 |
| DYMM TUNAKU ISMAIL PETRA , SULTAN KELANTAN |
DYMM AL Sultan Kelantan , Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah gering sejak 10 hari yang lalu berada di Wad CCU Hospital USM Kota Bharu Kelantan, sehinggalah diterbangkan dengan psawat khas ke sebuah hospital pakar di Singapura jam 10.40 pagi tadi dengan diiringi Tengku Bendahara dan Dato’ Mufti Kelantan . Raja Perempuan Kelantan telah berlepas ke Singapura lebih awal. Sementara anggota Keluarga Diraja terdekat, termasuk Tengku Mahkota menyusuli dengan pesawat lain berikutan itu.
Dulu semalam, setiap masjid di Kelantan mengadakan sembahyang hajat khas bagi mendoakan Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim serta semua jajahan takluk Baginda itu , dimana imam atau khatibnya mendoakan semoga Tuanku Al Sultan dipanjangkan umur serta disembuhkan segera penyakit yang dihadapi baginda.
Dalam kekalutan kerana pembukaan Stesen Servis Petronas (PSS) di Seksen 18 Shah Alam, sebagai tambahan baru cabang perniagaan kami, saya membuat keputusan untuk tidak membaca akhbar dan mendengar berita terkini yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik, kerana perasaan saya cukup tersentuh dengan berita-berita perlakuan anak bangsa saya yang menjadi pak turut kepada ahli-ahli politik keturunan bangsa pendatang ke negara ini yang sentiasa mengintai pe;uang untuk menghasut dan menikam kerajaan dari belakang. Terkini permainan meletak jawatan kalangan mereka untuk memalukan Kerajaan BN, kerana bila pilihanraya kecil akan datang tentulah kubu kuat mereka itu BN tak boleh menang !
Tiba-tiba pada waktu tengahari hari Rabu 20 Mei lalu, isteri saya kembali dari membeli keperluan stesen PSS kami, telah menyampaikan berita yang mengejutkan katanya; “Abe dah denga ko berito Tuanku Klate gering loni ada di CCU Hospital USM Kota Bharu…” bila mendengar berita dari mulut isteri saya yang berasal dari Selangor tetapi bertutur dalam bahasa Kelantan itu , saya tidak mampu bertangguh lagi terus ke lapangan terbang Subang , dapatkan FireFly ke Kota Bharu petang itu juga. Dalam perjalanan ke Subang itu saya sempat menghubungi Presiden Persatuan JP Kelantan Dato’ Shukri Haji Mohamad bertanyakan berita lanjut mengenai kegeringan Tuanku Kelantan itu dan beliau memberikan sedikit panduan protokol.
Apa yang terbayang di kepala saya pada waktu itu ialah senyuman dan titah sapaan Tuanku Sultan Ismail Petra kepada saya pada 30 April lalu yang menunjukkan baginda masih mengingati saya walaupun begitu lama tak bertemu, sewaktu dianugerahkan oleh baginda dengan perlantikan Jaksa Pendamai ( J.P ) sempena hari keputeraan baginda Mac lalu. Kesemua 12 orang penerima anugerah perlantikan JP 2009 menerima watikah mereka serentak pada 30 April itu termasuk saya sendiri.
Tiba saja di lapanganterbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 4.45 petang itu saya dihubungi oleh Pembantu Peribadi (PA) saya di Kuala Lumpur, yang telah dapat menghubungi Nik Abdul Halim Pegawai Protokol Istana Kelantan yang memberikan panduan di mana dan bagaimana untuk menziarahi baginda Al Sultan.
Setelah menandatangani Buku Pelawat, sebagai simbolik menziarahi Tuanku Al Sultan , dengan panduan anggota polis bertugas saya sempat menjenguk Tuanku di bilik CCU itu dan saya diberitahu bahawa keadaan baginda kira-kira jam 7.00 malam itu sudah ada permulaan tindakbalas yang positif , dan tentunya khabar itu menggembirakan saya yang mendengarnya . Sebentar sahaja saya di situ dan segera beredar kerana ada ramai pelawat kenamaan lain sedang menunggu di bawah.
Saya berada tiga hari di Kelantan menunggu perkembangan baginda. Pada masa-masa inilah juga saya mengambil kesempatan menziarah teman dan saudara mara di Kota Bharu dan Pasir Puteh. Pada hari Jumaat malam Sabtu saya diberitahu oleh pihak berkenan bahawa ‘tindakbalas’ baginda Al Sultan bertambah baik.
Oleh yang demikian keesokan harinya iaitu petang semalam saya mengambil keputusan untuk terbang balik ke Kuala Lumpur semoga Allah panjangkan umur baginda Al Sultan Kelantan sihatkanlah baginda dengan segera, amin.
Trackback(0)
|
Saya terasa amat sedih dan dukacita diatas kesihatan baginda Tuanku Al-Sultan. Disepanjang Tuanku Sultan dirawat di HUSM, saya kerap menalipon 'sahabat akrab Hamba' Kapt (B) Wan Marzudi Dato' Wan Omar untuk mendapat perkembangan berhubung kesihatan KDYMM Tuanku Al-Sultan. Beliau juga turut berdukacita. Kali terakhir menatap wajah baginda Tuanku ialah pada Majlis Makan Malam anjuran majlis JP pada penghujung Mac 2009 di Kota Bharu. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat 'Allah Azzawajalla' semuga Baginda Tuanku cepat sembuh. Rakyat Kelantan masih memerlukan Baginda Tuanku yang berhati mulia dan selalu megambil berat rakyatnya.