|
RINGKASAN BERITA DLM SEMINGGU
BANTULAH PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA
|
|
| BARISAN KE EMPAT DARI KANAN IALAH DATO' ISMAIL KIJO DAN DI SEBELAH KANANNYA PENULIS SENDIRI
|
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Sekretariat Tabung Bencana Alam (STBA) Bukit Antarabangsa merayu kepada masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap status ekonomi penduduk Bukit Antarabangsa yang terjejas akibat bencana tanah runtuh baru-baru ini. "Mungkin orang ramai tidak tahu, ada antara 3,000 mangsa itu, ada yang tidak mampu membeli susu anak dan lampin pakai buang ekoran kejadian itu. "Disebabkan tinggal di Bukit Antarabangsa mereka dianggap orang kaya sedangkan sewa apartmen di sana murah, ada yang sekitar RM500 sahaja," kata Pengerusi STBA Dato’ Ismail Kijo , kepada pemberita selepas melancarkan kempen jualan amal tabung itu di Pasar Budaya di sini hari ini.
Pada majlis pelancarannya hari ini, pengurusan Central Market menyumbang sebanyak RM2,000 manakala RM1,010 lagi diperoleh melalui lelongan mi goreng yang dimasak oleh Dato’ Ismail (Pengerusi STBA) , Dato’ Fredy Fernandez (Presiden Karyawan Malaysia), Dato’ Moniandy (Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bukit Antarabangsa), dan Datuk Yazid Othman ( Presiden Persatuan Wartawan Melayu Malaysia) .-Utusan. ULASAN: Tiga ribu mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa itu, hanya segelintir sahaja yang kaya dan tinggal di rumah-rumah mewah atas bukit itu ! manakala yang lainnya iaitu kira-kira lebih dari 2500 lagi adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Malangnya pihak media terutama pihak stesyen Tv tidak membuat publisiti yang begitu meluas tentang penderitaan mereka ini. Maklum..tidak ada artis yang popular terlibat. Apa salahnya ibikan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul. Kasihan penduduk yang meskin disini, sampai nak beli lampin anakpun susah ! Tabung yang dibuka untuk derma mangsa yang terlibat tak mendaspat sambutan yang menggalakkan , kerana kurangnya publisiti…tolonglah duhai teman wartawan khususnya yang distesyen-stesyen Tv !
CHINA BERTERIMA KASIH KEPADA MALAYSIA
BEIJING 22 Dis. - Kerajaan China mengucapkan “terima kasih” kepada Malaysia selepas sebuah helikopter tentera dan sebuah kapal tentera laut Malaysia membantu menumpaskan serangan lanun ke atas sebuah kapal kargo China di perairan Somalia minggu lepas. Naib Menteri Pengangkutan China Weng Meng Yong menyampaikan penghargaan kerajaan itu kepada Datuk Syed Norulzaman Kamarulzaman, Duta Besar Malaysia ke China pada Khamis, sehari selepas kejadian itu. “Beliau menyampaikan ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan China dan agensi utama seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar dan tentera atas tindakan segera anggota tentera laut kita dalam menumpaskam cubaan itu,” kata Syed Norulzaman kepada Bernama. Duta Besar itu telah menghantar surat penghargaan yang ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Li Sheng Lin itu kepada Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan Malaysia. –Bernama. ULASAN: Kerajaan China amat prihatin terhadap budibahasa negara lain yang seperti Malaysia yang membantunya itu. Bahasa diplomasi itu memang patut dibuat terhadap orang yang membantunya. Bagaimanapun ada rakyat keturunan China yang datang kenegeri ini tidak tahu berterima kasih kepada orang yang mengizinkan mereka tinggal dinegara ini dengan aman damai serta dapat mengumpul kekayaan pula !!! .
HISHAMUDIN JANGAN LAH MARAH-MARAH !
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Ugutan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran tidak membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak membina malahan menyulitkan pihak kementerian membuat keputusan demi masa depan anak-anak bangsa. Beliau mengulas kenyataan Gapena yang kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya PPSMI diteruskan. Gapena menerusi Ketua Satunya, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein mendakwa pelaksanaan PPSMI itu secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.-Utusan. ULASAN: Dato’ Hishamudin Tun Hussein jangan lah marah-marah bila GAPENA membuat kenyataan demikian . Betulkanlah keadaan dengan seberapa segera yang boleh , sebelum ia terlalu terlambat, dan janganlah membuang masa untuk marah-marah , sebab apa yang dinyatakan oleh Tan Seri Ismail Hussein itu adalah mewakili hasrat majoriti orang Melayu, iaitu penduduk asal negara ini ! .
KAHWIN TAK WAJAR DI KOMERSIALKAN
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) , Datuk Nooh Gadot berkata, kecenderungan majlis perkahwinan artis yang ditaja pihak korporat, wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. “Tidak wajar jika pihak yang menaja majlis perkahwinan itu bermatlamat semata-mata mendapatkan keuntungan melampau, misalnya menerusi penajaan iklan dan hak penyiaran” katanya. Bliau berkata demikian bagi mengulas kecenderungan perkahwinan artis-artis tempatan akhir-akhir ini, yang diadakan secara besar-besaran dan mendapat tajaan pihak korporat, malah disiarkan secara langsung di televisyen. Beliau berkata, tujuan sebenar kenduri diadakan , adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.-Utusan. ULASAN : Saya nampak pihak stesyen Tv yang lebih ghairah untuk mengadakan liputan eksklusif artis-artis tertentu yang berkahwin ini. Saya rasa cara liputan eksklusif ini elok dihentikan, kerana dengan berbuat demikian kita menafikan hak stesyen Tv lain untuk membuat liputan, padahal artis itu kepunyaan para peminat mereka . Bagi artis pula elok tidak berbuat demikian , kot-kot lari tujuan asal kenduri kahwin seperti yang disebut oleh Penasihat MAIJ diatas itu. Saya berpendapat, ada perkara lain yang lebih penting lagi untuk pihak stesyen Tv membuat siaran langsung , yang menyentuh kepentingan umum atau untuk kepentingan negara , selain dari membuat liputan secara lintas langsung perkahwinan artis-artis ini. Kerana kita jangan lupa , tidak semua rakyat negara ini meminati artis, apa lagi artis yang ditonjolkan itu, pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini . Oleh itu janganlah kita memaksa orangramai menonton perkara yang mereka tidak suka.
ABHISIT : UTAMAKANLAH KEPENTINGAN NEGARA
<!--[if !vml]-->
<!--[endif]--> |
|
|
BANGKOK 26 Dis. - Perdana Menteri baru Thailand, Abhisit Vejjajiva hari ini menggesa bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra supaya jangan menghasut penyokongnya melakukan kekacauan semasa protes yang dirancang oleh pembangkang. "Saya tidak ada masalah jika beliau (Thaksin) mahu berucap, tetapi saya ingin menggesanya supaya meletakkan kepentingan negara ini mengatasi kepentingannya sendiri. Polis berkata, mereka akan mengerahkan hampir 3,000 anggota polis dilengkapi perisai antirusuhan, di luar Parlimen esok bagi menghadapi penyokong Thaksin yang akan memakai "baju merah".-AFP. ULASAN: Sebenarnya wang yang memainkan peranan. Wang juga yang memainkan peranan untuk Thaksin naik menjadi Perdana Menteri sebelum ini dan wang jugalah yang membawanya jatuh dan dengan wang juga dia cuba mendapat kembali kuasa di Thailand. Rakya miskin Thailand dengan mudah dipancing oleh Thaksin dengan wang. Saudara mara dan sahabat handai saya di Thailand mengakui hakikat ini. Oleh yang demikian Abhisit hendaklah menggunakan peluang melalui proses undang-undang untuk membekukan wang yang diperolehi oleh Thakisn secara haram di Thailand .Abhisit hendaklah mengambil perintah mahkamah untuk membekukan semua harta yang dimiliki oleh Thaksin dan keluarganya di dalam dan di luar Thailand. Bila wang ini dibekukan maka Thaksin tidak lagi mampu untuk membiayai rakyat miskin Thailand melakukan demonstrasi menentang kerajaan yang ada untuk beliau kembali berkuasa. Abhisit hendaklah mendedahkan keturunan Thaksin sebagai pendatang Cina di Thailand berbanding beliau keturunan Siam sejati.
ISRAEL BUNUH 155 RAKYAT PALESTIN
Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain. Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza. Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.-AFP. ULASAN : Inilah masanya negara-negara Arab dan negara-negara di Teluk Parsi bersatu memutuskan hubungan diplomatic dengan Amerika dan menjadikan minyak senjata utama untuk memaksa Amerika yang merupakan perisai kepada Israel itu tunduk kepada kemahuan negara-negara Arab bagi menghentikan pencerobohan dan pengebuman terhadap Wilayah Palestin , khususnya di Tebing Gaza yang menjadi sasaran utama Israel kini. “Amerikalah Syaitan Besar” kata Imam Ayatullah Khumaini pemimpin tertinggi Iran . Apa yang menghairanakan negara-negara Arab yang berjiran , yang satu bahasa dan satu bangsa serta satu agama , tidak pernah membuka mulut menentang keganasan Rejim Yahudi Israel itu . Mereka juga tidak menentang Amerika yang ternyata menjadi pelindung kepada negara Pengganas Israel itu , yang sehingga kehari inipun Amerika tetap berdiam diri, dan tidak melarang Israel melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin itu. Para pemimpin Negara-negara Arab kini adalah benar-benar seperti anjing-anjing yang sedang menggong tulang, yang takut untuk membuka mulut, takut tulang itu terjatuh ! . Kalau seandaainaya diserahlah Agama Islam yang kita anuti ini untuk dijaga oleh orang-orang Arab, sekarang ini, nescaya lenyaplah Islam dari muka bumi ini, lantaran patuhnya mereka kepada musuh-musuh Islam seperti Amerika dan sekutu-sekutunya itu . Nauzubillahi minzalik ! .
|