|
IBRAHIM ALI BUAT PERKARA BETUL |
|
|
|
|
Tahniah Dato’ Ibrahim Ali kerana pada 29 April lalu telah mengundi ahli parlimen Bluran Datuk Donald Kiandee dan ahli parlimen Santubung Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk jawatan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengalahkan calon pembangkang Dr. Tan Seng Giaw ahli parlimen DAP Kepong.
Ini adalah kematangan Ibrahim Ali dan perbuatan beliau itu perlu diberikan pujian kerana sikapnya itu dengan sendirinya memperkasakan BN yang didokong oleh parti Melayu UMNO. Kalaupun Ibrahim
mengundi calon DAP itu , Dr.Tan tidak juga menang kerana jumlah undi yang dipungut hanyalah 81 undi, berbanding dengan kedua-dua calon lawannya memungut 140 dan 157 undi . Tetapi ini adalah
soal prinsip Ibrahim sendiri.
Sekiranya prinsip Ibrahim ini kekal begini, saya yakin dan percaya beliau tidak akan menimbulkan masaalah kepada anggota BN dalam Parlimen sepertimana yang digembar gemburkan, kononnya Ibrahim
Ali dan ahli-ahli parlimen pembangkang lain yang bertambah bilangannya , akan ‘membelasah’ anggota parlimen BN serta para menteri dan timbalan meneteri Kerajaan BN kali ini.
Apa yang berlaku pada 30 April diparlimen semalam dimana Ibrahim Ali bertikam lidah dengan pemimpin DAP Karpal Singh dilihat dari sudut positifnya, adalah satu bukti nyata bahawa tidak ada
pakatan berlaku antara Ibrahim dengan mana-mana ahli parlimen pembangkang yang lain untuk menentang pihak penyokong kerajaan habis-habisan , seperti yang pernah diramalkan oleh setengah pihak
sebelum ini.
Shabas Tok Him, gua angkat topi sama lu !
Trackback(0)
|