Dua hari lalu, Pengerusi DAP Lim Kit Siang mencabar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kononnya Tun Mahathir telah menyalahgunakan kewangan negara semasa era
pemerintahannya sebagaimana didakwa oleh seorang wartawan barat, Barry Wain baru-baru ini dalam bukunya bertajuk ‘Malaysian Maverick : Mahathir in Turbulent Times’ , yang
kemudiannya Tun Mahathir menyahut cabaran itu dengan meminta dibuat penyiasatan terbuka terhadap fakta sebenar, bagi membuktikan dakwaan itu adalah bohong dan palsu.
Hampir serentak dengan itu anak Kit Siang yang kini dikatakan sedang menjalankan pemerintahan diktator di Pulau Pinang dengan kemenangan DAP dalam pilihanraya lalu, membuat dakwaan terbuka
kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor Teoh Beng Hock mati dibunuh, yang menimbulkan kemarahan pihak polis dan pengamal undang-undang kerana melampaui kuasa mahkamah, bahkan ia jelas
berupa hasutan yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
Ibarat pencuri di tengah malam yang gelap, memicit lampu suluh ke satu sudut, di mana orangramai mengejar ikut cahaya lampu suluh itu, tetapi sebenarnya pencuri itu telah melarikan diri ke arah
yang bertentangan dan lepaskan diri. Inilah hakikat sebenar dua beranak diktator DAP ini , yang satu Pengerusi dan satu lagi Setiausaha Agung.
Lim Kit Siang pada pagi 22 Disember lalu mengetuai hampir sepuluh orang anggota keluarganya (tak termasuk Guan Eng) , sebaik saja tiba dengan kenderaan rasmi kerajaan,
telah berjalan membuka dada semacam lagak seorang ketua diktator sebuah negara, dan masuk ke lapangan terbang Bayan Lepas Pulau Pinang kira-kira jam 6.15 pagi dengan membuat
arahan dengan telunjuk tangannya ke sana ke mari kepada sekumpulan pegawai dan kakitangan protokol Kerajaan Negeri , setengahnya memikul dan mengangkat barang rombongannya, dan setengah
yang lain pula membuat pengesahan tikert untuk penerbangan MAS 6.40 pagi tersebut.
Soalnya, apakah haknya Lim Kit Siang menggunakan segala kemudahan kerajaan negeri , sedangkan beliau tidak memegang apa-apa jawatan pun pentadbiran Kerajaan Negeri; tidakkah ini jelas
yang beliau telah menyalahgunakan kuasa menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk peribadinya sedangkan beliau tidak mempunyai kelayakan berbuat demikian..kalau perbuatan ini tidak salah..siapa
yang salah?
Lebih menghairankan Kit Siang membawa anggota rombongannya memasuki bilik VIP yang hanya boleh digunakan oleh Raja-raja, menteri, Yang Di Pertua Negeeri, dan Ketua Menteri ;
itupun dengan kebenaran dari pihak MAB . Lebih ganjil lagi beliau hanya mengambil tiket kelas ekonomi ! kononnya nak tunjuk kepada orangramai yang beliau seorang sosialis , seorang golongan
marhin yang tentunya satu hipokrasi besar!!
Lebih hipokrit lagi, Lim Kit Siang dan para pemimpin DAP telah mengutuk habis-habisan pembinaan jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan, KLIA dan bilik-bilik VIP yang dikatakan membazir
wang rakyat. Tetapi kini Lim Kit Siang dan para pemimpin DAP itulah yang mempergunakan cukup-cukup apa yang dicerca dan dikutuk dulu itu !
Mengenai Ketua Mentari Pulau Pinang Lim Guan Eng pula, sejak naik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang , dengan begitu drastik telah membuat usaha menghapuskan penduduk Melayu di
Balik Pulau , Pulau Pinang. Tanah-tanah pertanian dan tanah-tanah bukit di Balik Pulau diserahkan kepada para pemaju bukan bumiputer a untuk dijadikan kawasan perumahan mewah yang
berharga jutaan ringgit setiap seunit yang tak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu di Balik Pulau, pusat membeli-belah dan gedung-gedung pern iagaan yang berharga berjuta-juta
ringgit.
“ Ini satu perancangan penghapusan geopolitik Melayu di Pulau Pinang buat selama-lamanya khasnya di kawasan penduduk Melayu teramai di Pulau Pinang ini ” kata
seorang teman lama saya bebangsa India yang kini menjadi seorang saudara baru Islam , ketika saya hubungi nya di Pulau Pinang pagi ini , bagi mengesahkan perkara ini .
“ Soalnya, kawasan bukit, tanah-tanah bukit itu kan kawasan yang dipelihara, tetapi ia tidak dilindungi lagi..para kontraktor perumahan Cina mengambil kesempatan membikin wang
dari lampu hijau Lim Guan Eng untuk melaksanakan perencanaan ‘ rezoning ’ untuk menghancurkan kuasa politik orang-orang Melayu di Pulau Pinang ini ”
tambah teman lama saya itu lagi .
Seorang bekas pegawai dalam pentadbiran Kerajaan Negeri menghubungi saya lewat malam tadi , kerana menurutnya ada sumber yang memberitahunya, saya sedang mengumpul
maklumat tentang Kerajaan Diktator Pulau Pinang ini , dengan menyebut isu Lot 408 sebidang tanah luas tepian pantai mewah yang amat cantik, berhampiran Hotel
ENO (sebuah hotel yang paling berprestij di Pulau Pinang) dalam Bandaraya George Town kini telah ‘dirompak’ oleh Lim Guan Eng dengan memberi hak milik
kekal , padahal ia menyalahi peraturan Majlis Tanah Negara.
Tanah kawasan komersial ini sebenarnya mengikut maklumat dari sumber lain pula , yang boleh dipercayai, tanah yang amat tinggi nilainya ini telah diberikan kepada hak milik kekal
kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri sebanyak 50% dan kepada YTL Berhad 50% lagi.
“Mana ada tanah komersial diberikan hak milik kekal, melainkan ia hanya diberikan pajakan selama 99 tahun paling lama pun ini pasti satu penyelewengan yang kerajaan khasnya SPRM patut
siasat dan bertindak! “ tambah sumber itu lagi.
Hal ini cuba disuarakan oleh para pemimpin UMNO dan BN dari kawasan Balik Pulau , iaitu YB Farid ADUN Pulau Betong Balek Pulau cuba menimbulkan perkara ini dalam Dewan Undangan Negeri Pulau
Pinang. Tetapi sebaik saja YB Farid memulakan ucapannya mengenai hal ini, secara serta merta wakil-wakil DAP dalam dewan itu membuat gangguan dan membuat bising dengan hiruk pikuk meminta beliau
duduk ,manakala Speaker tidak menggunakan kuasanya bagi member peluang untuk Farid berucap.
Sebab mereka tahu bila Farid mula berucap mengenai perkara ini, tentulah wartawan dari media perdana akan menyiarkan ucapan tersebut, dan orangramai akan tahu perancangan jahat mereka yang sedang
diatur sekarang !. Farid tidak boleh berucap terus-terusan sehingga masa dewan bersidang tamat. Ini tentulah konspirasi antara Guan Eng, Speaker dan wakil-wakil DAP Pualau Pinang untuk menutup
pekong yang mereka sedang lakukan.
Untuk cuba menutup perkara inilah Kit Siang membuat helah ke atas Tun Mahathir dan Guan Eng membuat helah menuduh kematian Teoh Beng Hock dibunuh bagi menimbulkan kegemparan dan dapat menutup isu
sebenar mereka yang sedang berleluasa menyalahgunakan kuasa itu.
Inilah satu pengajaran buat umat Melayu yang cuba-cuba berpakat dengan DAP kononnya nak mengajar UMNO dan BN..kini terlebih ajar dan tanahair kita terlepas ke tangan perompak Agama ,Bangsa dan
Tanahair kita yang sebelum ini tidak tidak nampak lagi bagaimana merbahayanya mereka !!!
Trackback(0)
|