A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 19 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini78
mod_vvisit_counterBulan Ini7654
mod_vvisit_counterJumlah547319
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow RINGKSAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN
RINGKSAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN PDF Cetak Emel

                                           logo_blog_ulasan.jpg
                                       RINGKASAN BERITA DLM SEMINGGU                  

 

SWASTA IJN DITANGGUH

ijn.jpg
 INSTITUT JANTUNG NEGARA

 KUALA Lumpur 19 Disember ;- Kabinet Malaysia  hari ini   menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan, kata TPM Datuk Sri Najib Tun Razak.
Laporan media  menyebut konglomerat Sime Darby mengesahkan hasratnya mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN dan memberikan jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas isu tersebut turut mahukan jaminan daripada Sime Darby bahawa ia akan meneruskan khidmat kepada golongan berpendapatan rendah jika mengambil alih kepentingan dalam IJN.
TPM menjelaskan, kajian mengenai cadangan penswastaan IJN tersebut dijangka mengambil masa beberapa bulan membabitkan Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU ) dan Kementerian Kewangan.

ULASAN :

Kita mengharapkan kajian berkenaan bukanlah satu kajian untuk mencari jalan cara-cara untuk IJN itu diswastakan kepada syarikat swasta berkenaan , tetapi kajian bagaimana IJN dapat meningkatkan lagi fungsinya, seperti mengadakan cawangan-cawangan di negeri-negeri  di Semenanjung  serta Sabah dan Sarawak
Aspek kajian juga hendaklah dibuat agar syarikat-syarikat GLC yang berwibawa melakukan tanggungjawab sosialnya untuk  membina hospital-hospital serta kemudahan-kemudahan rawatan untuk rakyat yang ada di kawasan luar bandar khasnya di kawasan pendalaman.
Cukuplah kerajaan menswastakan  organisasi-organisasi kerajaan yang terlibat dengan perniagaan , dengan alasan untuk memperbaiki lagi supaya lebih cekap untuk kebajikan rakyat negara ini.  Membaca pandangan dari pelbagai pihak dalam halaman surat pembaca dan berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana, sudah cukup menjelaskan rakyat negara ini tidak bersetuju dengan perancangan penswastaan itu !

BUSH DIBALING KASUT DI IRAQ

bush3.jpg
 Bush dibaling kasut

 BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam.
Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran. Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu.

ULASAN:
Sebenarnya perbuatan membaling kasut kepada sesiapa juga adalah memang biadab dan bertentangan dengan adat resam mana-mana agama dan apa-apa bangsapun juga , lebih-lebih lagi ia bertentangan dengan akhlak mulia dalam agama Islam.
Bagaimanapun , bila dilihat apakah puncanya pembalingan kasut  itu dibuat. Setelah menyaksikan  dari dekat dalam berita-berita CNN, BBC, Aljazirah, CCTV dan lain-lain Chenal TV, terdapat laungan yang kuat dalam Bahasa Arab yang bererti ; “ ini (kasut) kucupan perpisahan untuk kamu , anjing !  salam perpisahan daripada  balu, anak yatim  dan mereka yang kamu bunuh di Iraq ! ”  , dan isi laungan tersebut jelas sekali ditujukan kepada Presiden Bush yang telah mengarahkan tentera Amerika (AS) untuk menyerang Iraq di akhir tahun 2003 yang lalu.
Jika demikian , tidak boleh disalahkan wartawan Iraq itu yang membaling Bush dengan kasut, bahkan kita tak boleh menyalahkan  wartawan berkenaan membaling Bush dengan najis sekalipun , kerana ribuan rakyat Iraq yang menjadi balu dan ribuan anak-anak kecil Iraq menjadi  yatim  kerana serangan tentera As atas arahan Bush itu .Jadi balingan kasut tersebut merupakan manifestasi kedukaan keluarga rakyat yang suami dan bapa mereka telah mati dibunuh . Selain itu Muntezer pernah dcolek beberapa bulan oleh militia pro As tahun lepas dan hanya dibebaskan atas rayuan majikannya Stesyen Tv Al-Baghdadiah. Bayangkanlah !
 
WIRA IRAQ KE MAHKAMAH

BAGHDAD 17 Dis. – Wira Rakyat Iraq Wartawan  dari Stesyen Tv Al-Baghdadiah , Muntazer  Al-Zeidi yang mendapat sanjungan di seluruh dunia Arab kerana membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush di sini pada Ahad lalu dihadapkan semula ke mahkamah hari ini . Saudara lelaki wartawan itu, Durgham Al-Zeidi, berkata, dia dan seorang lagi saudara lelaki telah diberitahu oleh hakim siasatan bahawa Muntazer  “telah memberikan kerjasama yang baik.”
Di bawah undang-undang Iraq, Muntazer  boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun kerana “menghina ketua sebuah negara asing.”
Menurut Durgham, Muntazer  telah dibawa ke hospital Ibn Sina di Zon Hijau yang dikawal ketat setelah mengalami patah tulang lengan dan rusuk akibat dibelasah oleh pengawal keselamatan Iraq, selain cedera di mata dan kaki.
Muntadar menjadi fokus dunia pada Ahad lalu apabila beliau melemparkan kasutnya ke arah Bush dan menggelarnya ‘anjing’ semasa lawatan perpisahan Presiden AS itu ke negara ini.
White House semalam menyatakan, terpulang kepada para pemimpin Iraq untuk memutuskan sama ada hendak menghukum Muntazer  atau tidak, tetapi pihaknya sudah melupakan insiden itu.

ULASAN :

Adalah mustahil sikap White House begitu lembut, dengan menyatakan , terpulang kepada pemimpin Iraq memutuskan samada hendak menghukum Muntazer atau tidak dan berkata, pihaknya sudah melupakan insiden tersebut.
Padahal atas tekanan pihak As lah Muntazer dibelasah sehingga patah tulang lengan dan rusuk serta diheret kemahkamah untuk didakwa.  Padahal apa yang dibuat oleh Muntazer bukanlah menyerang Presiden Bush menggunakan senjata merbahaya seperti pistol, senapang dan sebagainya, malah hanya sepasang kasut yang dilontar dan tidak melukai sesiapa apalagi mengancam nyawa orang yang dilontarnya.
kini terbukti dengan jelas, bahawa Kerajaan Iraq adalah dibawah kekuasaan As atau White House sepenuhnya. Kalau kerajaan Iraq adalah sebuah kerajaan bebas dari cengkaman As seperti yang didakwa oleh Bush sebelum ini, sudah tentulah Muntazer tidak diperlakukan demikian rupa. Oleh itu janganlah pemimpin Malaysia menganggap, bila berunding  dengan pemimpin Iraq, kononnya berunding dengan sebuah Kerajaan Iraq, tetapi sebenarnya sebuah Kerajaan Penjajah Amerika di Iraq !
 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack