Perdana Menteri Malaysia , Datuk
Seri Najib Tun Razak yang tiba di Beijing 2 Jun lalu bagi melakukan lawatan
rasmi tiga hari ke China, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama
mendaulatkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) di peringkat antarabangsa, dan
merupakan pemimpin dunia yang kedua berucap dalam Bahasa Melayu di peringkat
antarabangsa selepas Presiden Sukarno dari Indonesia, yang berucap dalam Bahasa
Melayu di Pertubuhan Bangsa-Bangtsa Bersatu sebaik saja Indonesia mencapai
kemerdekaan.
Sukarno telah mengambil Bahasa
Melayu yang menjadi bahasa pertuturan jutaan rakyat Indonesia di kawasan
Kepulauan Riau dan Sumatra, untuk dijadikan bahasa perantaraan perpaduan di kalangan
lebih dari 200 juta rakyat Indonesia, yang mendiami di lebih 2000 buah
pulauyang bertutur dalam ratusan bahasa
dan pelat yang berbeda samasekali.Bahasa Melayu menjadi pilihan Sukarno kerana
ia mudah dijadikan bahasa perantaraan kerana mudah difahami dan dipelajari
serta indah didengar dan disyairkan.
Bahasa Melayu juga telah menjadi
bahasa Lingua Franca oleh bangsa-bangsa asing yang datang berdagang ke rantau
yang kaya dengan rempah ini khasnya bangsa Eropah, yang dikenali dengan nama Kepulauan
Melayu dikedudukan Asia Tenggara,
merangkumi Tanah Melayu (termasuk Singapura), Borneo, Kepulauan Indeonesia,
Kepulauan Borneo termasuk Brunei, seluruh Kepulauan Filipina, Thailand Selatan,
Kembodia serta kawasan sekitar tempat-tempat tersebut.
Saya merasa amat gembira melihat
berita TV petang semalam (3 Jun2009) semasa minum petang di Restoran Wira
Sejati Seksen 18 Shah Alam bila PM baru kita tiba-tiba keluar di kaca tv sedang
berucap di Beijing China menggunakan Bahasa Malaysia. Sesungguhnya rakyat
Malaysia amat berbangga dengan pemimpin yang seperti ini.
Sebenarnya di zaman remaja saya pernah
saya bangun meminta seorang Perdana Menteri Malaysia agar meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri, kerana beliau malu berucap dalam bahasa ibundanya
sendiri iaitu Bahasa Melayu semasa berucap di Persidangan Ketua-Ketua Negara
ASEAN di Bali Indonesia.
Dalam persidangan itu seluruh Negara
ASEAN mengadakan siaran langsung di negara masing-masing semasa pembukaan
persidangan itu di mana semua ketua negara anggota berucap bergilir-gilir,
dengan didahului oleh tuanrumah Presiden Suharto yang berucap dalam bahasa
Indonesia .
Yang saya terkilan, PM Malaysia
mengambil giliran kedua berucap selepas Suharto untuk berucap dalam Bahasa
Inggeris ! padahal yang sedang mengikuti siaran langsung dari Malaysia ini
semuanya faham Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu itu.
Itulah sebabnya bila PM tiba saja di
Selayang Baru untuk merasmikan satu acara perjumpaan di sana, saya merasa
terpanggil melahirkan perasaan kesal terhadap pemimpin negara ini yang tidak
memberikan contoh yang baik kepada rakyatnya,khasnya jenerasi muda yang bakal
menggantikan jenerasi lama memerintah negara
ini berasaskan semangat cintakan tanahair, cintakan bahasa dan kebudayaan
bangsa kita.
Saya angkat topi kepada Najib dalam
usahanya mendaulatkan Bahasa Melayu ini. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada
lawatan rasmi Perdana Menteri yang pertama di luar ASEAN dan walaupun lawatan
Najib bertujuan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin antara
kedua-dua negara sejak 35 tahun lalu, tetapi impak yang paling besar ialah
beliau dengan secara rasminya memperkenalkan Bahasa Malaysia kepada dunia yang
dituturkan oleh hampir 300 juta umat di kepulauan Melayu.
Hanya pemimpin yang berjiwa besar
sahaja mampu melakukan tugas besar ini. Bagi saya pemimpin yang malu bercakap
bahasanya sendiri di hadapan khalayak antarabangsa , lantas menggunakan Bahasa
Inggeris tunggal dalam acara sambutan dan ucapan dengan mengenepikan bahasa
sendiri, membayangkan bahawa pemimpin tersebut seorang yang dayus dan tak
bermaruah .
Pemimpin jenis ini sudah terang
danjelas tidak mempunyai rasa cinta
kepada bahasa dan tanahair sendiri jauh sekalai dari mempunyai jiwa patriotik
seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ‘Hubbulwatan’ dan
pemimpin seperti ini harus ditolak oleh rakyat yang cintakan negaranya.
Presiden Sukarno dalam sejarahnya
pernah membuatkan seluruh pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadi
kelam-kabut untuk mencari penterjemah kerana Sukarno memberi notis yang amat
singkat untuk berucap dalam Bahasa Indonesia di pertubuhan itu bila beliau
dijadualkan berucap sebagai Ketua Negara yang baru merdeka waktu itu.
Sukarno tidak pernah berganjak bila
beliau dipujuk untuk berucap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang
dijadikan bahasa rasmi di PBB itu . Kewibawaan Sukarno itu menjadi ilham kepada
bangsa lain untuk mencadangkan kepada pemimpin mereka agar berucap dalam bahasa
sendiri bila diberi peluang berucap di perhimpunan badan dunia itu.
Kita mahu PM kita berbangga dengan
bahasa sendiri dan jangan bertolak ansur walau berdepan siapa-siapa saja !