ bernama  Mohd Nor Bin Ibrahim 70, yg lebih dikenali dgn nama Abenor . Beliau ini adalah pengusaha tanaman pokok-pokok herba serta pokok-pokok terkenal (yang menghasilkan kayu-kayu yg bermutu tinggi) yang hampir pupus di hutan-hutan besar di negeri Kelantan akibat kegiatan pembalakan ang rancak di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tempat penjualan dan pameran pokok-pokok herba dan pokok hutan Abenor ini tidak besar, Cuma bersaiz sebuah kedai kopi  kampong biasa sahaja, manakala tapak semaian dan tanamannya  berada di kawasan sekeliling rumahnya, di tempat lain, iaitu berhampiran Tebing Sungai Pasir Mas.

Di pusat kegitan beliau itu  dipromosi dan disediakan pelbagai jenis air herba yg pelbagai khasiat , telah siap untuk diminum secara percuma orangramai khususnya para petugas di Pos Pasir Puteh itu. Dari pokok Mas Cotek, Misai Kucing, Dukung Anak, Mahkota Dewa, Kancing Baju, Kapal Terbang, Kenerak,Depu, Lada Pahit dan pelbagai  jenis lagi, hinggalah yang khusus untuk lelaki seperti Kucing Galak dan Tongkat Ali, serta yang khusus untuk wanita seperti Kacip Fatimah dan lain-lain. Selain itu pelbagai jenis bunga yang harum dan termasyhur pada masa-masa dulu dan sekarang juga ada dipeliharanya dengan baik.

Antara anak semaian pokok-pokok hutan termasyhur ialah Merbau, Chengal, Berlian, Meranti, Tembesu, Seraya dan pelbagai lagi. Adalah dianggarkan lebih 2000 spisis pokok yang telah ada di Tapak Semaian  Abenor kini, yang terletak dibeberapa lokasi tertentu di Pasir Mas. “ Saya berdoa kepada Allah semoga  pihak berkuasa yang meluluskan penebangan balak, dan pihak pengusaha penebangan kayu-kayu hutan di negara ini timbul kesedaran, ingin memelihara baka kayu kayan kita yang bermutu tinggi itu , agar menghentikan  penebangan yang  berleluasa seperti sekarang ini…bagaimana  anak cucu cicit kita nak kenal pokok-pokok yang telah dibunuh itu pada masa akan datang..?” katanya kepada saya di Pengkalan Pasir itu.   

Yang menakjubkan saya ialah, Abenor ini tidak pernah memasuki atau belajar di
dscf15441.jpg 

Mohd Nor Ibrahim (Kopiah Putih) sedang memberi penerangan

kepada pelajar dan pelawat ditempat kegiatan tanamannya

di Kampung Tendung.

 

pusat-pusat pengajian tinggi . Tetapi bercakap tentang tanaman dan pokok, beliau akan bercakap dengan lancar sekali tentang khasiat serta fungsi bagi setiap pokok herba, begitu juga ragam dan tabiat serta cara menjaga mereka semua yang berbeza setiap satu itu, termasuk juga pokok-pokok balak yang bermutu tinggi , tentang kesesuaian, saiz,umur serta  penggunaannya untuk dibuat rumah, perabut dan sebagainya, yang kini telah mula pupus akibat penebangan balak yang tidak terhad.

Di kebanyakan ruangan dinding dalam bangunan kedai promosi pokok-pokok herbanya, digantung segala hasil kajian setiap satu bersama khasiatnya. Tidak ketinggalan terdapat  juga beberapa  maklumat penting hasil komunikasi antara beliau dengan para pengkaji di bidang pertanian, tentang khasiat dan kegunaan setiap pokok herba. Dari pemerhatian saya falsafah perjuangannya ialah, ‘pelihara pokok-pokok bernilai dalam hutan rimba negara ini agar tidak pupus, dan menyeru rakyat negara ini utamakan pokok-pokok herba dalam pengubatan sebarang penyakit, jangan bergantung dengan ubat berasaskan dadah’

Kerana rasa bertanggungjawab, beliau juga mendedahkan  untuk maklumat orangramai tentang tahap kecaknaan, kecekapan dan kepekaan jabatan-jabatan yang berkaitan  (pada pandangan dan penilaiannya) terhadap pokok-pokok herba serta pokok-pokok hutan yang dicintainya. Kerana saya begitu berminat  bertanya dan memerhatikan segala kegiatannya, Abenor kerap menghubungi saya bila beliau berada di Kuala Lumpur atas urusan-urusannya .

Atas kesungguhan dan kecintaanya terhadap pokok-pokok ini yang tak reti penat lelah itu, beberapa kumpulan pelajar dari universiti tertentu di negara ini  (yang ada diajarkan ilmu tanaman dan pertanian), datang membuat kajian serta menemuramah beliau , bagi memenuhi kajian akademik mereka . Sifat positif kekampungannya yang bercakap dengan nada suara yang rendah, bersopan santun serta merendah diri dan kerap tersenyum itu , menjadikan kita, khususnya para pelajar itu  tidak jemu mendengar celotehnya mengenai pokok-pokok yang seolah-olah tak mahu berhenti dari bercakap itu .  

Beberapa bulan lalu beliau datang ke Kuala Lumpur,dan telah sudi bertandang ke kediaman saya di Puncak SG dan memberitahu , beliau kini agak sibuk menyediakan bahan untuk memberikan syarahan sebagai Pensyarah Tamu atau Pensyarahan Jemputan dalam bidang penanaman dan pemuliharaan pokok di beberapa pusat pengajian tinggi di Semenanjung .

Katanya, bidang dan tajuk yang amat digemari oleh para pelajar serta para peserta kursus yang beliau berikan ialah tentang ‘Hubungan Pokok Dengan ManusiaYang Saling Memerlukan’  . Saya amat mengaguminya dengan berita terbaru itu. Orang tua yang tidak pernah mendapat pendidikan secara formal dibidang pertanian ini telah berhasil mencapai cita-citanya untuk mencurahkan ilmu berkenaan kepada generasi baru , yang selama ini tidak mengenali pokok-pokok yang menjadi khazanah negara ini selama ini. “Sebelum saya menutup mata, saya ingin menurunkan maklumat yang ada dalam kepala saya ini kepada generasi muda agar memelihara pokok-pokok kita yang hampir  pupus sekarang ini..” katanya lagi kepada saya di Pengkalan Pasir dahulu.

Tidak syak lagi, ini adalah ekoran dari maklumat dari para pelajar yang datang membuat kajian tentang beliau dan hasil perkerjaan beliau itu..berikutan itu namanya sudah mula dikenali oleh para pensyarah mereka ...beliau memang rajin menyertai seminar-seminar dan forum-forum yang ada kaitan dengan pertanian , dan beliau sangat rajin bercakap…tanpa segan dan silu beliau akan menyampaikan pandangannya dalam hal berkaitan walaupun dalam loghat Kelantan yang agak pekat...beliau sangat berani mengutarakan pendapat sertas kritikan  terhadap perkara yang diyakininya, walaupun terhadap pihak atasan dalam sektor pertanian. 

Kini beliau mendapat pengiktirafan yang amat tinggi nilainya,iaitu menjadi Pensyarah Tamu dibeberapa buah Univerisiti tempatan tentang bidang yang disebut diatas, dimana setiap kali kehadirannya untuk memberi syarahan tentang kepakarannya itu, beliau disediakan tiket kapalterbang, kereta serta pemandu yang menunggu dilapangan terbang, bilik hotel dan wang saku . Pengiktirafan itu amat bermakna bagi dirinya, serta bagi orang-orang yang cintakan pokok-pokok dan tanaman herba di negara ini.

Seorang anak lelakinya mempunyai kelulusan bidang Sains di USM dan seorang anak perempuannya yang berkelulusan bidang Ekonomi dan Pentadbiran dari UUM , membuat keputusan untuk membantu menjalankan perniagaan berasaskan kemahiran bapa mereka dalam bidang pertanian yang luar biasa ini, khususnya mengembangkan tanaman pokok-pokok herba yang berkhasiat tinggi secara komersial.

Penglibatan anak-anak Abenor ini memudahkan lagi urusan perniagaan berasaskan pokok-pokok herba asli dari kampong ini, untuk menembusi pasaran dunia melalui internet. Sebagai contoh, saya diberitahu satu syarikat pembuat ubat-ubatan dari Amerika Syarikat meminta beliau menghantar beberapa tan daun Kenerak (Sejenis pokok herba yang mudah didapati dalam kawasan semak di kampong-kampung di Kelantan) yang menjadi bahan penting dalam ubat menyembuhkan barah atau kanser, dan lain-lain lagi.

Petang ini , bila Abenor muncul di muka pintu pejabat saya, beliau memegang sebuah buku  tebal ,dengan senyum  mengulum dia berkata “Buku ini adalah himpunan semua surat-surat bersama maklumat serta bukti bagaimana keputusan dua orang menteri, telah dibatalkan oleh beberapa pegawai kerajaan ...saya amat dukacita.Datuk nilailah sendiri betapa teruknya tingkah laku pegawai kerajaan , yang sanggup membatalkan keputusan dua orang menteri semata-mata … ”

Buku tersebut diberikan nama ‘Penilaian Kerja: Pemimpin, Pegawai Kerajaan & Rakyat,  Untuk Negara’, yang merupakan himpunan segala dokumen, surat-surat perhubungan beliau dengan pihak berkenaan dalam perjuangannya untuk memperkenalkan pokok-pokok yang bernilai tinggi di bukit bukau dan gunung ganang di negara ini , kepada seluruh rakyat negara  ini termasuk murid-murid di bangku sekolah.

Menyentuh tajuk ‘Keputusan Menteri dibatalkan oleh pegawai-pegawai kerajaan itu, Abenor menerangkan, bahawa pada awal bulan September 2005 beliau telah mengutus sepucuk surat kepada Menteri Pendidikan Malaysia Dato’ Seri Hishamudin Hussein, mencadangkan agar Kementerin Pelajaran mula perkenalkan pokok-pokok utama yang terdapat di hutan negara ini , dengan menanamkan benih pokok tersebut di kawasan sekolah. 

Oleh kerana cadangan ini begitu baik, maka Menteri Pendidikan Dato’ Seri Hishamudin Hussein, telah bersetuju dengan cadangan ini , dan pada 13 September 2005, Menteri itu  telah menulis surat kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Dato’ Peter Chin Fah Kui, meminta peruntukan sebanyak RM90,000.untuk tanaman pokok percubaan sebagai matapelajaran  asas , untuk murid-murid di sekolah mengenali pokok-pokok di negara sendiri. Manakala Abenor sendiri yang menjalankan projek tersebut.
Abenor menerangkan lagi, pada 27 September beliau telah dapat maklumat bahawa Menteri berkenaan telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM90,000.yang dipohon oleh Dato’ Seri Hishamudin Hussein itu,  sejak 25 September lagi.

Kelulusan Menteri KPPK ini menimbulkan kegemparan di kementerian tersebut, kerana idea untuk menjalankan projek perintis ini tidak datang dari para pegawai KPPK sendiri, malah sebaliknya datang dari seorang penduduk kampong yang memberikan idea kepada Menteri Pendidikan. Tamparan hebat dirasakan oleh mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dari segi pangkat dan gaji yang lumayan, tetapi tidak ada perancangan dan pemikiran yang boleh memperkenalkan  kementerian mereka , sedangkan seorang penduduk kampong dari pendalaman di Kelantan itu mampu memberikan idea yang sangat bernas !

Pada 27 September 2005  itu satu perjumpaan tergempar diadakan , di mana pegawai bahagian berkaitan di KPPK mempengerusikan mesyuarat tersebut, yang dianggotai oleh wakil dari Kementerian Sumber Asli, wakil dari Lembaga Industri Kayu Kayan Malaysia (MTIB), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dan empat lagi pegawai dari KPPK.

Mesyuarat inilah yang dikatakan oleh Abenor membatalkan keputusan dua orang Menteri, iaitu Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang telah bersetuju menjalankan projek perintis terulung dinegara ini iaitu tanaman pokok percubaan sebagai mata pelajaran asas untuk murid-murid di sekolah mengenali pokok-pokok di negara ini.

Yang amat mengejutkan mesyuarat tersebut membuat keputusan berikut: “ Mesyuarat memutuskan bahawa projek begini tidak harus dijalankan oleh pihak swasta, tambahan pula perbelanjaan wang levi eksport kayu kayan adalah pembangunan industry kayu kayan secara komersial . Pihak FRIM dicadangkan bagi memohon daripada wang levi eksport kayu kayan ini bagi tujuan ini. ..kalau hendak diluluskan , hendaklah dipohon kepada jabatan bukannya kepada Menteri..”

Soalnya, apakah hak pegawai-pegawai berkenaan mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh Menteri tersebut? Tahukah mereka asas Menteri-menteri itu berfikir dan kepentingan apakah Menteri itu mengambil kira sebelum membuat keputusan. Saya bertanyakan Abenor mengapakah agaknya para pegawai kerajaan membatalkan keputusan Menteri berkenaan, dan jawabnya; “Mereka nak jalankan projek…tapi tak ada idea…lalu pegawai-pegawai itu mereka –reka atau mengada-adakan bajet yang berlebihan untuk kepentingan mereka sendiri..misalnya Dato’ Sri Hishamudin cadangkan untuk permulaan dibuat terhadap enam buah sekolah sahaja…mereka menambahkan menjadi 140 buah sekolah dan dari cadangan Menteri Pendidikan itu hanya RM90,000 ditambah kepada RM1.5 juta dan yang mengendalikannya bukanlah Abenor lagi, tetapi mereka sendiri yang menjalankannya.

Ertinya sebelum ini para pegawai yang berkaitan itu tidak mempunyai idea untuk membuat projek seperti itu, tetapi bila dilihat telah ada idea yang baik , lalu mereka rampasnya dari insan yang lemah itu , untuk mereka buat sendiri dengan memperbesarkan peruntukan yang termasuk dalam peruntukan baru mereka itu ialah alaun para pegawai berkenaan , tuntutan perjalanan, sewa kenderaan dan pelbagai lagi , semasa menjalankan projek tersebut !

Saya berpendapat,  Pihak Ketrua Setiausaha Negara (KSN) kenalah bertindak tegas untuk hadapkan para pegawai kerajaan yang terlibat itu kepada Lembaga Tatatertib, kerana mengenepikan arahan dua Menteri berkenaan.

Mengikut Abenor, ada pegawai-pegawai yang dijemput untuk membuat konspirasi membatalkan keputusan dua orang  Menteri ,telah lari dari mesyuarat tersebut dengan alasan tak mahu terlibat dalam membuat keputusan tersebut.

Dengan gaya cakap yang bersahaja Abenor berkata “ Yang menghancurkan kerajaan bukanlah Menteri atau Wakil-wakil Rakyat...tetapi para pegawai kerajaanlah yang melakukannya !”.   

       

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack