A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini92
mod_vvisit_counterBulan Ini7668
mod_vvisit_counterJumlah547334
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
HADAPKAN ISRAEL KESURUHANJAYA HAK ASASI PDF Cetak Emel
images_copy_copy_copy.jpg
BERITA DAN ULASAN
chedet.jpg
Tun Mahathir
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Malaysia akan berjuang untuk menghadapkan Israel ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Geneva supaya badan itu memulakan siasatan dan mengambil tindakan setimpal ke atas pencabulan yang dilakukan mereka.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Malaysia juga akan menggerakkan usaha antarabangsa supaya diwujudkan Tribunal Jenayah Antarabangsa mengenai Palestin seperti yang pernah dilakukan bagi kes-kes sedemikian di Yugoslavia, Bosnia dan Rwanda.
Beliau yakin usaha tersebut tidak keterlaluan kerana rejim Zionis tidak mematuhi ketetapan antarabangsa yang telah dipersetujui dan terus mencabuli undang-undang antarabangsa.

“Israel berani berbuat demikian kerana pendirian Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepadanya, ini terbukti apabila Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan Resolusi 1860/2009 menghendaki Israel melakukan gencatan senjata serta merta namun serangan terhadap rakyat Palestin diteruskan.
“Malaysia dan juga rakan- rakan negara lain akan menzahirkan kepada pentadbiran baru AS di bawah pimpinan Barack Obama supaya menukar sikap dan pendirian ke arah yang lebih adil dan mengiktiraf hak-hak kemanusiaan sebenar,” katanya ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Rakyat mengenai Palestin hari ini.

ULASAN:
Kenyataan Rais ini sungguh hebat dan syabas diucapkan kepada beliau. Tetapi benarkah beliau benar-benar serius? Saya memerhatikan dari dekat cara beliau menggulung perbahasan di Parlimen pada 12 Januari lalu itu , langsung tidak meyakinkan ; pertama, kerana beliau nampaknya menganggap apa yang dibaca di tangannya itu hanya sekadar ‘gurauan’, kerana beliau kerap ketawa kecil dan tersengih bila memperkatakan ingin mengaturkan pertemuan antara ahli Parlimen Malaysia dengan pihak pentadbir Amerika bagi menyampaikan usul yang diluluskan di Parlimen Malaysia itu.
Keduanya, siapalah Malaysia berjuang bersendirian untuk membawa usul sebesar itu, tanpa penglibatan pihak yang lebih berwibawa yang mungkin boleh menyokong usual ahli Parlimen Malaysia yang ikhlas itu. Maksud saya , Rais harus bahkan wajib membuat kunjungan ke negara-negara Arab , Teluk Parsi , dan Negara-negara Amerika Latin yang sering mengkritik Amerika dan sekutunya,  terrlebih dahulu agar menyokong usul itu bila Malaysia kemukakan nanti.
Tetapi , sepanjang pengetahuan saya , jangankan beliau hendak pergi melobi negara-negara Arab dan Teluk , serta negara-negara Amerika Latin , untuk mendapatkan sokongan, negara-negara di sekeliling kitapun beliau tak hiraukan (untuk mendapat sokongan terhadap usul ini di PBB dll)  , terutama Indonesia yang merupakan Negara Umat Islam terbesar didunia , yang kini sedang mengumpulkan beribu-ribu sukarelawan untuk dihantar ke Palestin !
 Janganlah begitu Dato’ Seri , anda adalah Menteri Luar Malaysia , seriuslah sikit, janganlah mempermainkan emosi rakyat Malaysia, yang sekarang ini sedang marahkan Israel dan Amerika atas kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, tiba-tiba nak bawa usul popular itu yang tak tahu ke mana hendak dituju. Bagi saya cara ini tak lebih dari watak menteri itu sendiri yang selama ini suka bersenda dan berpantun longat Negeri Sembilan yang membuatkan hadirin ketawa , yang  meletakkan beliau sebagai seorang  pemidatu politik  ‘penglipurlara’ yang popular ! Ambillah contoh cara Tun Mahathir Muhamad semasa membentangkan usul-usul yang serius di Parlimen dengan air muka yang tenang, suara yang jelas dan menyakinkan para pendengar atau penonton.

 

PM: TENTERA ISRAEL BUAS

securedownload2.jpg
 Keganasan Israel

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sikap kejam tentera Israel dalam pencerobohan mereka ke atas wilayah Palestin di Genting Gaza mencerminkan nafsu buas manusia yang tidak dapat dikawal.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, sepatutnya di zaman moden ini, tidak lagi berlaku perkara-perkara yang tidak dapat diterima akal seperti penggunaan bom kimia sebagaimana yang dilakukan tentera Israel kerana manusia era ini dilihat sebagai sudah bijak.
"Ini kekejaman yang kita tidak dapat terima, satu kekejaman yang perlu dikutuk sehabis-habisnya, kekejaman kepada manusia. Sepatutnya manusia semakin pandai dalam zaman moden tetapi Yahudi Israel tak dapat mengawal nafsu buas mereka menggunakan peralatan canggih melakukan keganasan terhadap manusia ” katanya .
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abu Seman Yusop dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.
Beliau mengulas kempen tentera Israel di Genting Gaza yang telah mengorbankan hampir 900 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh dua minggu ini.

ULASAN:

Selain menembak dan mengebom secara membabi-buta, tentera Rejim Yahudi Idrael itu juga menggunakan kaedah-kaedah kezaliman lain seperti mengebom sekolah dan menggunakan senjata kimia atau bom fosforus putih ke atas rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Bom fosforus putih membawa risiko kematian yang lebih tinggi kerana keupayaannya menyerap ke dalam tubuh mangsa dan membakar tisu dalaman termasuk hati, jantung dan buah pinggang. Kebuasan  serta kezaliman tentera Zionis itu  telah meragut nyawa  ribuan  kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa dibumi Palestin.
Kita memang tersentuh hati apabila Perdana Menteri kita Dato’ Seri Abdullah Badawi yang mengulas isu ini berkata ; “ Rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri, kita juga akan menghulurkan derma dan bantuan kewangan kepada perjuangan rakyat Palestin," katanya.
Bagaimanapun PM atau kerajaan kita hendaklah menghantar orang yang berwibawa menangani isua besar ini di peringkat antarabangsa.  Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad boleh memikul tanggungjawab sebagai wakil PM dan Negara Malaysia memainkan peranan ini di peringkat global, terutama dalam melobi dan mengemukakan usul menentang kekejaman Yahudi Zionis ini di PBB dan forum-forum lain di seluruh dunia. Pilihan yang lain ialah Tun Musa Hitam atau sekurang-kurangnya Tan Sri Razali Ismail, bekas Presiden PBB.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack