|
ISU DEBAT ANTARA NAJIB DAN NIK AZIZ. |
|
|
|
 |
NAJIB TUN RAZAK
|
Saya berpendapat isu ini tidak perlu dibuat debat secara terbuka kerana perkataan debat ialah mempertahankan hujah masing-masing tanpa mempedulikan hujah-hujah lawan benar atau tidak dan akan mempertahankan hujah-hujah sendiri benar atau tidak. Oleh itu, perkataan debat harus ditukar kepada perbincangan ikhlas antara Najib dan Nik Aziz.
Oleh kerana isu ini timbul untuk mencari jalan mengatasi masalah kegawatan kuasa Melayu di negara ini, maka perbincangan antara Najib dan Nik Aziz hanya perlu didengar oleh orang Melayu sahaja ini kerana mungkin ada perkara sensitif pada bangsa lain yang akan timbul. Oleh itu orang bukan Melayu tidak boleh mendengar perbincangan ini. Cabaran Nik Aziz untuk perbincangan terbuka ini adalah sia-sia yang tidak menguntungkan orang Melayu, apalagi mencari penyelesaian tentang kegawatan kuasa Melayu di negara ini.
 |
NIK AZIZ
|
Saya berpendapat Nik Aziz hendaklah jujur dalam membuat kenyataan demi kepentingan bangsa dan agama tanpa niat untuk mencari publisiti murah yang tidak menguntungkan kedua-dua pihak. Kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib saya berharap agar dapat membuka pintu rundingan tanpa syarat dengan pihak yang benar-benar berkuasa di dalam PAS seperti Presiden atau Timbalan Presiden PAS.
Sekiranya perundingan hanya dibuat dengan Nik Aziz atas jawatan Mursyidul – Am Pas (sebagai penasihat dan tidak mesti diikuti oleh PAS), Persuruhjaya PAS Kelantan dan Menteri Besar Kelantan, ketiga-tiga kedudukan Nik Aziz ini tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berunding bagi pihak PAS seluruhnya. Oleh itu, sebarang rundingan dengan Nik Aziz adalah sia-sia sahaja sekiranya ia tidak diiktiraf oleh Presiden atau Timbalan Presiden PAS yang mempunyai kuasa eksekutif ke atas parti PAS.
|