|
|
| ULASAN BERITA DLM SEMINGGU |
NIZAR JADI ALAT KARPAL SINGH DERHAKA KEPADA SULTAN
|
| NIZAR DIIRINGI PENGIKUT MEMASUKI PEJABATNYA DAN ADAKAN SIDANG AKHBAR |
Ipoh 7 Januari 2009;- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan pembangkang untuk menyaman Sultan Perak sebagai satu penghinaan kepada Sultan Azlan Shah serta sistem Raja Berpelembagaan di negara ini. Bercakap demikian kepada media sebaik selesai majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, petang ini . Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berkata, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak jika BN mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah petang ini.
Mohammad Nizar menjelaskan, kononnya, tindakannya enggan meletakkan jawatan, seperti yang dititahkan oleh DYMM Baginda Sultan Perak semalam, bukanlah perbuatan derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (yang menitahkan beliau dan barisan exconya meletakkan jawatan) , Sebaliknya sembah derhaka yang beliau ungkapkan hanyalah ungkapan sesuai dengan 'bahasa Istana'.
Sedang sidang media berlangsung, Setiausaha Kerajaan Negeri memasuki ruangan pejabat Menteri Besar meminta semua wartawan beredar dan sidang media dihentikan. Setelah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, kira-kira jam 10.40, Nizar kelihatan keluar meninggalkan bangunan Darul Ridzuan menaiki kenderaan rasmi Menteri Besar.
|
| KARPAL SINGH |
Sehubungan dengan itu, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan petang semalam (Khamis) memaklumkan, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.
“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu. Dengan perkembangan terbaru itu, ini bermakna Barisan Nasional (BN) yang kini telah mempunyai cukup majoriti boleh membentuk kerajaan baru di negeri itu.
Terdahulu dari itu, Pengerusi BN Perak yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadap Sultan Perak bersama-sama dengan 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas. Pada majlis mengadap tersebut tiga ADUN Bebas iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Jelapang dari parti DAP, Hee Yit Foong telah memberi perakuan kepada Sultan Perak akan menyokong BN bagi membentuk kerajaan negeri dan menyokong calon Menteri Besar yang akan dikemukan oleh BN kepada Sultan Perak. Buat masa ini BN mempunyai 28 kerusi termasuk kerusi DUN Bota ekoran penyertaan semula ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim kembali menyertai UMNO dan disokong oleh tiga ADUN Bebas. Manakala DAP, PKR dan PAS mempunyai 28 kerusi.
ULASAN:
Ertinya, Mohd Nizar telah dengan sengaja menjadikan dirinya sebagai alat untuk Karpal Singh dan
Karpal Singh dalam sidang akhbarnya yang disiarkan melalui media yang dapat ditonton di kaca TV petang ini berkata; “..Sultan Perak akan dinamakan sebagai penentang ..”
Tidak sedihkah Mohd Nizar mendengar bangsa keturunan pendatang dari India ini menghina Raja Negara kita ini? Sudahlah Karpal Singh menghina Raja kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketua Pakatan Pembangkang pula menggunakan nada yang sama dengan Karpal Singh , yang menafikan hak Sultan Perak keatas perlantikan Menteri Besar negeri itu.
Kerana gilakan kuasa Anwar sanggup menghina Raja sendiri di hadapan orang-orang dari Bangsa Keturunan Pendatang. Walaupun nampak reaksi dan raut wajahnya yang tegang semacam dipaksakan oleh para pemimpin pakatan pembangkang lain terhadapnya untuk menghina Raja sendiri itu, Anwar sebenarnya adalah seorang manusia yang amat lemah dan tidak mampu menggunakan kewarasan akalnya untuk menghadapi para pemimpin pembangkang lain khususnya dari DAP, yang menekannya berterusan menentang siapa saja yang menghalang hasrat mereka mendapatkan kuasa, walaupun terhadap Raja Melayu sendiri !!
|
| ANWAR IBRAHIM |
para pemimpin DAP lain untuk menderhaka kepada DYMM Sultan Perak dengan enggan menuruti titah Baginda semalam. Selain itu beliau juga sanggup menjadikan dirinya alat kepada Karpal Singh untuk menghina DYMM Sultan Perak dengan memfailkan kes kemelut politik mereka itu di Mahkamah dengan mengheret Baginda Sultan .
SYED HAMID LEBIH BERCAKAP DARI BERTINDAK
|
| SYED HAMID |
JOHOR BAHRU,7Januari 2009:- Tindakan tegas termasuk penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menghasut dan menimbulkan kekacauan yang boleh menggugat keselamatan di Perak.
Demikian amaran yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berhubung tindakan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati selepas kehilangan majoriti bagi mengekalkan tampuk pentadbiran di negeri itu.
“Pakatan Rakyat boleh membawa perkara ini ke mahkamah jika mereka tidak berpuas hati tetapi jangan sekali membawanya ke jalanan sehingga menggugat keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pengisytiharan nama baru pasukan Polis Marin yang ditukarkan kepada Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia di Pusat Latihan Marin (Pulamar), Tampoi di sini hari ini.
Berdasarkan maklumat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Syed Hamid berkata sembilan orang ditahan kerana menghasut dan terbabit dalam aktiviti berdemonstrasi bagi membantah majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.
Demonstrasi yang diadakan, katanya, polis akan mengambil apa sahaja tindakan termasuk membawa anggota polis dari luar Perak bagi memastikan tahap keselamatan di negeri itu terjamin. Sementara itu di luar Masjid Ubudiah, 300 meter dari istana, di mana mereka membaling kayu, batu dan botol ke arah polis dan kenderaan yang melalui Jalan Istana.
ULASAN:
Jangan cakap saja Pak Habib ! Segala-galanya jelas dan terang mereka menghasut rakyat menderhaka kepada Raja, dengan membuat sidang akhbar secara terbuka, tak segan silu Karpal Singh diikuti oleh Mohd Nizar dan Anwar , mengeluarkan kata-kata yang menghina serta mempersoalkan kuasa dan hak Raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, dihadapan khalayak ramai.
Sekadar menangkap budak-budak yang baling botol air dan batu kepada anggota polis tidak mencukupi, dan tidak boleh menyelesaikan masaalah , tangkaplah orang dewasa yang mendalangi mereka , kerana semua orang tahu siapa dibelakang mereka , yang merupakan pakar dalam menganjurkan ‘demonstrasi jalanan’ , membaling polis, membakar tayar, kenderaan atas jalanraya melaungkan kata-kata kesat terhadap polis dan pemerintah dan berbagai lagi.
Nak tunggu mereka kata apa lagi , serta nak tunggu mereka berbuat apalagi , nak tunggu mereka membakar harta awam yang bagaimana lagi baru nak tangkap Pak Habib ? Akta Hasutan menghina Raja amat jelas . Inilah cara pasif kita selama ini yang tidak pernah berubah Kita biarkan nasi jadi bubur dulu baru nak ambil tindakan, padahal, `virus’ yang mereka bawa amat merbahaya dan kalau tidak dicegah segera , ia akan merebak , membengkak dan pecah . Bila itu berlaku , ertinya sudah terlambat . Ingatlah akibat dari membiarkan mereka berbuat demikian, semua agensi berita Barat, seperti Reuter, UPI, BBC ,Aljazirah, CNN, CNBC dan lain-lain akan merakamkan peristiwa yang memalukan itu untuk menjadi bahan siaran mereka ke seluruh dunia yang boleh mengaibkan negara kita di mata penduduk dunia yang menyaksikannya ! Inilah bahan siaran yang sentiasa mereka tunggu-tunggu, mereka ingin sensasikan Malaysia yang aman damai sebelum ini, kini menjadi huruhara !
Nama baik negara ini serta keselamatan dan ketenteraman rakyat kita lebih perlu diutamakan oleh Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar, sebagai Menteri Dalam Negeri, dari membiarkan para pemimpin pembangkang itu bebas melakukan huruhara dalam negara ini . sedangkan pihak berkuasa kita hanya mengkritik mereka dengan ‘air liur’ sahaja. Hormatilah hasrat majoriti rakyat negara ini yang mahukan kedamaian dan ketenangan .
Ingatlah jika dibiarkan kemarahan rakyat terhadap perkara ini sampai berlarutan, nescaya akan timbul rasa benci rakyat terhadap pemerintah, dan mereka akan menganggap kerajaan BN ini lemah kerana membiarkan keadaan berbahaya ini begitu saja tanpa membuat tindakan yang tegas dan berkesan .
PENDERHAKAAN NIZAR SERIUS KATA MUHYIDDIN
|
| MUHYIDDIN YASSIN |
KOTA BHARU: Kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu derhaka terhadap Sultan Perak Sultan Azlah Shah tidak boleh dipandang ringan, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya begitu terperanjat apabila beliau membuat kenyataan mahu derhaka kepada raja, sesuatu yang langsung tidak menggambarkan beliau menghormati Perlembagaan dan kedudukan Sultan Azlan Shah sebagai Raja bagi negeri Perak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata ’keberanian’ Mohammad Nizar menyanggah keputusan Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu, malah mahu mencabar Baginda di mahkamah, amat dikesali.
Mengulas lanjut, beliau berkata semua pihak sepatutnya menghormati keputusan Sultan Perak kerana Baginda juga amat arif dalam bidang perundangan kepada pembangkang, kita mesti hormatinya. Katanya pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, sebagai Menteri Besar kerajaan BN di negeri itu adalah pilihan terbaik.
Sementara itu , di TOKYO, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata hasrat Mohammad Nizar yang dilaporkan mahu menyaman Sultan Perak adalah satu tindakan kurang ajar dan tidak menghormati kedaulatan raja-raja Melayu. Azalina, yang sedang dalam lawatan promosi pelancongan ke Jepun, berkata Pakatan Rakyat nampaknya tidak boleh menerima hakikat bahawa tampuk pemerintahan di Perak telah bertukar tangan kepada Barisan Nasional.
“Apa yang pembangkang bercakap di Parlimen, di Dewan Undangan Negeri dan di ceramah mereka kononnya mereka menghormati Raja-Raja, adalah hanya menanam tebu di bibir mulut, hanya bercakap manis sahaja tapi mereka tidak mahu menerima hakikat,” katanya.
Azalina berkata kelebihan Barisan Nasional ialah ia meletakkan suara rakyat sebagai keutamaan dan menerima secara terbuka kemahuan rakyat memilih Pakatan Rakyat memerintah lima negeri pada pilihan raya umum Mac tahun lalu. “BN kalah lima negeri tetapi kami menerima walaupun kami berasa sedih, marah dan tak puas hati,” katanya. -Bernama.
ULASAN :
Amatlah wajar disarankan kepada tokoh-tokoh yang menjadi calon dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO,yang terdiri daripada calon-calon Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli MT, Ketua Pemuda , Ketua Wanita, Ketua Puteri dan lain-lain ; yang sedang berkempen untuk pemilihan menjelang bulan Mac ini , agar berhenti sejenak dan tumpukan perhatian kepada apa yang sedang berlaku di Perak Darul Ridzuan sana, di mana para pemimpin pembangkang sedang ‘menentang’ Titah DYMM Sultan Perak, dan bukan setakat itu saja, mereka juga sedang mengheret Baginda ke Mahkamah .
Perkara ini harus disebarkan kepada seluruh rakyat negara ini, bahawa inilah hakikat sebenar DAP dan parti-parti pembangkang lain. Inilah hakikat sebenar pendirian Pakatan Pembangkang. Mereka hanya pentingkan kuasa. Untuk mendapat kuasa, mereka sanggup melakukan apa saja termasuk menderhaka kepada Sultan. Apa lagi yang mereka tidak buat untuk dapatkan kuasa. PAS melalui Presidennya telah umumkan bahawa pembentukan Negara Islam (yang diwar-warkan sejak penubuhannya tahun 1952 dulu) sudah tidak menjadi isu utama lagi kini, yang penting kata beliau ialah bagaimana hendak menjaga ikatan pembangkang supaya kukuh untuk menumbangkan Kerajaan BN!. Astaghfirullahal azim ..itulah sikap sebenar orang yang menepuk dada sebagai pejuang Islam .
Ertinya mereka akan bersatu dalam menghadapi apa saja isu. Ladang lembu dan kambing entah ke mana, kini mereka bersatu menyokong Kerajaan PKR Selangor menubuhkan projek mega Ladang Babi yang menelan belanja RM600 juta (bukan lagi RM100 juta yang diumumkan dulu). Inilah yang perlu para pengundi negara ini tahu , inilah bahananya bila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR, agar para pengundi yang beragama Islam sedar bahawa mereka telah ditipu oleh orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ulamak !
Seorang tetamu wanita yang sering melayari Laman Blog saya bernama Puan Zaharah dari Kelang Selangor menghantar SMS kepada saya melalui telefon bimbit saya (seperti yang tercatit nombornya dalam profil saya di laman blog ini) pagi ini berkata ; “Saudara boleh tak tolong dedahkan pakatan jahat PAS dengan DAP dan PKR, menghina Sultan Perak..saya sangat menyesal mengundi PAS dalam pilihanraya lepas..saya fikir Nik Aziz itu baik.. rupa-rupanya dia terikat dengan DAP dalam pakaatan pembangkang”
Marilah kita sama-sama mengambil iktibar diatas apa yang berlaku itu sebagai panduan untuk masa depan kita bersama di Tanah Air tercinta ini.
|