A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 8 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini21
mod_vvisit_counterBulan Ini4633
mod_vvisit_counterJumlah200113
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow KES ELIZABETH WONG
KES ELIZABETH WONG PDF Cetak Emel

 

KES ELIZABETH WONG

 

Anwar Tuduh BN Terlibat

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penyebaran gambar bogel anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai konspirasi baru Barisan Nasional terhadap

anwar_ibrahim.jpg
 Datuk Seri Anwar Ibrahim

pembangkang.Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali lagi dengan isu moral.
"Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

 

 


 

Noh Nafi Tuduhan Anwar

 

nohomar.jpg
 Datuk Noh Omar
PUTRAJAYA 17 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar hari ini meminta pakatan pembangkang supaya tidak mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sudah ada dakwaan yang cuba disebarkan oleh pakatan pembangkang bahawa apa yang berlaku itu ialah satu perancangan daripada BN.
''Saya ingin menegaskan bahawa apa juga yang berlaku dalam parti pembangkang bukannya ada kaitan dengan BN.
''Bukannya BN yang suruh dia telanjang dan bukan BN yang ambil gambar dia. Jadi, apa kena mengena dengan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pengiklanan Usahawan 2009 di sini hari ini.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang memberitahu, ia adalah cara propaganda pembangkang yang mempamerkan bahawa mereka sahaja yang betul dalam semua aspek.
''Kita harap rakyat sedar bahawa ini satu taktik dan penipuan serta manipulasi politik yang cukup hebat oleh parti pembangkang," katanya.


Trackback(0)
Komen (1)Add Comment
...
Dikomen oleh wan, April 13, 2009
salam... alangkah malunya kita sebagai rakyat malaysia kerana para pemimpin politiknya terlibat di dalam kes2 yang demikian..sebagai barisan pemimpin yang membawa hala tuju sesebuah kerajaan, adalah tidak wajar kes2 seperti ini dijadikan contoh kepada rakyat.ini bukanlah satu2nya kes yang melibatkan para pemimpin, tidak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang, banyak lagi kes2 terdahulu yang melibatkan orang-orang seperti ini.
Apakah ertinya merakamkan gambar yang sedemikian rupa? bukan saya sengaja melihat gambar tersebut, tetapi ianya dihantar oleh orang yang tidak dikenali..sungguh memalukan. adakah untuk koleksi peribadi? atau terdapat motif sebaliknya daripada pihak lain?adakah ini sebagai contoh kepada rakyat pimpinannya? hal ini harus dijadikan iktibar kepada semua lapisan masyarakat....harap saya agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi apatah lagi melibatkan pemimpin dalam sesebuah kerajaan....
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack