|
SEPATAH NASIHAT BUAT KAUM PENDATANG DARI BENUA INDIA |
|
|
|
|
 |
| KUMPULAN HINDU YANG MENIMBULKAN KEKACAUAN |
Bagi kesekian kalinya nasihat tulus ikhlas diberikan kepada kaum keturunan pendatang dari India k enegara ini, tentang perlunya mereka menjaga sensitiviti kaum lain di negara ini, maka kali ini saya petikkan satu rencana pendek tulisan Saudara Arif Atan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini 31 Januari 2009 yang menyentuh perkara yang sama , dengan mengungkapkan peristiwa terbaru perbuatan dari kumpulan yang sama yang cenderung menimbulkan rasa tidak selesa majoriti rakyat negara ini, semoga sesuatu perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa , sebelum api menjadi marak membakar segalanya! –Pengarang.
KITA hidup bermasyarakat bukannya terperuk dalam kepompong kaum sendiri sahaja. Oleh itu, sebarang tindakan yang membabitkan keselamatan sosial mestilah berlandaskan prosedur undang-undang.
Tindakan kira-kira 200 orang membuat bising di perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu lalu sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa serta mengganggu aktiviti rutin petugas, pelanggan terutama pesakit di pusat perubatan itu. Ini kerana A. Kugan mati bukan sebagai tokoh negara yang banyak berjasa pada negara.
Tentulah perkauman sifatnya jika ratusan orang begitu emosional menyertai perarakan pengebumian tersebut. Walhal, kematian mendiang perlu dilihat dari segi kemanusiaan bukannya fahaman sempit perkauman.
Adalah tidak adil jika hanya masyarakat Melayu sahaja digesa menghormati kedudukan kaum lain sedangkan mereka tidak berbuat demikian.
Oleh sebab itu, utamakan ketenteraman awam dan singkirkan sikap mementingkan kaum sahaja sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap pihak lain. Bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ini ada undang-undang dan peraturannya.
Mengapa kaum India seperti mahu memberitahu satu dunia seolah-olah kaum mereka hidup tertindas dalam sistem sosial yang didominasi oleh orang Melayu?
Wajarkah kematian suspek kes samun dan curi kereta mewah itu dikaitkan dengan rendahnya integriti keseluruhan anggota polis? Jika bukan kerana jasa bakti anggota polis adalah mustahil untuk melihat kadar jenayah terkawal dan negara ini aman. Walhal, apabila berlaku kes jenayah seperti rompakan, kepada pihak polis juga tempat kita mengadu.
Menyalahkan pasukan keselamatan sahaja tanpa bukti yang kukuh melalui proses siasatan yang sewajarnya hanya kerana kematian tertuduh dalam lokap amat keterlaluan. Lebih berbahaya apabila 'disimbah' pula dengan rasa perkauman melampau.
Banyak lagi masalah di depan mata yang menuntut kita menggembleng kekuatan untuk mencari jalan penyelesaian. Paling ketara ialah impak daripada kemelesetan ekonomi dunia yang sedang hebat melanda kini.
Terima kasih , semuga pelawat laman ini dapat menjadikannya bahan renungan yang disusuli dengan tindakan bijaksana agar negara ini kekal sebagai Negara Kediaman Makmur Bahagia buat semua orang dan segala isi kandungannya.
|