A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack

Laman Utama
BUBAR SEGERA J/K PERHUBUNGAN ANTARA AGAMA PDF Cetak Emel

Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan oleh seorang menteri di JPM Tan Sri Koh Tsu Koon baru-baru ini menimbulkan kemarahan ramai pihak lagi sebagaimana kemarahan yang sama timbul semasa orang-orang  yang mempunyai fikiran yang sama seperti menteri di JPM itu yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang akhirnya ditolak oleh Kerajaan . Oleh kerana akhbar dikatakan mewakili minda rakyat, maka saya petikkan disini pendapat Pengarang Utusan Malaysia dalam hal ini .Sila ikuti pendapatnya berikut ini dan ikuti juga ulasan saya dibawahnya nanti, terima kasih -Pengarang   

 

NAMA Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan baru-baru ini adalah untuk mempromosikan keharmonian dan persefahaman antara penganut pelbagai agama di negara ini wajar ditukar.

Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama, yang diketuai oleh bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Ilani Ishak, juga bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama.


Jadi hal-hal semasa termasuk berkaitan dengan pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan boleh dibincangkan oleh jawatankuasa itu.

Justeru Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata penubuhan jawatankuasa itu dikatakan tidak menjejaskan status agama masing-masing seperti diperuntukan di bawah Perlembagaan.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST), Allied Coordinating Comitte for Islamic NGOs (ACCIN), ahli akademik serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Tetapi bagi pihak mufti, tokoh agama dan pertubuhan Melayu - penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama itu telah menimbulkan kontroversi sebagai mana yang berlaku tentangan umat Islam terhadap Suruhanjaya Antara Agama.

Ada pihak mendakwa penubuhan itu mungkin sebagai reaksi kerajaan ekoran isu serta beberapa kejadian tidak menyenangkan berkenaan penggunaan kalimah Allah pada awal tahun ini.

Keputusan ini juga dianggap tidak menguntungkan, sebaliknya menimbulkan kemarahan orang Islam di negara ini.

Peningkatan bantahan di kalangan orang Melayu sekarang menunjukkan umat Islam belum bersedia untuk membincangkan isu-isu yang boleh disalah guna untuk menggugat kedudukan agama rasmi negara.

Mereka bimbang dengan status agama Islam pada masa depan apabila ia boleh dibincangkan di peringkat pelbagai agama dan dibimbangi akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain.

Hati-hatilah dengan taktik halus pihak tertentu untuk meminggirkan Islam sebagai agama rasmi serta membelakangkan Majlis Raja-Raja.

Denyut rasa bimbang orang Melayu terhadap kewujudan jawatankuasa itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Langkah yang boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk meletakkan Islam setaraf dengan agama lain wajar dielakkan.

Meskipun begitu kita harus faham bahawa masalah kekeliruan melibatkan kaum dan agama perlu diselesaikan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan hingga menggugat perpaduan antara kaum.

Mungkin pengumuman menukarkan nama Jawatankuasa Perhubungan Antara "Agama" kepada perkataan "Kaum" yang dicadangkan oleh mufti-mufti negeri yang bertemu di Putrajaya semalam mampu membuka jalan penyelesaian dan tidak mengelirukan orang ramai.

Sekadar mengingatkan semua pihak dalam jawatankuasa khas itu bahawa mereka boleh membincangkan apa saja isu semasa asalkan ia tidak menyentuh soal agama yang terletak di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu-Ehsan Utusan Malaysia.

 

Ulasan:

Sejauh pemerhatian saya Koh Tsu Koon ini seorang menteri yang begitu banyak sikap toleransi dan mudah memahami orang lain. Bagaimanapun saya sangat hairan mengapa dia tidak peka kepada keputusan Kerajaan Malaysia yang telah menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang dicadangkan  oleh pejuang-pejuang agama kafir (bukan agama Islam) di negara ini beberapa tahun lalu, atas bantahan umat Islam.

Tahukah  Koh Tsu Koon bahawa  punca kemarahan Orang Melayu dalam perkara ini adalah bermula  dari awal kedatangan orang Chin dan India ke Tanah Melayu ini, yang sebahagian besarnya dibawa oleh penjajah British  sebagai buruh lombong bijih dan pekerja estet.  Para pendatang ini memohon untuk menjadi rakyat negara ini yang menjadi amat keberatan bagi Orang Melayu  sebagai penduduk pribumi untuk membenarkannya, kerana  takut  hilang hak-hak mereka dalam semua perkara dalam kehidupan sehari-hari , termasuk ibadat atau agama mereka, kebudayaan, bahasa , adat istiadat, institusi raja dan lain-lain.

Akhirnya , Orang Melayu menerima rayuan kaum pendatang ini untuk menjadi  rakyat Malaysia dengan syarat –syarat tertentu yang mesti dipatuhi; termasuk mereka tidak boleh mempersoalkan :

1-      Hak-hak  istimewa  Orang Melayu

2-      Kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi 

3-      Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

4-      Dan lain-lain lagi adanya.

Jadi  jelas disini apabila ada Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang ahlinya terdiri dari pelbagai agama kafir (bukan agama Islam) sudah tentu mereka akan mempersoalkan macam-macam perkara yang menyentuh kesucian agama Islam mengikut lojik mereka , sedangkan Islam mempunyai pelbagai kaedah melaksanakan syariat yang diperintah oleh Allah terhadap hambaNya dan disuruh oleh Rasulullah SAW untuk umatnya melaksanakannya ,  dimana sebahagiannya boleh dilihat lojiknya dari segi saintifik, dan  yang sebahagiannya pula tidak boleh dipersoalkan mengapa kena  lakukan itu dan ini lojik atau tidak, ia pasti dilaksanakan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Azza  Wajalla ! Orang kafir tidak dapat faham hal ini .

 Sebuah Hadith Sahih , Nabi Muhammad SAW  berbunyi: ‘Al -Islam Ya’lu wala yu’la alaih’ ertinya Islam itu sangat  tinggi (kedudukannya) dan tidak ada (agama lain) yang lebih tinggi darinya. Jadi lojiknya, bolehkah wakil-wakil agama kafir itu mencadangkan agar diletakkan sama taraf dengan agama Islam. Sanggupkah kita mendengar segala perintah Allah SWT serta  hukum hakam serta ajaran Nabi SAW Islam itu hendaklah dibincang dan ditolak ansur?

Misalnya,..kalau wakil Islam menjawab satu-satu persoalan dengan mengatakan hal ini  tak boleh ditolak ansur kerana hukum yang wajib dipatuhi dan terkandung dalam Al Quran..bolehkah kita terima jawapan mereka dengan mengatakan..”janganlah terlalu ekstrim ubahlah sikit kandungan Al Quran itu ..” apa agaknya yang akan berlaku? Paling renganpun rundingan pasti ditamatkan ..kerana tak mungkin kita sanggup dengar  isi kandungan Al Quran nak diubah !

Bagi Orang Melayu, mepersoalkan Islam ertinya mengingkari prinsip asas kerakyatan di atas tadi, bahawa mereka tidak boleh mempersoalkan kedudukan agama Islam apalagi membincangkan ajarannya oleh orang-orang kafir.

Kesimpulannya eloklah ditukar segera nama Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama itu kepada Jawatankuasa Antara Kaum ; bagi mencari jalan untuk perpaduan dan mahabbah ! Wallahu a’lam bissawab.  

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack