A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 16 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini81
mod_vvisit_counterBulan Ini7657
mod_vvisit_counterJumlah547323
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow HANTARLAH PEGUAM YANG PINTAR WAKILI NEGARA
HANTARLAH PEGUAM YANG PINTAR WAKILI NEGARA PDF Cetak Emel
Petang semalam 26 Disember 2008 sebaik selesai sembahyang jumaat di Masjid
pulau_batu_puteh.jpg 
      PULAU BATU PUTEH
Istana Negara, saya ke pejabat baru seorang teman lama saya, seorang peguam,  yang sekian lama tak jumpa  kerana masing-masing sibuk. Teman ini lebih dikenali oleh rakan-rakan rapat dengan nama timangannya adalah singkatan dari nama penuhnya yang hampir sama dengan nama singkatan pemimpin besar Indonesia. Beliau ini berkelulusan bidang undang-undang dari England, yang sebelum akhir tahun lalu ,  menjadi rakankongsi sebuah firma undang-undang terkenal peninggalan penjajah British di negara ini.
Dengan berkain pelikat dan bersongkok tinggi, baru balik dari Sembahyang Jumaat, beliau terus saja meninggikan suara persis memarahi saya , bila saja saya menjenguk ke pejabatnya (cara lama beliau bila ternampak saya beliau keluarkan isi hatinya kerana saya masa itu seorang wartawan , dengan bermaksud agar saya menulis sesuatu yang terkilan di hatinya, terutama dalan isu-isu penting di negara ini) . Beliau sudah lama menyimpan isu berkenaan untuk diluahkan kepada saya, kerana masa isu ini berlaku saya tidak ada di sini. Isunya ialah perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa di Belanda mengenai tuntutan Pulau Batu Puteh oleh pihak Singapura. Bagaimanapun saya mengambil sikap menjadi pendengar yang sabar bila bertemu apa-apa isu hangat ,sebelum membuat apa-apa kesimpulan.  Dari perbincangan isu lama yang diperhangatkan ini, saya bolehlah membuat kesimpulan intipati percakapan sahabat saya itu seperti berikut  ;
“ Hantarlah  peguam   yang betul-betul  tahu sejarah tempatan  dalam membentangkan hujah bagi mempertahankan hak kita terutamanya di tempat seperti Mahkamah Antarabangsa itu . Nampaknya,  dahlah wakil Malaysia itu tak tahu sejarah, tidak  soal balik pula pihak  lawan yang hanya bagi kenyataan tanpa bukti yang membuatkan kita kalah ! Selain itu , dahlah kalah,  menteri pula cakap, kononnya menang- menang , padahal kita kalah.!
Saya menyoal sahabat saya  balik  dengan membuat provokasi ;
“ Hei kawan jangan komen lagi saya tahu saudara sering menang dalam kebanyakan kes di mahkamah, saya  dah tak sabar  dah ni nak dengar hujah yang macamana yang boleh kita menang? Tak cukupkah hujah pihak peguam Malaysia yang berjela itu?..sekarang saya nak minta saudara  pejam mata, anggaplah saudara yang wakili Malaysia ..tentu kita nak menang ..cuba kemukakan hujah di pihak kita dan kemukakan  soalan kepada pihak Singapura …”
Dengan cepat beliau menjawab :
“ Itu senang saja.! Tanya peguam Singapura , pada tarikh sekian-sekian , pihak berkuasa Singapura minta dari Kerajaan Malaysia nak bina rumah api di Pulau Batu Puteh dan Di Pulau Pisang , betul atau tidak, tentulah dia jawab betul. Dan saya akan Tanya soalah kedua , oleh kerana pihak Singapura bina rumah api maka Kerajaan Malaysia membenarkan pihak Singapura menyelenggarakannya bagi mengelak dari padam dan sebagainya, maka pihak Singapura pun selenggara rumah api itu, betul atau tidak, tentulah dia akan jawab betul. Saya akan bertanya soalan ke tiga ,  setelah pihak Singapura selenggarakan rumah api yang dalam kawasan perairan Malaysia itu beberapa lama, tiba-tiba Singapura buat tuntutan kononnya Pulau Batu Puteh itu miliknya. ..betul atau tidak dan tentulah peguam itu akan jawab ya.  Saya akan tanyakan soalan ke empat..dari kedua-dua tempat rumah api di perairan Malaysia yang diselenggarakan oleh pihak Singapura itu, hanya Pulau Batu Puteh sahaja yang Singapura tuntut untuk menjadi miliknya, mengapa Pulau Pisang yang juga diselenggarakan oleh Singapura itu tidak dituntut ? ”
Saya mula memahami duduk sebenarnya persoalan , dan  dapat  memahami segala hujah teman peguam saya itu,  dengan maksud yang sukar difahami andainya dilihat secara mendatar,tetapi penuh dengan fakta sejarah terkandung dalam soalah-soalan tersebut.
Saya tidak berpuashati lagi dan terus bertanya teman saya itu apakah hujah pihak Malaysia yang merugikan kita. Kata teman itu ; 
“Masaalah di pihak kita pula , kita tidak kemukakan bahawa ketiga-tiga pulau berdekatan itu, sebagai Pulau Batu Puteh, kita hanya beritahu hanya satu sahaja yang bernama Batu Puteh, manakala dua lagi tidak.  Padahal ke semua ketiga-tiga pulau batu yang letaknya berhampiran itu  adalah  Pulau Batu Puteh ; oleh itu pihak penghakiman beri satu pulau Batu Puteh itu kepada Singapura dan dua lagi pulau berdekatan itu kekal milik Malaysia.  Mudah saja hendak memahami perkara ini, lihat saja Pulau Langkawi. Apabila kita menyebut  Pulau  Langkawi, ia tentulah termasuk gugusan pulau berdekatan di kawasan itu, seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Simpang Tiga, Pulau Kilim Geopark dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah Pulau Langkawi ! ”
Selain itu saya bertanya rakan saya itu , apakah yang dimaksudkan dengan  pihak Singapura kemukakan dakwaan ada surat tertentu yang diberikan oleh seorang Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang kononnya menulis kepada Singapura, pihaknya tidak mahu buat apa-apa tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh itu. Katanya, pihak Singapura boleh kata apa saja surat dari siapa-siapa, tetapi soalnya pihak peguam Malaysia hanya berdiam diri tidak meminta bukti surat itu . Sepatutnya surat itu dikemukakan untuk dibaca apa isi sebenar kandungannya.
Sebab ada kemungkinan surat itu hanya ditulis beliau berkenaan, tanpa arahan pihak berkuasa Kerajaan Johor.Tetapi nampakanya pihak Malaysia sibuk ke sana sini mencari surat berkenaan. Padahal surat itu boleh diragui samada wujud atau tidak, atau pun kalau wujud mungkin juga ianya palsu.dan , apakah isi kandungan  sebenarnya sama seperti dakwaan wakil Singapura itu? Kalau kandungan surat itu jelas ditulis oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor , tanpa menyebut beliau diarahkan oleh pihak yang berkuasa, sudah tentulah surat itu tidak berwibawa dan tidak boleh diterima sebagai bahan bukti pihak Singapura. Demikian persoalan yang dikemukakan oleh teman saya itu.
Saya bertanya lagi, apa kata menteri luar kita dalam hal ini, tak mahukah Malaysia membuat rayuan? Dan beliau menjawab;
“ Menteri kita kata,  perbicaraan tuntutan Singapura  di  Mahkamah Antarabangsa di The Hague Belanda  itu sebenarnya menang-menang. .. Mana kita bersedia nak buat rayuan, semuanya diam..dan masanya setahun tempoh rayuan mungkin sudah habis pun, .. ”
Alahai menang-menang apenye kita kehilangan satu pulau !  Mengikut kaedah biasa, bila Singapura sudah dapat satu Pulau Batu Puteh itu, Singapura akan buat garisan sempadannya dari wilayah Singapura akan terus memanjang masuk ke dalam perairan Malaysia  sambungkan dengan Pulau Batu Puteh , itulah sempadan baru antara Singapura dan Malaysia. Bayangkan betapa besar Singapura sekarang sekiranya garisan panjang itu ditambak dengan tanah semuanya !
“ Mengapa tak beritahu saya lebih awal hal ini? ”
 “ Anda keluar negeri…nampaknya  berniaga lebih ligat dari jadi wartawan dulu ”
“ Ya lah nak sara keluarga ..nak buktikan wartawan pandai berniaga . Mengapa tak talifon? ”
“ Dah cuba beberapa kali .tak dapat ”
“” Mengapa tak kontek PM atau TPM berikan pandangan semasa perbicaraan dulu ”
“ Tak berkesempatan ”
Bila saya pulang ke rumah  saya rasa terpanggil agar hal ini patut turut dibaca oleh orangramai, agar boleh menjadi iktibar serta contoh teladan kepada yang mahu mengambil iktibar.
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack