A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 19 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini107
mod_vvisit_counterBulan Ini7683
mod_vvisit_counterJumlah547348
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU PDF Cetak Emel

 

 logo_blog_ulasan.jpg
 ULASAN BERITA DLM SEMINGGU

 

SPRM TIDAK PERLU CARI PUBLISITI MURAH

 

tan_sri_khalid.jpg
 Tan Sri Khalid Ibrahim

PULAU PINANG 20 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti dan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400.
Berikut adalah butiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pecah tanah pembangunan perumahan SPRM di sini, hari ini:
* Siasatan berhubung kes Menteri Besar Selangor sudah selesai.
* SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut.
* Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
* Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.
* Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.

ULASAN :
Mengapakah SPRM mengeluarkan kenyataan semacam mencari publisiti murah. Tugas SPRM menyiasat dan bila bertemu kes yang perlu dibuat tindakan lakukanlah pendakwaan tanpa terlebih dahulu menarik perhatian ramai  dengan membuat makluman siaraya melalui sidang akahbar atau sidang media. Saya tidak nampak kewajarannya SPRM berbuat demikian, kecuali ingin mendapatkan publisiti semata-mata kerana kes yang disebut itu melibatkan seorang Menteri Besar !.

 

MESYUARAT TANPA SHAHRIZAT

 

rafidah.jpg
 Tan Sri Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Harapan untuk melihat  Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertentang mata selepas kedua-duanya sah akan berentap merebut jawatan nombor satu pergerakan itu hampa.Walaupun muncul di tingkat 37, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Shahrizat beredar meninggalkan pejabat pergerakan itu selang beberapa minit sahaja sebelum Rafidah masuk untuk mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita.
Naib Ketua Wanita UMNO itu tidak dapat hadir mesyuarat pergerakan itu atas alasan perlu ke Putrajaya untuk mesyuarat pasca Kabinet. Bagaimanapun, beliau sempat bermesra dengan wakil media yang membuat liputan dan mengadakan sidang akhbar singkat bersama Datuk Kamilia Ibrahim yang akan mengambil alih jawatannya selepas menang tanpa bertanding. Rafidah yang dimaklumkan media mengenai ketidakhadiran Shahrizat, sekadar menjawab: ''Jangan salahkan saya.''
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat, Ketua Wanita UMNO itu ditanya perasaannya mengenai pengesahan naib ketuanya untuk mencabar beliau pada pemilihan Mac depan.
''Kita tahu lama dah... tidak ada komen yang hendak diberikan lagi. Saya ini jenis manusia dengan pembangkang pun tidak ada masalah, apatah lagi dengan naib ketua saya. Dalam politik tidak ada hubungan personal, yang ada cuma hubungan politik sahaja. Kalau personal, susahlah,'' katanya.
Baginya, pemilihan parti yang bakal berlangsung bulan depan merupakan satu proses biasa pada setiap tiga tahun.
''Menang kalah adat bertanding, pada saya insya-Allah rasa hendak menanglah. Bodohlah saya kalau saya kata hendak kalah pula. Shahrizat pun doa agaknya hendak menang juga. Jadi terpulanglah kepada perwakilan. Tuhan akan buka pintu hati mereka siapa mereka hendak sokong,'' katanya.
Jelas Rafidah, beliau tidak begitu memikirkan sangat untuk berkempen menjelang pemilihan parti Mac depan kerana keutamaan adalah kepada dua pilihan raya kecil yang bakal berlaku.
Justeru, beliau menasihati setiap calon supaya bertanding atas tiket sendiri dan bukannya mengheret nama pemimpin lain untuk mencapai kemenangan.
''Jangan membabitkan pemimpin lain. Bertanding atas tiket diri sendiri.  Biarpun mereka (pemimpin UMNO yang lain)  mempunyai pilihan tersendiri, mereka tidak akan bersuara,'' katanya ketika ditanya dakwaan yang beliau mendapat sokongan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO.
Mengulas kemenangan Kamilia tanpa bertanding, Rafidah mengucapkan tahniah dan menyifatkan Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar itu seorang yang bertuah. Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, menurutnya, perkara berkenaan dibincangkan secara terperinci pada mesyuarat hari ini.

 

ULASAN:
Kak Fidah lebih arif situasi begini dalam politik. Banyak mata telinga Kak Fidah yang boleh maklumkan secara terus kondisi sebenar jumlah sokongan yang betul-betul diperolehi daripada kalangan  para perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang akan hadir mengundi dalam Perhimpunan Agung UMNO Mac depan .
Andainya jumlah penyokong yang bakal mengundi itu dikira boleh menang, teruskanlah berlawan, tetapi jika sebaliknya, ada masa lagi untuk Kak Fidak menarik diri dan merestui kemenangan tanpa bartanding buat Shahrizat . Lagipun lebih mesra dan lebih manis menangani satu-satu anekdot  politik seperti itu !

 

KAMILIA AMBIL SIKAP TERLALU GHAIRAH

 

sharizat_copy.jpg
 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan tahniah kepada Datuk Kamilia Ibrahim kerana menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO.
Shahrizat yang akan bertanding jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti bulan depan percaya Kamilia mampu menjalankan tugas sebagai Naib Ketua Wanita UMNO dengan penuh amanah.
"Kamilia akan dapat kepercayaan daripada akar umbi Wanita UMNO. Beliau telah lama berkecimpung dalam Wanita dan sangat  memahami keperluan Wanita UMNO.  Allah meletakkan Kamilia sebagai Naib Ketua Wanita UMNO ada sebabnya. Bagi saya ini ketentuan Allah dan jangan kita mempersoalkan bagaimana ia berlaku," katanya.
Shahrizat berkata demikian kepada pemberita sebelum mesyuarat Exco Pergerakan Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Beliau bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat tersebut dengan alasan terpaksa menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di Putrajaya.
Shahrizat dilihat di pejabat Wanita UMNO pada kita-kira pukul 2.40 petang dan meninggalkan pejabat berkenaan sebelum bermula mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.  Mengenai pertandingan untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO, beliau mahu kempen dijalankan secara berhemah dan hormat pada calon-calon dan perwakilan.
"Selepas Perhimpunan Agung Wanita UMNO kena rapatkan balik hubungan. Sebab itulah bila kita cakap jangan terlalu terlepas, kita perlu simpan banyak apa yang kita hendak cakap. Jika kita hormat orang lain, tali silaturahim tidak akan putus," jelas Shahrizat.
Sementara itu Kamilia ketika diminta mengulas kemenangannya berharap dapat memikul amanah berkenaan dengan baik.
"Ini merupakan satu peluang dan kesempatan untuk saya curahkan khidmat kepada Wanita UMNO sebagai Naib Ketua dan saya menghargai kepercayaan yang diberi.” Katanya lagi. .

ULASAN :
Kamilia sudah menang tanapa bertanding untuk jawatan Timbalan  Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, apalagi yang perlu beliau mengulas dalam urusan pertandingan ketua pergerakan itu? Biarlah orang yang bertarung itu kendalikan urusan mereka.
Sebab kalau beliau ambil sikap menyokong satu pihak, kalau salah perhitungan yang disokong itu kalah,bagaimanakah beliau hendak berkerja dengan orang menang itu sedangkan dia telah disakiti ? Adalah lebih baik beliau tidak ghairah dengan kemenangannya itu , lalu isytihar menyokong satu pihak, padahal kedua-dua yang bertanding itu adalah rakan setianya dalam politik yang tidak harus disinggung hatinya !  

 

PM TEGUR SIVAKUMAR TAK HORMATI SULTAN

 

tun_mahathir.jpg
 Tun Mahathir

PUTRAJAYA 19 Feb. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Perak bagaimanapun akan terus berfungsi dan menjalankan pentadbiran sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat dan sebagai kerajaan yang sah.
“Speaker tidak boleh menghalang. Pelantikan MB dan exco diperkenan oleh Sultan dan (mereka) mengangkat sumpah di hadapan baginda. Mereka dilantik secara sah.
“Maka, bagi saya, tindakan spekaer itu boleh disifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Bagi Kenak-kanak gaza di kediamannya, Seri Perdana, di sini hari ini. — Bernama

 

ULASAN :
Karpal Singh adalah segala-galanya ! dialah punca Siva berbuat demikian. Karpal kini merasakan dirinya sebagai seorang Maharaja. Dia amat megah dengan dirinya sendiri kerana tidak dikenakan tindakan walaupun menderhaka kepada Raja.Akibatnya, beliau menghasut semua anggota pembangkang di setiap peringkat agar menderhakai Raja-raja Melayu !

Maklumlah , kerajaan kita terlalu adil dan tak mahu menyinggung hati Maharaja Karpal Singh itu !

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack