A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 20 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini79
mod_vvisit_counterBulan Ini7655
mod_vvisit_counterJumlah547321
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PAS HANYA DIPERALATKAN OLEH DAP
PAS HANYA DIPERALATKAN OLEH DAP PDF Cetak Emel
dato_seri_ir_nizar.gif
    MENTERI BESAR PERAK
DAP pada 22 Disember lepas memberitahu pihak media dinegeri Perak, dengan lantang menyatakan, pelaksanaan hukum hudud langsung tidak termasuk dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri campuran di Perak kerana sudah mempunyai prinsip pemerintahan tersendiri.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, dasar kerajaan negeri sedia ada adalah untuk memerintah negeri ini berlandaskan prinsip keadilan, kewibawaan, ketelusan, amanah dan kebajikan. Beliau yang juga Exco kanan kerajaan negeri menegaskan, prinsip berkenaan mesti sentiasa dipegang kuat kerana telah dipersetujui secara bersama antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah jauh dari apa yang disebut oleh pemimpin DAP Perak itu !  Pada pertengahan bulan Ogos lalu, semasa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar  dan atas bantuan Encik Misbah (Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perak) sahabat baik saya semasa di Universiti Malaya dahulu maka kerajaan Negeri Perak telah menyambut Pasukan YPB PWM Jelajah Merdeka  dan Mengarak Jalur Gemilang 2008 ketika melalui negeri itu di Ipoh,  saya sempat berbual secara dekat sambil makan tengahari dengan Menteri Besar Perak itu memberitahu, pihak DAP memang tidak membantah dasar PAS yang mahu melaksanakan Islam di negeri itu.
Ini adalah kerana, kata MB itu,  pihak DAP tahu dasar Islam memang menguntungkan mereka juga, kerana terkandung prinsip keadilan sejagat tanpa pilih kasih. Katanya, beliau sangat gembira dan berpuashati dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli DAP yang berkerjasama rapat dengan pihaknya yang membawa dasar PAS.
Tetapi dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak di atas , telah menjelaskan bahawa PAS selama ini ditipu oleh para pemimpin dan ahli DAP yang berpura-pura menerima kehendak PAS, tetapi apa yang sebenarnya, ialah mereka hanya memperalatkan PAS untuk memenuhi cita-cita DAP untuk memerintah negeri Perak, dengan menjadikan PAS dan Menteri Besar Perak itu sebagai alat semata-mata !
Oleh Yang demikian PAS sendiri kenalah benar-benar ikhlas untuk melaksanakan Islam. Jika sudah benar-benar ikhlas, rakan PAS yang sebenarnya ialah UMNO . Hanya UMNO yang benar-benar mahukan Islam. Rakan kongsi UMNO dalam BN tidak pernah menentang Islam (sehingga saat saya menulis ini) sebagaimana DAP menentang  Islam. Ketepikanlah DAP dan bersatulah dengan wakil-wakil rakyat  UMNO atau BN dan bentuklah kerajaan baru di negeri Perak.
Cadangan saya ini ialah jika PAS memang ikhlas mahukan Islam, tetapi jika PAS hanya mahu sekadar makan gaji sahaja, apa nak buatkan, teruskanlah berumahtangga dengan DAP ; ibarat pasangan suami isteri yang dipaksa kahwin, tetapi bergolak sentiasa , yang langsung tidak melambangkan rumahtangga yang bahagia, apalagi untuk mengejar cita-cita pengundi yang beragama Islam , iaitu pengundi majoriti di negeri itu.
Beberapa banyak Hadis Nabi dan Nas Al Quran yang menjelaskan betapa para penentang  Islam  tegar  yang enggan menerima Islam secara syumul ini , akan kekal begitu dan akan sentiasa mencari peluang untuk menentangnya dengan keras bila berkesempatan.
Lihat saja pakatan kaum Yahudi di Madinah untuk menyokong Nabi (SAW) , hanya dapat bertahan beberapa ketika yang pendek sahaja, dan akhirnya mereka membuat pakatan dengan kaum kafir Quraisy untuk memusnahakan Nabi (SAW), dimana  bila terbukti pembelotan mereka , Nabi (SAW) menghalau kaum Yahudi ini dari bumi Madinah  !  
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack