A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 6 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini434
mod_vvisit_counterBulan Ini2774
mod_vvisit_counterJumlah198254
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
PULAU PINANG DALAM BAHAYA , IA AKAN TERLEPAS MACAM SINGAPURA PDF Cetak Emel
may_6_-_lim_guan_eng.png 

 LIM GUAN ENG

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian  Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk  menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang  buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
2.jpg 

 LEE KUAN YEW

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas  khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.
Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan  kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street  dan lain-lain.
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding  mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan  .
Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam  akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.
 Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari  rakan-rakan  saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya  wartawan dari Kumpulan Straits Times  Singapore yang membawa  jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.
Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya ;
“Zid,  Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid ,dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya  dan tolong jangan menalifon saya  lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”
Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan  menteri,  beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.
Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang  maklumat tentang rancangannya  untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.
Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .
Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura  satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Alhamdulillah , berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar  Ke  Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak  kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.
Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).
Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah  dan atasilah !!! 


 
   

Trackback(0)
Komen (19)Add Comment
..., Komen undian rendah [Papar]
...
Dikomen oleh Mathematician, December 04, 2009
Paktam, saya tak terkejut dengan apa yang ditulis oleh Encik Yazid.
Encik Yazid, apa kata majukan perkara ni kepada kepimpinan tertinggi negara kita?
P*k*m*k betul Guan Eng & Kuan Yew ni!
report abuse
vote down
vote up
Undian: +3
...
Dikomen oleh rag, December 05, 2009
saya tidak terkejut dgn penjelasan tadi . setalah membaca beberpa buku berkenaan dengan singapore dan juga cara kerajaan yg diperintah cina khususnya DAp memang menuju kearah tersebut ... itu juga akan terjadi diselangor.
Saya hairan apabila balaci-balaci melayu sentiasa saja menidakkan apa yg diceritakan oleh bangsa melayu sendri .. contoh diatas .. apa maksud pak tam .. cerita penulis tidak langsung menyentuh pasal parti politik ,,, cerita pasal melayu ... tapi sayang sekali .,. ada wujud katogeri melayu bangsat kalau boleh saya katakan disini yang sentiasa menyebelahi pati komunis malaya .. saya sekali melayu apabila membenci bangsa melayu sendri sanggup menggadaikan tanah air...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +5
...
Dikomen oleh Antihipokrit, December 05, 2009
Watak-watak sikitul akan sentiasa ada di setiap zaman. Melayu bangsat yang tidak sedar diri menjilat musuh yang sedang tersenyum sambil menyamar menjadi khalifah dan fasih membaca alquran.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +3
...
Dikomen oleh Budak Melayu , December 05, 2009
Aku cukup geram betullah bila melayu seperti spesis pak tam ni. Woi Pak Tam... Ate kamu nak macamana lagi info.. Ate ini udah kamu nolak... Bangsat sungguhlah kamu ni pak tam.. Kamu ni dah betul2 bersedia ke nak jadi macam singapore yang sentiasa meletakkan bangsa melayu sebagai second class citizen... Kamu pak tam memang keturunan bangsat... Aku memang cukup benci dengan kaum seperti kamu... Jika artikel ini kamu rasa menfitnah, kamu kena sedar apa yang telah dilakukan oleh kaum cina di malaysia. Kamu tu pak tam, kalu kamu tu melayu, aku rasa kamu memang jenis bangsa yang pemalas dan diikuti dengan bangsa kamu yang merosakkan bangsa...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +4
...
Dikomen oleh Pemuda Sepang, December 05, 2009
Udah2 le kita bertelagah. Pak Tam tak puas hati pasal takde bukti abg/adik kesayangannya si Guan Eng tu selalu ke Singapore.. Yg penting kita sesama agama kita usahlah lagi bertelagah. Kerana semakin hari kita bertelagah, puak2 yg bukan seagama kita betepuk tangan dan ketawa kegembiraan. Kerana mereka semakin mencapai matlamat mereka.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +5
...
Dikomen oleh noname, December 05, 2009
RSS...

MELAYU MUNDUR KERANA RAMAI MELAYU PANDAI BERCAKAP "ISLAM"..
SEOLAH2 MELAYU HANYA HIDUP UNTUK KELUBANG KUBUR.. KE SHURGA KONONNYA..

PADA AMALANNYA KEARAH JAHANAN.. DUNIA DAN AKHIRAT...

MERASAKAN TUHAN TERLALU KASIHKAN UMAT ISLAM DAN MELAYU HINGGA KEHIDUPAN DUNIA HANYA CUKUP SEKADAR BERDOA..

MELAYU JAHANAN KERANA ULAMA MELAYU ISLAM. DAN GEMBIRALAH SAHABAT2 KAFIR YANG BERSAHABAT BAIK DENGAN ULAMA MELAYU ISLAM..

report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh Aku.PasBuih dan Siamang, December 05, 2009
salam.

Terima kasih dan tahniah diatas penjelasan yang Berani dari Dato".Mohon izin dari dato' untuk saya panjangkan huraian dato'tentang Pulau Pinang dalam Bahagia di Blog saya Gunung Mat Cincang.Blogsport.

Demi dpt membuka minda bangsa kita yang tunduk pada kapiaq harbi hari ini.

Wassallam.

Mohon Izin dato"

report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh dyo, December 06, 2009
kepada pasbuih dan siamang, gunung mat cincang blogspot,

saya membenarkan dan mengizinkan saudara memetik mana-mana bahagian dalam semua tulis saya, terima kasih.

salam dari, yazid othman
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh pena minang, December 06, 2009
seram sejuk sedih marah bengang rasa nak bunuh orang
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh MACK, December 07, 2009
Aku pun selalu jumpa dato ni kat shah alam kat seksyen 18 berhampiran myden tu orang kaya ini aku bangga dengan ko dato tapi cakap soal melayu ni dato kena cermin diri sendiri dulu sebelum menuduh puak lain tak hiraukan nasib melayu. apa dato buat orang sekitar tahu shah alam tahu ler.bekas wartawan utusan melayu ni
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Raja Lori, December 07, 2009
Tak hairan pun...sebab DAP kan adik-beradik PAP dan ideologi serta rancangan diorang pun sama...untuk mewujudkan Malaysian Malaysia iaiu hak & keistimewaan semua kaum disamakan .Mereka juga ingin mmenghapuskan pengaruh politik orang Melayu seperti yang pernah dilakukan Malayan Union(British) lebih 6 dekad lalu...BN especially UMNO perlu mengambil perhatian & berhati-hati dengan mainan politik pembangkang yang tak sedar diri ini...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh melayupulaupinang, December 07, 2009
saya tidak tahu samada pak tam dan yg lain2 adalah warga p pinang @ tidak. jka tidak dtglah ke p pinang dan cari lah perkampungan melayu. mksd saya dkwsn daerah timur laut p pinang dimana letaknya gtown. bg saya apa yg dikatakn oleh dato tlah pun bjaya dlakukn d daerah tmur laut.menolk utk bfkir siapa kah yang tlah bjaya mlakukannya, gerakan @ dap, psoalan saya, adakah calon melyu boleh menang di daerah timur laut (ini tmsuk clon pkr,pas dan umno) dan bagaimanakh kita hendak kmbalikn org melayu ke p pinang yg kini bpusu2 mlarikn diri ke tnah besar. adakah daerah barat daya dpt bthan? brapa lama? balik pulau? lhatlah rumah yg sdg dibgnkn di balik pulau. adakah pnddk balik pulau mmpu utk mmbli? cubalah selidik. jgn lah kita asyik bergdh dan sling menylahkn orn lain, maka kita jga lah yg rugi. saya sendiri hanya mmpu mmbli apartment 700 kaki persegi dgn harga rm 140k dkwsn timur laut. bbloikah? bbloi jika kta sygkn tanahair kita dan hndkkn mlyu trus kekal d p pinang
report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh ultramalay, December 10, 2009
1MELAYU
Saya seorang ahli umno yang agak neutral dalam sebarang isu mengenai hal2 yang berkaitan sesama melayu..kerana saya fikir adalah apa yang lebih penting ialah menjana 1MELAYU, dan bukannya 1malaysia... saya lebih suka melihat semua orang melayu bersatu..kerana ianya adalah suatu fundalmental yang paling penting untuk menjadikan suatu bangsa itu kuat dan dihormati. Ianya penting kerana kita tentunya tidak mahu menjadi bangsa yang lemah dan tidak mempunyai kuasa dan suara dalam menjaga hak-hak kita dalam semua aspek kehidupan baik dari segi sosial,budaya,ekonomi dan yang paling penting ialah agama.

Dalam membina bangsa yang kuat,dua elemen penting iaitu ekonomi dan politik perlu diberi perhatian yang maksima.Bila melayu dapat menguasai ekonomi dan politik dalam ertikata yang sebenar,barulah bangsa melayu dapat berdiri dengan lebih gagah dan cemerlang dalam semua aspek dalam negara.Semua itu dapat direalisasikan bila semua melayu berkerjasama,tolong menolong sesama melayu dan yang paling penting bijak berpolitik..demi agama dan bangsa.

Ini adalah juga kerana apabila 1MELAYU dapat dibina,barulah jika benar hasrat kerajaan untuk melihat 1malaysia itu dapat direalisasikan.Sebabnya ialah apabila bangsa lain melihat orang-orang melayu tidak bersatu..sering berbalah dalam banyak aspek..dan lebih buruk lagi dalam soal politik, mereka tidak merasakan ianya(1malaysia) penting bagi kepentingan mereka.Tapi apabila mereka melihat orang melayu telah bersatu dan kuat,barulah mereka berhati-hati dan mulai menjaga hati dan perasaan orang melayu dan juga menghormati hak-hak orang melayu.

1MELAYU dapat mencerminkan ketuanan melayu yang jelas dan juga membina bangsa yang cemerlang dalam era globalisasi masakini.

Dalam situasi politik semasa negara, melayu perlu menggunakan nilai undi mereka dalam menentu dan membentuk kuasa dan suara politik. Ini semua penting bagi menguasai langskap sosial masyarakat dan membentuk suatu kehidupan masyarakat melayu yang sihat sosial,moden,berpendidikan tinggi,berintegriti dan juga berkuasa tanpa memerlukan sokongan pihak lain.

Keadaan melayu pada hari ini mencerminkan generasi akan datang, jika orang melayu lemah hari ini, bagaimana pula generasi pada masa depan?...
Oleh itu binalah melayu pada hari ini agar generasi melayu di masa depan menjadi generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 1MELAYU.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +3
...
Dikomen oleh sang nila, December 17, 2009
org org melayu dan pemimpim pemimpin melayu yg menyokong pakatan rakyat di slgor dan pulau pinang sedarlah, anda sbnrnya di ambang kepupusan. mahukah anda menjadi golongan yg di pinggirkn seperti yg berlaku pd org melayu di singapura? atau lbh tepat lg anda sbnrnya sdg mendaftarkn diri untuk menjadi BARUA. maaf jika perkataan ini menyinggung anda
report abuse
vote down
vote up
Undian: +2
...
Dikomen oleh dulukini, February 21, 2010
Nampak mcm benar tapi tidak semestinya betul sebab bagi aku anda dari UTUSAN MELOYA dan NST. Anda akan melakukan ape saja asalkan kroni dapat terus berkuasa dan mempraktikkan rasuah tahap maksimum.

Sekiranya benar perkara ini anda dinasihatkan mengemukakan bukti bagi menyatakan LGE setiap minggu pergi ke singapore untuk mengadap gurunya Lee Kuan Yew. Selama MCA memerintahpun mmg sudah lama melayu dipinggirkan dan kenapa sekarang baru anda menyatakan melayu semakin terpinggir.

Lebih baik anda kemukakan bukti dari bercakap kosong dan terus memprbodohkan orang melayu pulau
pinang. sekiranya anda tinggal di Shah Alam maka saya melihat anda semakin tersepit kerana tidak
dapat projek kerana selangor diperintah oleh PR dan anda tidak tahu hal di pulau pinang secara keseluruhan. Anda mungkin sudah bebal kerana tidak mendapat projek sepertimana mamat2 yg melalak mcm anjing sewaktu isu kuil dan kepala lembu tempoh hari.

Sekiranya anda orang Islam sudah2lah mengadu domba sesama melayu dan islam. sekian.

report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh Citra Melayu, February 21, 2010
Satu ja soalan saya . Guan Eng dan pakatan pegang baru 2 tahun . Baru nak kecoh pasalm hak melayu P.Pinang . Sedangkan kes hak melayu P. Pinang ni dari zaman Koh Su Koon ang The Gang sebelum ni lagi ( ( UMNO , MCA , Gerakan ) . Apsal tak kecoh pun . Zaman tu melayu dijaga ka ? Ada logik akai ka dalam tempoh 2 tahun ni Guan Eng dah bleh bina perumahan besaq , amik tanah org melayu dan buang org melayu. Cu ba komen sat ?
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh anak penang, February 21, 2010
haha.. lawak la ak baca entry hg ni mat bedengung.. selama 50 taun lbh BN perintah brpa buah kg melayu dkt penang abeh ranap?dekat area kulim,sg.petani tu smua org2 mana asai nya woi bedengoi?org pulau yg kena halau dgn hina nya oleh MCA disambung dgn GERAKAN dgn bantuan umngok tu sndri.. hampa bukan saja rezoning tapi hampa halau semua org melayu sana.. hat tinggai org kt balik pulau yg bleh jual buah durian time musim dia,tu pon tokey cina dapat untung..kebun asai diri sndri pny,kena tipu dgn umno pny pasai,dapat upah juai pon jadi laaaa..
report abuse
vote down
vote up
Undian: -1
...
Dikomen oleh anak penang, March 16, 2010
Nak buat macamana, salah pemimpin terdahulu jugak lah..banyak tanah telah diberi kepada org cina untuk memajukan sektor perumahan, dan dijual dengan harha yg tinggi, mana orang melayu penang mampu nak beli, kebanyakan bekerja di sektor perkilangan. Agaknya pemimpin terdahulu terlalu alpa, dan tidak pernah terfikir perkara mcm ini akan berlaku, anyway, nasi sudah menjadi bubur, nak patah balik, jgn haraplah, kerana kaum cina penang cukup "selesa" sesama mereka tak kira apa jua parti tetapi yang menjadi karut, kacau bilau itu adalah org melayu itu sendiri, melayu penang masih belum sedar, ego, kena tipu dan tertipu tanpa mereka sedari. Ketua pemuda Melayu biasalah masing masing ada agenda tersendiri, berkira-kira nak mencipta nama, bawa gaya mcm anwar ibrahim pun ada bukan apa tahun 2011 boleh dicalonkan jadi wakil rakyat. Inilah yg berlaku dlm UMNO kat Penang..masing-masing gila jawatan, kerja mcm lepas batuk ditangga, batang hidung pun tak nampak. Inilah yang kita semua nampak didalam parti PKR sekrang di Penang. PAS silent mode, ambik pendekatan ada mata lihat ada telinga dengar.

Janganlah pembagunan perumahan murah dibuat diluar Pulau, kalau kita dpt membina perumahan yg murah bawah rm60k insyallah ramai org melayu akan kembali ke Pulau jika dibandingkan kini byk pembaunan mewah sedang dibina dikawasan berhampiran persisir pantai gelugor / bayan baru. Sepatutnya PAS dan PKR mampu membuat kebaikan kepada orang melayu..mereka boleh buktikan kemampuan jika berani membuat perubahan kepada orang melayu dgn membangunkan perumahaan mampu milik kepada mereka. Tetapi apa yang diharapkan dari "undi" protest PRU12 telah tengelamkan dua parti ini yg nampak sangat PKR sungguh berkompromi kepada DAP. Harap 2 parti ini dapat "beroperasi" dengan landasan yang betul setidak-tidaknya kembali kepada janji janji manifesto PRU12 dahulu - boleh buat cross check kata orang.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack