A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 17 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini165
mod_vvisit_counterBulan Ini7741
mod_vvisit_counterJumlah547406
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB PDF Cetak Emel

logo_blog_ulasan.jpgSOALAN : Apa pendapat saudara DY tentang tulisan Subky Abdul Latif pada muka lima Harakah keluaran 22-25 Februari 2010 – yang banyak mengkritik DYMM Sultan Perak? Serta hakim-hakim dan siapa sebenarnya Subky Latif ini? – Nor Zaidi, Langgar Alor Setar, Kedah.
Nasihat buat Subky Latif.

 NASIHAT BUAT SUBKY LATIFF

 1. Terima kasih atas soalan saudara yang mengulanginya berkali-kali melalui telefon dan sms, sebenarnya saya sangat terkejut dan kecewa sekali bila membaca tulisan saudara Subky Latif dalam kolumnya bertajuk “Mens sana in Corpore sano” dulu tajuk kolumnya “min aina ila aina” iaitu satu tajuk dalam Bahasa Arab bererti “dari mana hendak ke mana” tetapi tajuk baru kolum beliau ini saya tidak faham dalam bahasa apa. Sekali dengar macam bahasa rojak, iaitu orang puteh pun ada, bahasa jawa pun ada dan seimbas lalu macam Bahasa Latin yang beberapa pengendali kursus motivasi sering menyebutnya.Kerana orang Melayu kerap kagum dengan bahasa yang tak difahami untuk lebih 'bombastic' lagi! itulah juga cara Subki.

2. Tapi tak kisahlah, pokoknya isi tulisannya langsung tidak mencerminkan Subky Latif yang pada satu ketika dulu seorang wartawan Kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu yang sangat disegani dan popular dengan tulisannya yang sangat berwibawa.

3. Pada masa itu, Subky berada dibarisan ketiga dalam hiraki pimpinan Utusan, yakni Mazlan Nordin (Tan Sri), Osman Abadi dan beliau ditempat ketiga. Kerana antara wartawan kanan yang telah lama bertugas di Utusan waktu itu, termasuk Zainudin Maidin (kini Tan Sri), Ali Salim (Jiro) dan lain-lain, Subky Latif lah yang ada latar belakang pendidikan yang agak tinggi iaitu MCE dan sedikit pelajaran Agama di Gunung Semanggol, Perak. Lagipun beliau mempunyai kepintaran menulis dengan hebat dan disukai ramai. Beliau kerap mengikuti kursus sambil belajar di negara-negara luar khususnya di negara Eropah yang ditaja oleh pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur.

Seandainya beliau tidak berhenti dari Utusan untuk menyertai PAS, sudah tentu beliau dilantik oleh pemegang saham terbanyak Utusan menjadi Ketua Pengarang Utusan dan mungkin sampai ke hari ini.

4. Kelemahan Subky Latif ialah mudah terpengaruh dengan bahasa indah para pemimpin PAS terutamanya Dato’ Asri yang digelar sebagai ‘Sukarno Malaysia’ kerana kehebatannya berpidato.

5. Subky satu hari memberitahu saya (saya waktu itu baru bertugas dengan Utusan berjawatan Wartawan Kadet) beliau nak meninggalkan utusan untuk sertai PAS atas tawaran Dato’ Asri Muda Yang Di Pertua Agung PAS (kini ditukar kepada Presiden).

6. Ramai wartawan Utusan memanggilnya ‘SUB’, beliau menyukai saya walaupun saya budak baru, kerana saya suka berhujah dengannya tentang apa saja tajuk, termasuk soal agama dan politik.

7. Saya memberi pendapat, agar beliau membatalkan saja hasratnya untuk menyertai PAS, kerana PAS hanya menyanjung orang-orang yang mempunyai pendidikan Islam secara formal sekurang-kurangnya empat Thanawi, dan kalau di Kelantan dinamakan kelulusan darjah Sembilan.

8. Saya peringatkan Subky Latif bahawa PAS hanya ingin mendapat publisiti murah pada masa itu, di mana seorang wartawan kanan di Kumpulan Akhbar Utusan Melayu sertai PAS! “Mereka hanya akan bagi satu jawatan yang sederhana tingginya kepada u buat beberapa ketika dan kumpulan yang taksub kepada pendidikan agama akan pancung u Sub…..”demikian antara kata-kata saya kepada Subky Latif sekitar tahun 1975.

9. “Saya pikir Asri ada agenda buat saya dalam PAS…saya akan cuba dulu u doakan saya agar tidak sia-sia memasuki PAS kelak” kata Subky.

10. Apa yang berlaku seperti yang dijangka Subky Latif telah diberikan tugas sebagai Ketua Penerangan PAS di zaman Dato’ Asri dan mengendalikan Bulletin Suara PAS “Harakah”. Akhirnya bila Asri disingkirkan oleh kumpulan Muda PAS yang pro revolusi Iran, maka Subky juga tersingkir dari jawatan Ketua Penerangan PAS. Subky juga tidak diberikan kepercayaan menjadi Ketua Pengarang Harakah.

11. Akhirnya Subky diberikan satu kolum dalam Harakah untuk meneruskan tentangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional dengan menggunakan kehebatan nama Subky Latif hingga ke hari ini.

12. Tentang tulisan Subky Latif memperli dan mengkritik Paduka Sri Sultan Perak itu, hanyalah satu cara Subky hendak menarik perhatian pihak pembangkang yang beliau masih berbisa, itu saja. Kerana ramai orang PAS sendiri sudah anggap beliau sudah tiada!

13. Dalam hatinya saya tak fikir beliau menjadi anti Raja begitu. Beliau dahulunya seorang yang sangat menghormati Raja-Raja Melayu dan Institusi beraja di negara ini. Bagaimanapun saya sukalah menasihati Saudara Subky agar jangan terus bermain api kelak terbakar diri!

Janganlah anggap kelima-lima hakim yang mengendalikan kes Nizar-Zambry itu kartun, hanya kerana kelima-lima hakim itu telah sebulat suara member kemenangan kepada Zambry sebagai Menteri Besar yang sah!

Mustahil keputusan para hakim itu menjadi sependapat kerana mereka telah bersumpah untuk berlaku adil. Janganlah cuba menimbulkan keraguan terhadap mereka pula, jangan jadikan hakim alat Saudara Subky berpolitik!.

Dalam hal ini Saudara Subky Latif dalam halamannya di muka lima Harakah dengan berkata
“ Saya bukan sengaja hendak memperlekehkan kerajaan, mahkamah, Istana, politik dan sebagainya. Tetapi yang saya sebutkan itu ada tanggapan dan persepsi awam atas suasana yang dilihat. Persepsi dan tanggapannya ialah Kartun”.

Bagi Subky kalau hakim memihak kepada pembangkang barulah hakim itu Arif dan bijaksana dan patut dipuji. Bila keputusan merugikan orang yang di sokong, maka hakim itu di pertikai. Bila terdapat hakim-hakim salah laku beberapa tahun dulu, mereka dibuang dari tugas, Subky menyatakan tak adil berbuat seperti itu. “Hakim hanya menjalankan tugas profesional mereka mengapa Dr. Mahathir pecat mereka?...” kata Subky lagi.

Tetapi kini bila Nizar kalah, Subky mempersendakan hakim-hakim pula. Dukacitanya sekarang, Subky melabelkan ‘ISTANA’ kerajaan BN dan hakim-hakim sebagai Kartun! Nampaknya Subky Latif yang tidak Kartun, Anuar Ibrahim tidak Kartun, Nik Aziz tidak Kartun, Karpal Singh tidak Kartun, Lim Guan Eng tidak Kartun, Lim Kit Siang tidak Kartun. Jadi siapa lagi yang “Kartun” kalau tidak para pemimpin PAS yang Kartun. Mereka sebelum ini bermati-matian menjual “Islam” alih-alih bersahabat dengan para pemimpin DAP dalam Pakatan Pembangkang yang terang-terang menentang sebarang bentuk pemerintahan Islam itu! PAS sanggup memusuhi UMNO demi dihasut oleh Anwar Ibrahim yang sebelum ini PAS namakan sebagai “MURTAD”!!.

Saya ingin peringatkan Saudara Subky Latif agar segera menyedari atas keterlanjurannya menulis seperti itu. Mengapa perlunya Saudaraku musnahkan kewibawaan Saudara yang besar itu dengan menimbulkan Isu Provokasi seperti ini (sedangkan ia berbahaya sekali) akan menimbulkan persepsi umum bahawa Subky Latif sekarang hanya menjadi alat propaganda murahan PAS dan pembangkang semata-mata, hatta isu Raja-Raja Melayu dan hakim-hakim Melayu pun sanggup diperlekehkan dari mencari sedikit populariti kelabu asap seperti itu! Tak berbaloi kawan…….kalau dah terlanjur, kembalilah ke pangkal jalan…..padamkan segera api di tangan itu sebelum ia melecurkan diri anda sendiri!


 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack