A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack

Laman Utama arrow Koleksi arrow KHAIRI, KAMAL, KALI TAK BOLEH PENGARUHI PAKLAH
KHAIRI, KAMAL, KALI TAK BOLEH PENGARUHI PAKLAH PDF Cetak Emel
pm-do.jpg
Yazid Othman bersama Perdana Menteri
di pejabatnya baru-baru ini.
Keputusan Perdana Menteri adalah dibuat oleh dia sendiri dan tidak benar seperti tuduhan pihak

tertentu kononnya segala keputusan PM datangnya dari tingkat empat (tingkat empat ertinya tingkat yang berada dibawah satu tingkat daripada kedudukan pejabat PM ditingkat lima di JPM di Putera Jaya). Baru-baru ini saya berkesempatan menemui PM dipejabatnya dan sempat juga bercakap-cakap dengan rengkas dalam serba sedikit isu terkini. Saya ada mengajukan perkara yang dibualkan dikedai-kedai kopi tentang keputusan PM dari tingkat empat, dan dengan selamba dan tenang sekali, PM menjawab seperti berikut:

“ Sesiapapun boleh bercakap dengan saya, termasuk menantu saya, mengenai apa saja topic, tetapi akhirnya segala keputusan, saya sendiri yang buat, Paklah lah yang buat dan tidak dipengaruhi oleh sesiapapun..” kata Pak Lah.

Secara lojiknya pun Kamaluddin anak lelaki PM itu tidak akan mempengaruhi bapanya membuat keputusan dalam mentadbir kerajaan . Kamal ini saya kenal begitu lama, halus budibahasanya, sentiasa senyum bila bercakap serta bijak berfikir. Bila saya berbual dengannya beliau begitu berhati-hati menjawb bila isu perbualan berkaitan dengan bapanya. .

Bila saya minta Kamal mengagak fikiran bapanya dalam satu-satu isu dia enggan mengagak, padahal lojiknya dia boleh mengagak pendapat bapanya “ itu saya tak tahu, minta maaflah, abang Yazid kena tanya dia sendiri dan saya tak campur langsung urusan bapa saya, saya tak berminat nak campur dan beliau pun tak suka keluarga ikut campur “ demikian kata Kamaludin kepada saya, semasa berkebetulan bertemu beliau.

Kini mengenai Khairi , teman-teman minta saya menguls perkara ini . Sebenarnya saya tidak banyak maklumat tentang Khairi ini . Saya hanya bertemu sekali sahaja sejak dia menjadi menantu PM, iaitu hari PM buat rumah terbuka tahun lalu. Jurugambar kecil kami iaitu anak bongsu saya berumur lima tahun bernama Sutera Nan Sehelai yang hobinya mengambil gambar sempat merakam gambar saya dengan Khairi semasa bertegur sapa dimajlis itu.

Pengamatan saya Khairi ini pendiam orangnya tapi mudah mesra dan banyak tersenyum bila bercakap. Melihat gerakgerinya beliau ini seorang yang panjang akal dan sewajarnyalah beliau ini tidak mudah membuat perkara yang boleh mendatangakan akibat buruk kepada dirinya dan diri orang yang disayangi.

Bagi saya beliau tidak tergamak untuk merosakkan nama baik bapa mertuanya, apalagi bapa mertuanya tentulah tidak mengizinkan beliau campur tangan dalam membuat keputusan mengenai urusan kerajaan.

Mengnai Kalimullah Hassan, (lebih dikenali rakan-rakan dengan nama Kali) seorang rakan lama saya, semasa kami sama-sama menjadi wartawan dan bertugas di Johor Bharu pada awal 80an dulu, di mana beliau masa itu bertugas sebagai wartawan akhbar The Star dan saya dengan Kumpulan Utusan Melayu. Saya kenal benar beliau ini, masa itu beliau masih bujang, dan di rumah sayalah Kali dan teman-teman wartawan di JB berbual waktu malam dan makan ala kadar, yang tentu budu dan petai pasti ada. Kali makan budu macam saya juga.

Saya dan Kali sering berpakat untuk ‘work smart’ di mana kalau beliau pergi ke satu-satu tugasan, saya tak payah pergi ke sana, kerana dia akan berikan sama beritanya itu kepada saya dan sebaliknya saya juga bila pergi ke satu-satu tugasan saya akan memberikan berita yang sama kepadanya, dan beliau tidak payah pergi ketempat itu. Tetapi selepas beberapa ketika saya ditukarkan ke Pulau Pinang dan lepas itu saya dapat tahu Kali telah berpindah kerja ke Reuter, hubungan kami terputus, biasalah, jauh dimata jauh dihati.

Kemudian dapat berita beliau ke NST pula jadi boss disana . Maklum sama-sama sibuk hubungan masih terputus. Tup-tup dapat tahu Kali telah menjadi orang besar disebuah bank dan kemudiannya jadi ‘taukeh besar’ dan hubungan masih lagi belum bersambung .

Bagaimanapun saya yakin dia orang baik . Ditakdirkan Tuhan saya bertemu sekali semasa sama-sama menghadiri satu acara di PWTC dan beliau menceritakan telah memasuki bidang perniagaan dan dalam persiapan nak tambak laut di satu kawasan pantai di Kedah.Saya doakan beliau berjaya. Sejak itu tak pernah temuinya lagi.

Persoalannya timbul kononnya beliau juga terlibat dalam mencampuri urusan negara oleh PM. Saya tidak boleh agak penglibatan beliau dalam perkara ini, samada benar ataupun tidak. Saya diminta oleh teman-teman untuk mengulas perkara ini. Secara lojiknya tuduhan diatas tidak menasabah . Andaian yang ada adalah berdasarkan beliau amat rapat dengan Khairi menantu PM, dan bersama-sama terlibat dengan perniagaan melalui Syarikat ECM Libra .

Kini berlaku penyebaran maklumat yang menimbulkan persoalan mengenai Khairi, Kamal dan Kali menjadi kaya raya begitu cepat, menggunakan pengaruh PM. Tetapi lojiknya, ia tidaklah menghairankan, kerana bidang perniagaan adalah ‘sky is the limit’ . Bagi saya tidak susah, PM sering melaungkan agar badan pencegah rasuah bebas menyiasat sesiapa saja. Tak payah sebarkan tuduhan macam-macam biarkan badan pencegah rasuah dan polis bahagian jenayah perdagangan keluarkan kenyataan samada segala tuduhan itu benar atau tidak. Pokoknya segala tuduhan itu merupakan tuduhan liar selagi ia tidak dibuktikan .

Mengenali Pak Lah, hasutan dan ampu memang tidak disukainya. Bagaimanapun Pak Lah harus beringat dan hati-hati agar fitnah yang dilemparkan itu dijadikan iktibar untuk diletakkan di sempadan pagar berduri, bertenaga letrik, yang tidak boleh dibolosi, dan juga, sebagai panduan oleh mereka yang berada dalam sistem pemerintahan , untuk sama-sama melenyapkan segala unsur yang mungkin ada kebenaran terkandung dalam segala tuduhan liar itu.
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack