A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 11 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini26
mod_vvisit_counterBulan Ini4638
mod_vvisit_counterJumlah200118
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow ULASAN BERITA SEMINGGU
ULASAN BERITA SEMINGGU PDF Cetak Emel
raya4b.jpg
 SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sempena kedatangan 1 Syawal pagi ini , saya dan keluarga mengambil kesempatan di ruangan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN buat kaum keluarga, sahabat handai, pembaca setia blog ini dan semua umat Islam di mana juga berada. Semoga ibadat puasa di bulan Ramadhan yang bakal ditinggalkan beberapa jam lagi dan amal ibadat yang dilakukan sepanjang bulan mulia itu diterima Allah SWT. Semoga kita berpeluang untuk melaksanakan ibadat itu di tahun hadapan, amin.
Saya memohon maaf kerana sudah agak lama tidak mengemaskini laman blog ini. Kesibukan mencari rezki dan ibadah di bulan Ramadzan menyebabkan tidak banyak waktu untuk menatap halaman berita di dada-dada akhbar, salura-saluran berita tv global, membaca SMS teman-teman serta kenalan ; untuk memasukkan ulasan dan pandangan dalam laman blog saya ini . Alhamdulillah saya mula berkelapangaan mulai awal Syawal ini dan insya Allah kita bertemu semula dilaman ini seperti biasa ! . Di bawah ini saya diperturunkan beberapa pilihan berita yang boleh dijadikan renungan dan iktiba kita bersama.

 

 

images.jpeg
 Lebuh Raya Utara Selatan

KUATKUASAKAN PERATURAN KESELAMATAN JALAN RAYA

GURUN 18 Sept. – Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini.
Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20.
Kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu melibatkan kereta Perodua MyVi dinaiki keluarga terbabit serta sebuah Perodua Viva, Naza Citra dan treler.
Empat beranak itu terperangkap dalam kenderaan mereka yang meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah kereta jenis Naza Citra dan treler.
Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya.
Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan.
Selepas itu, kereta yang dinaiki keluarga malang tersebut pula terlanggar dua buah kenderaan itu.
Sebuah kereta Viva yang dipandu Azhar Abdul Rahman, 38, juga tidak sempat mengelak dan kemudian merempuh kereta Perodua MyVi berkenaan dan terbabas ke bahu lebuh raya.
Difahamkan, ketika kejadian, keadaan kawasan terbabit agak berkabus tebal ekoran hujan lebat yang turun lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kesemua mangsa yang maut itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Nuri, Alor Setar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
‘‘Kita percaya kereta MyVi itu dipandu oleh Hasnah. Mereka sekeluarga dalam perjalanan membawa Mohd. Yusof yang mengalami sakit perut untuk menemui doktor pakar di HPP,” katanya di sini hari ini.
Hashim memberitahu, pada peringkat awal, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana semua dokumen pengenalan diri mereka musnah terbakar.
Bagaimanapun, semakan butiran kereta berkenaan kemudian mendapati ia milik Mohd. Yusof dan disahkan oleh anggota keluarga yang lain.
‘‘Kamarulzaman cedera termasuk patah di beberapa bahagian badan dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai Utara Sungai Petani.
‘‘Sementara Azhar yang juga cedera parah dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut. Keadaan kedua-dua mangsa kini stabil,” katanya.
Tambah Hashim, pemandu treler berusia 32 tahun dari Seri Kembangan, Selangor yang cedera ringan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.
Dalam pada itu, seorang pekerja syarikat kargo, Norhamidi Daud, 36, yang berada di belakang semua kenderaan berkenaan berkata, kemalangan itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat.
‘‘Selepas ternampak kereta tersebut merempuh antara satu sama lain, saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk membantu mangsa.
‘‘Bagaimanapun, sebaik sahaja turun dari kereta, saya terdengar seolah-olah bunyi letupan sebelum melihat asap tebal di lokasi itu,” katanya.
Dia yang dalam perjalanan dari Yan ke tempat kerjanya di Pulau Pinang berkata, tidak lama kemudian orang ramai membantu mengeluarkan mangsa sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa. – Ihsan Utusan Malaysia.

ULASAN;
Pihak berkuasa perlu menguatkuasa segala peraturan terhasdap pemandu Treler,  Lori-lori Balak, loiri-lori muatan berat,  Bas-bas Ekspres, bas penumpang biasa, bas kilang, lori-lori  kecil serta Ven-ven  perdagangan yang lalu lalang diatas jalanraya yang kerap menjadi punca bahas kemalangan jalanraya di kesemua jalan dan laluan baik dibandar, pekan atau di kawasan kampong dan pedalaman.
Rekod serta latarbelakang pemandu dimasa lalu mereka perlu benar-benar diambil kira . Sebagai contoh, semasa saya dalam perjalanan pulang kekampung , saya terlihat satu kemalangaan jalanraya berlaku antara kenderaan biasa dengan sebuah lori treler . Oleh kerana kermalangan itu baru saja berlaku, kesemua yang terlibat masih ada di termpat kejadian. Saya menghampiri pemnandu treler dan bawa bverbual untuk mencongkil rahsia latarbelakangnya tanpa beliau sedari.
Beliau memberitahu saya, bahawa beliau pernah berkerja di Ibunegara Kuala Lumpur menjadi pemandu Bas Mini. Bila beliau sebut saja pernah menjadi pemandu bas mini di Kuala Lumpur, benak saya terus melayang kezaman bas ini dulu, dimana keseluruhan pemandu kereta di Kuala Lumpur akan cuba mengelak dari melalui jalan-jalan yang dilalui Bas-bas Mini, kerana mereka amat ganas ; memberhentikan bas-bas mini mereka bila-bila masa saja ditahan oleh pengguna ditepi-tepi jalan, walaupun masa itu bas itu sedang laju berjalan.
Para pemandu bas mini waktu itu memang diketahui umum, bahawa kenderaan-kenderaan yang berada dibelakang mereka , mesti terdedah kepada risiko bas mini yang ada didepan yang akan berhenti bila-bila saja bila ditahan  para penumnpang ditepi jalan walaupun bukan di perhentian bas seperti yang dikhaskan !. Bagaimnanapun para pekerja kerajaan dan swasta memang sukan kepada bas mini ini , terutama mereka yang terlewat bangun dan terlewat ketempat kerja, dengan menaiki bas mini mereka akan segera sampai ketempat kerja !
Itu baru satu contoh, belum lagi kesah pemandu keturunan pendatang India yang sering minum todi semasa memandu , terhoyong-hayang kenderaan, kerana pemandunya mabuk ..dan bayangkanlah nasib pengguna jalanraya lain yang kebetulan berselisih ata berada didepan atau belakang mereka !
Kesimpulannya, pihak berkuasa JPJ atau Polis Trafik jangan sekali-kali ambil mudah faktur-faktir ini demi keselamatan pengguna jalanraya.  
 

     

sami.jpeg
 S. Samy Vellu

SAMY VELLU SEPATUTNYA DIBUANG DI ZAMAN TUN MAHATHIR LAGI

PUTRAJAYA 18 Sept. – Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
Dalam satu temu bual dengan Bernama, Dr. Mahathir berkata, Samy perlu melepaskan jawatan Presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.
“Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.
“You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah,” katanya.
Dr. Mahathir berkata, beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah, “Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?”
Tindakan Dr. Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.
Dr. Mahathir berkata, pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.
“Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga,” katanya.
Dr. Mahathir berkata, beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.
“Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.
“Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab,” katanya.
Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr. Mahathir berkata, apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.
Dr. Mahathir berkata, pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.
“Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.
“Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakat India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi,’’ katanya.
Dr. Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.
Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata, mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.
Dr. Mahathir juga berkata, Samy Vellu tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.
Samy, kata Dr. Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr. Mahathir) menolongnya.
“Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong,” kata Dr. Mahathir.
Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr. Mahathir berkata, beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.
“Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli UMNO dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.
“Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur,” kata Dr. Mahathir. –Ihsan  BERNAMA.
ULASAN;
Kesah Presiden MIC Dato’ Seri S.Samy Vellu yang gagal mnenjalankan tugasnya secara berkesan adalah dirungutkan oleh orang ramai, terutamanya kakitangan Kementerian Kerjaraya dan para kontrektor Melayu, sejak dizaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. Bagaimanapun kata orang, kerana Presiden MIC itu amat pandai ‘mengampu’ Tun Mahathir, beliau tidak diusekpun oleh Tun , sebaliknya dia menjadi Menteri yang dilihat menjadi kegemaran Perdana Menteri !
Dan seperti yasng kita semua tahu kebanyakan Meneri yang dilantik di zaman Tun Mahgathir, akan dikekalkan oleh Tun Abdullah Badawi ..mungkin Tun Abdullah berusaha untuk tidak mahu nak menyakiti  hati Tun Mahathir  . Bagaimanapun syukurlah Tun kini sudah tersedar dan belum lagi terlambat  untuk mendedahkan siapa sebenarnya Samy Vellu yang beliau kenal luar dan dalam sejak sekian lama!


Kalungan selipar: Samy Vellu mohon maaf pada Dr. M


KUALA LUMPUR 17 Sept. — Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, beliau akan meminta maaf secara peribadi pada Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung penghinaan “kalungan selipar” yang ditimbulkan oleh seorang anggota MIC pada persidangan parti itu baru-baru ini.
Samy Vellu berkata, beliau akan memohon pertemuan dengan bekas perdana menteri itu untuk menyampaikan permohonan maaf berhubung insiden itu.
“Saya sendiri akan temui beliau untuk menjelaskan seluruh episod itu dan menyampaikan permohonan maaf,” kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.
Samy Vellu berkata, “Saya sentiasa menyanjung tinggi Tun Dr. Mahathir. Beliau seorang pemimpin dan negarawan agung”.
Beliau berkata, Dr. Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada negara dan menyatupadukan rakyat kita semua dan seluruh rakyat Malaysia,” kata Samy Vellu. – Ihsan BERNAMA.
ULASAN;
Barang diingat, selain daripada Dato’ S.Subramaniam, tidak akan ada ahli Parti MIC yang berani membuat sebarang kenyataan kepada media, sebelum disuruh atau direstui oleh Samy Vellu sendiri , apalagi kenyataan itu ditujukan kepada Orang  Ternama Negara seperti Tun Mahathir itu.
Jadi janganlah Samy nak  ‘berselindung disebalik telunjuk’ pura-pura marah konon !.. 

 

'Berubah atau kita diubah' - Shafie

SEMPORNA 13 Sept. - Barisan pemimpin dan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan segera bagi mengelak mereka 'diubah' pengundi pada pilihan raya akan datang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemimpin dan ahli-ahli BN tidak mempunyai pilihan melainkan berubah dari segenap aspek termasuk dalam soal budaya serta kepimpinan.
''Satu lagi, kita mesti mengelak daripada terlalu banyak menimbulkan kontroversi kerana ia akan memberikan kelemahan kepada parti kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang sara hidup secara tunai kepada 456 nelayan kawasan Semporna di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Abdul Rahim Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Nasir Tun Sakaran dan wakil Ketua Pengarah LKIM, Zainal Mohd. Ali.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pemimpin parti-parti komponen BN tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular di kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.
Shafie menegaskan, jawatan dalam parti tidak akan memberi makna jika BN kehilangan kuasa memerintah.
''Jadi amat penting bagi kita bila sudah mendapat tempat dalam parti, untuk memastikan sokongan itu diterjemahkan dengan mendapat sokongan padu akar umbi, sama ada dari dalam atau luar parti," katanya.
Belia menambah, kegagalan pemimpin dan ahli BN melakukan perubahan akan menyebabkan kuasa yang ada pada hari ini lenyap.
''Jika kuasa sudah tiada bagaimana kita hendak memerintah, membantu ahli-ahli parti yang sebelum ini telah menyokong kita," tambahnya.
Tegasnya, pemimpin BN pada masa ini sepatutnya tidak terlalu sibuk hendak merebut jawatan, sebaliknya memastikan perkhidmatan kepada rakyat diperhebatkan supaya tidak kehilangan kuasa.
ULASAN;
Tok Shafie , pemimpin Parti UMNO tidak akan berubah kecuali pemimpin tertinggi parti yang ubahkanb mereka ..kerana untuk mendapat kedudukan dalam parti terutama dijawatan utama di perinbgkat Bahagian, mereka sanggup berhabisan wang ringgit  bagi mempastikan mereka menang ..tetapi sebaliknya bila berdepan dengan parti lawan dalam pilihanraya , mereka tidak akan keluarkan wang dari kocek mereka..malah kadang-kadang wang peruntukan pilihanraya mereka kebas lagi !
    

  Malaysia teliti keputusan UNESCO berkenaan batik Indonesia

KUALA LUMPUR 17 Sept — Malaysia akan meneliti keputusan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang akan menyenaraikan batik Indonesia sebagai satu daripada warisan budaya dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan sama ada keputusan itu akan menyebabkan kemahiran dan tradisi batik di negara ini terjejas.
“Saya tidak dapat maklumat itu (keputusan Unesco), Malaysia pun ada batik juga. Kita akan teliti apa keputusan sebenar yang dibuat pihak berkenaan, sama ada ia perkara yang akan menyebabkan kita tidak boleh guna kemahiran dan tradisi yang sudah ada di negara dalam mengeluarkan hasil kraf kita sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara menandatangani dua perjanjian — usahasama antara UEM Land Holdings Berhad dan Malaysian Biotech Corporation Sdn Bhd serta Holista-Colltech dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.
Muhyiddin diminta mengulas mengenai keputusan Unesco pada 8 Sept untuk menyenaraikan batik Indonesia sebagai satu daripada warisan budaya dunia.
Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diumumkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara 28 Sept dan 2 Okt ini.
— Ihsan BERNAMA
ULASAN;
Tan Seri Timbalan Perdana Menteri  bagus juga bercakap soal batik ini. Kena telitilah sikit, buatlan penytelidikan sebenar , batik yang diperkatakan oleh SBY Presiden Indonesia itu memang batiknya, dan menjadi tanggungjawabnya mempromosikannya diperingkat global. Malangnya kita di Malaysia tidak ada dibuat perhatian terhadap perusahaan batik ini .
Kalau adapun diberi perhatian oleh Allahyarhamah Tun Hendon isteri Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Itupun melalui Yasyasan Budi Penyeyang , yang dibelakangnya, (saya tidak tahu samada disedari ata tidak oleh Allahyarhamah  Tun Hendon ) saudagar batik keturunan pendatang dari China  yang mengaut keuntungan dari promosi batek Malaysia ini.
Apa yang saya ingin tegaskan disini, bahawa batik dinegara ini adalah dimulakan oleh pengusaha Batik di Kelantan bersama dengan Tenunan kain songkert dan perusahaan pertukangan perak. Saya sedar hal ini akan disanggah oleh orang-orang tertentu kerana kini perusahaan batik dan songket ini kelihatan berkembang di Trengganu. Tetapi buatlah penyelidikan secara akademik darimana asalnya yang sebenar. Jangan terkejut kalau batik dari Kelantan ini yang menjadi punca kepada perusahaan kainb batek di Indonesia !
Tujuannya ialah, carilah mereka yang mencetuskan idea perusahaan batek ini di Kelantan dan bantulah mereka, lalu bawalah promosi diperingkat global sebagaimana SBY lakukan untuk rakyatnya.

  

Hubungan Malaysia-Indonesia boleh dibincang di padang ‘golof’

KUALA LUMPUR 16 Sept. — Hubungan antara Indonesia dan Malaysia yang sering “turun dan naik” menggambarkan hubungan yang dinamik antara kedua-dua negara, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar.
“Dalam kehidupan pun dinamik. Begitu juga dalam rumahtangga, ada juga tercetus pergaduhan,” katanya kepada pemberita di Universiti Malaya di sini hari ini ketika menghadiri majlis penajaan buku “Setengah Abad Hubungan Malaysia dan Indonesia” oleh Maybank.
Katanya, apabila sesuatu konflik tercetus, pemimpin kedua-dua negara perlu mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
-Ihsan  BERNAMA
ULASAN;
Harapan saya,  atau impian  saya,  agar Perdana Menteri dan TPM kita perlu kerap ke Indonesia . SBY amat menggemari ‘golof ’, oleh sambil bermain ‘golof ’  bolehlah PM atau TPM kemukakan persoalan.
Mengikut pengalaman saya, bila terjumpa SBY di beberapa acara di Indonesia yang melibatkan wartawan dari luar, belaiu kerap berkirim salam kepada Tun Abdullah (PM waktu itu) dan menyatakan keseronokannya bermain golf dengan Pak Lah serta memuji lokasi-lokasi golf di Malaysia . Banyak perkara biasa dibincang bila sering bersama Pak ! 
Menilai kemelut dengan Indonesia
HUBUNGAN Malaysia dan Indonesia kembali panas apabila timbulnya isu tarian Pendet. Ia semakin mendapat perhatian apabila sekelompok lelaki membawa buluh runcing di tengah-tengah kota Jakarta kononnya untuk melakukan sweeping (menyapu bersih) ke atas rakyat Malaysia.
ULASAN:
Persoalannya, wajarkah kita melayan semua karenah ini ? hantarlah orang yang sesuai untuk rundingkan hal ini secara ‘anak beranak’.


Cinta dua negara


Semalam di Malaysia, lagu yang dinyanyikan oleh S. Effendi dan kemudiannya kumpulan D’Lloyd pada 1960-an dan 1970-an ini meruntun jiwa. Ia masih menjadi siulan ramai di Malaysia mahupun Indonesia. Populariti lagu ini hebat sehingga ia difilemkan pada 1975.
Hubungan pencipta lagu ini, Allahyarham Syaiful Bahri dengan Malaysia memang dekat. Bekas pemimpin Orkestra Muzik Jakarta ini pernah bertugas dengan Filem Negara semasa konfrontasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno mula memuncak pada 1962. Beliau juga pernah menjadi pembantu khas kepada Timbalan Menteri Penerangan, Tan Sri Senu Abdul Rahman. Banyak lagu patriotik yang diilhamkannya.
Lagu Terang Bulan yang juga ciptaannya turut menjadi kontroversi. Malaysia dituduh menciplak Terang Bulan menjadi lagu Negaraku. Kemudian timbul cerita, Syaiful diminta oleh Sukarno memberikan lagu itu kepada Malaysia sebagai lagu kebangsaan. Ia dianggap satu kebanggaan kepada Syaiful yang juga mempunyai keluarga di Malaysia. Dalam konteks sekarang, setelah lebih 40 tahun, Semalam di Malaysia masih meruntun jiwa jutaan tenaga kerja Indonesia di Malaysia. Rakyat Indonesia dari Sabang (Aceh) hingga Merauke (Irian) tidak melihat Malaysia sebagai ancaman tetapi sebagai negara serumpun.
ULASAN:
Orang seni atau tokoh seniman Malaysia harus cuba memainkan peranan dalam hal ini.


Trackback(0)
Komen (0)Add Comment

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack