|
Nampaknya perkembangan
terbaru dalam mayarakat India di Malaysia hari ini lebih menarik .
Sebelum ini mereka merasakan disia-siakan oleh MIC, lalu mereka
menukar kepercayaan kepada pembangkang dengan mengundi
pembangkang dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.
Berikutan itu
sebahagian penyokong MIC dikatakan mula mencari parti alternative
kaum India iaitu parti Barisan Progresif India (IPF) pimpinan Tan Sri
MG Pandithan. Bagaimanapun pemimpin utama IPF itu meninggal 30 April
semalam. Kekuatan IPF hanya dilihat berada 100% dalam pribadi
presidennya MG Pandithan, dan tanpanya parti itu tidak mempunyai
kekuatan apa-apa lagi.
Kini satu pilihan
terakhir yang ada kepada masyarakat India dinegara ini ialah Parti
Progresif Rakyat ( PPP) pimpinan tokoh terkenal Dato’
M.Kayveas. Parti komponen BN ini sejak peringkat awal penubuhannya
dilihat sebagai satu lagi parti politik khusus untuk kaum India
dinegara ini.
Oleh sebab itu MIC
sebuah parti politik terbesar yang mewakili kaum India di negara ini
pimpinan Dato’ Seri S.Samy Vellu , tidak senang dengan
kewujudan PPP ini. Perkembangannya cuba dibantutkan . Setiap kali
permintaan kerusi oleh PPP untuk bertanding dalam pilihanraya
mewakili BN disekat oleh MIC, sehinggakan PPP hanya mendapat dua
kerusi sahaja dalam pilihanraya lalu.
Tetapi perkembangannya
sejak dua tahun kebelakangan ini amat menarik. PPP mula mengorak
langkah melakukan perubahan yang radikal dan amat berani iaitu
membuka keahlian parti kepada semua kaum di Malaysia, tanpa mengira
bangsa dan agama. Perkara ini tidak pernah berani dihuat oleh
mana-mana pemimpin MIC dan tidak pernah dibuat oleh IPF.
Langkah baru PPP ini
disambut oleh seorang personality terkenal, Datuk Nik Sapeia Nik
Yusof dari negeri Kelantan.
Nama Nik Sapeia ini
disebut Nik Spian, di negeri Cik Siti Wan Kembang , seorang usahawan
perikanan Laut Dalam terkenal di Kelantan dan Thailand dan
mempunyai nama jolokan ‘Raja Laut’. Nik Sapia kemudiannya
dilantik secara rasmi oleh PPP dan diumumkan melalui kenyataan media
sebagai Pengerusi PPP negeri Kelantan . Saya percaya perbincangan dan
tawar menawar jawatan dalam PPP ini berlaku selepas mesyuarat Majlis
Datuk Persekutuan di menara KLCC hujung tahun lepas, dimana
M.Kayveas dan Nik Safia ahli exco majlis tersebut.
Dalam beberapa bulan
sahaja parti komponen BN ini telah dapat mengumpul 5,000 orang ahli
yang mewakili pelbagai daerah di Kelantan. Keadaan sambutan yang
hangat ini dipercayai pengaruh Kerabat Diraja Kelantan melalui isteri
Nik Sapeia, Datin Dr. Suriani Binti Almarhum Sultan Yahya Petra,
iaitu kakak kepada Sultan Kelantan sekarang. Selain itu Nik Sapeia
juga merupakan rakan karib bekas Perdana Perdana Menteri Malaysia
Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Perkembangan terakhir
PPP ini , nama Nik Sapeia telah ditetapkan tanpa bertanding untuk
mengisi jawatan Timbalan Presiden parti tersebut akhir bulan ini.
PPP ini kelihatan lebih
praktik sebagai parti multiracial berbanding parti Gerakan yang
dicanang kononnya sebagai parti pelbagai kaum, tetapi hakikatnya
hanya kaum china sahaja yang menganggotainya . Kerana ketandusan
kepimpinan kaum India kini, dimana S.Sami Vellu telahpun ditolak
secara rasmi dalam pilihanraya lalu, yang memberi isyarat beliau
tidak lagi popular, maka kaum India kini telah mula menunjukkan minat
terhadap PPP.
Sekiranya trend atau
kecenderungan ini berterusan begini, maka tidak hairanlah kalau PPP
boleh mengambil alih fungsi MIC selama ini bagi mewakili kaum India
kerana kewibawaan M.Kayveas memang diketahui umum, sebagai seorang
yang tegas, berterusterang dan berani menentang penyelewengan .
Pada masa yang sama
parti ini menjadi pilihan kepada orang Melayu yang tak mahu
menyokong UMNO tetapi mahu terus berada dalam BN.
Trackback(0)
|