A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 16 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini170
mod_vvisit_counterBulan Ini7746
mod_vvisit_counterJumlah547412
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN
ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN PDF Cetak Emel
 tengku-razaleigh-hamzah.jpg

 Tengku Razaleigh Hamzah

Sejak kebelakangan ini, begitu banyak diperkatakan tentang royalty minyak yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Kelantan dari Kerajaan Pusat. Banyak pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh politik bagi menyokong bahawa Kelantan berhak mendapat royalty minyak tersebut dari Kerajaan Pusat. Saya tertarik dengan satu berita yang dikemukan oleh dua orang pakar undang-undang mengenai hal ini. Saya perturunkan berita yang disiarkan dalam Berita Minggu  hari ini  yang dilaporkan oleh
 Mohd Anwar Patho Rohman  untuk kita renungkan bersama. Royalti: 2 pakar tak memihak Kelantan
PDA jelas menunjukkan ia hak Kerajaan Pusat


KUALA LUMPUR: Dua pakar undang-undang, Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Datuk Cecil Abraham bersependapat Kelantan tidak layak menuntut royalti minyak mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).

Hujah mereka berdasarkan peruntukan PDA dan perjanjian ditandatangani Petronas bersama kerajaan negeri yang jelas menunjukkan Kelantan tidak berhak menuntut dan mendapat bayaran royalti minyak.
Abraham berkata, perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Kelantan pada 9 Mei 1975 memberi hak eksklusif kepada firma minyak negara itu mengusahakan sumber minyak yang dijumpai di negara ini sama ada di daratan atau pesisir pantai. “Kerajaan negeri tidak boleh mengharapkan bayaran daripada petroleum ditemui di negeri itu kerana ia milik Kerajaan Pusat dan Petronas. Oleh itu kerajaan negeri tidak berhak menuntut sebarang pembayaran atau royalti,” katanya pada forum bertajuk Royalti Minyak: Satu Hak Perlembagaan? anjuran Majlis Peguam, di sini semalam.

Turut menjadi ahli panel forum ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas serta peguam, Tommy Thomas.

November lalu, Kerajaan Pusat mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana mendapati negeri itu tidak berhak mendapat royalti minyak berikutan operasi cari gali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.

Kerajaan Pas Kelantan bagaimanapun menolak pembayaran wang ihsan itu kerana menganggapnya tidak mematuhi perjanjian yang ditandatangani mengikut PDA sebaliknya menuntut wang royalti lima peratus terhadap hasil minyak diperoleh di luar pesisir pantai.
Kerajaan pusat dijangka menyalurkan wang ihsan RM20 juta kepada Kelantan mulai bulan ini.

Shad Saleem berkata, walaupun ada pihak mempersoal kesahihan PDA dan fungsi Petronas, petroleum yang ditemui di negara ini masih menjadi hak Persekutuan berdasarkan Perlembagaan.
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->

Ulasan:

YBM Ku Li nampaknya kenalah menurunkan nadanya bila bercakap tentang isu ini, kerana  ternyata kedapatan fakta-fakta yang tidak memihak kepadanya lagi buat akhir-akhir ini kerana sudut undang-undang negara yang harus beliau akuri !

Lagipun tingkahlaku Ku Li kini tidak disenangi oleh para pengikutnya di seluruh negara yang menjadikan isu remeh ini untuk mencari publisiti dirinya, sedangkan para pengikutnya masih mempunyai harapan untuk beliau tumpukan perhatian terhadap UMNO seluruhnya, khususnya isu maruah Melayu yang di persendakan oleh bangsa ketrurunan pendatang, khususnya para pemimpin DAP yang disokong pula oleh PKR dan PAS !

Para pengikut Ku Li mahu beliau menumpukan isu ini untuk meraih sokongan seluruh ahli UMNO untuk memertabatkan beliau sebagai calon Presiden UMNO dalam perhimpunan yang akan datang , kerana mengambil kesempatan di atas perubahan dan pindaan Perlembagaan UMNO yang tidak lagi mengenakan quota terhadap sesiapan yang hendak bertanding mana-mana jawatan dalam UMNO.

Ertinya  masa keemasan Ku Li hanya berlalu begitu sahaja tidak dimanfaatkan; ditakuti nanti Ku Li menjadi  “ Lebai Malang yang berkayuh ke hulu ketika air surut dan berkayuh ke hilir ketika air pasang”!

 
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack