A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 16 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini459
mod_vvisit_counterBulan Ini2799
mod_vvisit_counterJumlah198279
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow FOMEMA ADALAH MIMPI NGERI MAJIKAN NEGARA INI
FOMEMA ADALAH MIMPI NGERI MAJIKAN NEGARA INI PDF Cetak Emel

Khidmat pembantu rumah di Malaysia memang  diperlukan dan mendapat

 fomema_logo.gif
   FOMEMA LAMBANG MIMPI NGERI MAJIKAN

permintaan tinggi terutama di kota-kota besar. Ini kerana segala keperluan sarahidup anggota keluarga yang  tinggal di bandar adalah amat tinggi , mendesak suami dan isteri untuk bekerja. Maka urusan dalam rumah termasuk penjagaan anak terpaksa diupah untuk diurus oleh pembantu rumah yang rata-rata dibawa masuk dari Indonesia, Filipina, Myamar, India  dan  negara jiran yang lain.

Khidmat pembantu rumah buat masa sekarang ini, bukan lagi melambangkan kemewahan hidup sesuatu keluarga itu sebagaimana zaman dahulu di mana keluarga bangsawan atau orang kaya-kaya mempunyai pembantu rumah menguruskan rumah dan kehidupan keluarga mereka. Kini khidmat itu adalah satu keperluaan, walaupun kocek satu-satu keluarga itu agak  kecil atau sempit , sepertimana juga mereka  terpaksa memiliki kenderaan untuk bergerak ke sana ke sini , yang menjelaskan bahawa memiliki kereta bukan lagi menandakan satu kemewahan. Begitu juga dengan pembantu rumah sangat diperlukan dalam penghidupan sesebuah keluarga di Malaysia terutamanya di kota-kota  atau di bandar.

 Memandangkan sektor pekerjaan pembantu rumah tidak menarik minat wanita tempatan maka khidmat pembantu rumah yang kebanyakan dari Indonesia terpaksa digunakan. Kesempatan ini digunakan oleh Agensi Pembantu Rumah untuk mengenakan bayaran sehingga RM7,000 untuk mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah.

Apa yang ingin saya kemukakan di sini ialah peraturan kerajaan sendiri yang seolah-olah tidak menggalakkan rakyat kita yang berada hampir dengan paras kemiskinan tetapi amat memerlukan banatuan  khidmat pembantu rumah, sedangkan golongan inilah yang ramai wujud dalam masyarakat kita hari ini .

Mengapakah tidak ada sokongan dan inisiatif kerajaan untuk meringankan bebanan kumpulan ini? Faktor mampu atau tidak mampu, tidak lagi releven kalau ingin dikaitkan khidmat pembantu rumah dalam keluarga. Jangan kita menafikan bahawa ekonomi negara turut dirancakkan oleh peranaan golongan rakyat dalam kategori ini , yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil mereka di rumah, untuk keluar pagi balik petang demi membiayai keperluan dan tanggungan yang dipikul. Bila mengambil  pembantu rumah asing , mereka hadapi pula masaalah dengan Fomema diperingkat awal dan lebih rumit lagi bila membaharui permit kerja pembantu rumah itu setiap kali. 

Sebenarnya , dalam pada pihak kerajaan mengawalselia kebanjiran kemasukan pembantu rumah dari luar negara dengan  menggunakan peraturan yang ketat, terdapat pihak tertentu yang berjaya mengambil kesempatan mempengaruhi pihak pucuk pimpinan negara untuk  menggunakan khidmat syarikatnya dengan meletakkan satu terma yang mewajibkan setiap orang yang mengambil pembantu rumah membayarnya, dan syarikat tersebut   mengaut keuntungan yang amat lumayan !

Pihak kerajaan yang mahu memastikan pembantu rumah masuk ke negara ini bebas dari penyakit-penyakit berbahaya , sebuah syarikat swasta  telah dilantik menjadi agensi kepada Jabatan Imigresyen bagi memeriksa tahap kesihatan pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini yang dipanggil FOMEMA.

Dengan adanya Fomema ini, sebelum pihak Imigeresen mengeluarkan visa kerja kepada pembantu rumah, maka majikan dikehendaki malah diwajibkan membayar khidmat Fomema RM190.00 untuk melakukan pemeriksaan kesihatan untuk pembantu rumah mereka di panel-panel klinik yang dilantik oleh Fomema sendiri.

Pengalaman saya sendiri, serta pemerhatian yang saya lakukan, terdapat bukti yang nyata bahawa panel klinik yang dilantik oleh Fomema tidak professional dan tidak telus serta bersikap ‘Sambil Lewa’ dalam menjalankan tugas mereka. Saya ingin mengemukakan pengalaman peribadi kami sendiri sebagai fakta dan bukti apa yang saya perkatakan ini.

Ketika berurusan membaharui setahun lagi khidmat pembantu rumah kami, maka saya dimestikan membayar kepada Fomema sebanyak RM190.00 untuk mendapatkan khidmat dua kilinik di Seri Gombak, satu untuk pemeriksaan kesihatan pembantu rumah itu dan satu lagi untuk X-ray pembantu tersebut,  Saya mula menghantar pembantu rumah saya ke dua-dua klinik itu pada 17hb. November 2008 dan 18hb. November 2008. Saya mempunyai masa hampir tiga minggu untuk mendapat pengesahan tahap kesihatan pembantu rumah saya dari Fomema. Tarikh akhir pembantu rumah saya dibenarkan berada di negara ini ialah pada 7 Disember 2008. Maka saya sepatutnya mempunyai cukup masa untuk membaharui visa kerja beliau itu.

Pihak wakil Fomema di tempat melakukan proses tersebut berjanji akan menghubungi kami bila saja ia selesai diproses, dengan menjanjikan paling lewatpun urusan kami dengan Fomema itu selesai pada 1 Disember lalu. Bagaimanapun kami hanya menanti dan terus menanti….. Saya mengambil keputusan untuk menalipon pihak Fomema pada 3hb. Disember 2008 dan yang mengejutkan saya Fomema memaklumkan kepada saya bahawa X-ray pembantu rumah saya itu terpaksa dibuat sekali lagi. Ini kononnya kerana masa melakukan  X-ray itu pembantu rumah saya tidak menarik nafas, oleh itu pemeriksaan X-raynya tidak lulus dan perlu diulang X-ray semula..

Soalnya, mengapa tidak diberitahu lebih awal supaya boleh kami membuat ulangan X-ray itu lebih awal , sebelum tempoh pembantu rumah kami itu habis tempoh berkerja ! ertinya kalau saya tidak bertanya , dengan cukup hanya menunggu jawapan seperti yang dijanjikan , saya tak boleh bayangkan berapa banyak denda yang terpaksa saya bayar kepada pihak Imigresen kerana pembantu berada di rumah kami tanpa penyambungan permit kerja. Kerana jika gagal dalam X-ray seseorang pembantu rumah tidak boleh dibaharui permit kerja mereka !

Bila saya bertanya kakitangan Fomema berkenaan di mana silapnya , beliau mengakui bahawa kesilapan berlaku di pihak petugas yang melakukan X-ray itu sepatutnya petugas berkenaan meminta pembantu rumah kami itu menarik nafas serta menahan nafas pada saat X-ray itu dirakamkan. Kalau tahu petugas itu buat silap  mengapa mereka tidak menghubungi kami sedangkan nombor telefon saya ada diatas dokumen tersebut. 

Saya begitu marah dan sangat kecewa dengan  sikap lepas tangan mereka ini. (Sebagai makluman pembaca, saya tidak pernah menggunakan nama Datuk dalam urusan di mana-mana kaunter dan sebagainya, kerana tidak mahu dikata orang sebagai membesar diri untuk mendapat layanan bertaraf VIP, saya mahu dilayan seperti orangramai rakyat biasa).  Dengan protes didalam hati saya terpaksa sekali lagi ke panel klinik itu untuk membuat X-ray pembantu saya. (saya tidak mahu beritahu disini apa yang pihak klinik berkenaan minta dari pembantu rumah saya selepas selesai buat X-ray kali kedua ini)

Pegawai yang melakukan X-ray itu menarik muka masam tanpa meminta maaf pun apabila saya menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan sikap lepas tangan mereka itu. Berat sangatkah dagu dan lidah petugas itu sekadar untuk membuka mulut dan berkata “maaf”  ?  mana dia kempen ‘Budi Bahasa Amalan Kita’ ? adakah di zon Fomema kempen budibahasa dan mesra pelanggan tidak diamalkan?

Sampai peringkat ini, kerana mereka yang menjadi punca kelambatan tersebut, pihak Fomema menyuruh saya meminta pegawai klinik itu membuat pengesahan ‘on line’ supaya Fomema boleh mengeluarkan pengesahan kesihatan ‘on line’ kepada Imigresen.

Saya mengikut arahan itu dengan senang hati, untuk pergi sekali lagi bertemu dengan pihak Klinik Panel Fomema tersebut. Malangnya saya diberitahu mereka tidak boleh berbuat demikian kerana mereka mesti menghantar X-ray itu ke makmal untuk dianalisa terlebih dahulu.

Masa itu sudah 4hb. Disember 2008 dan sekiranya makmal berkenaan boleh menghantar analisa itu pada hari yang sama maka Fomema akan berusaha untuk ‘on line’ dengan Imigresen pada 5hb. Disember 2008 hari Jumaat selepas jam 2 petang. Saya hanya ada tarikh itu sahaja kerana  6hb dan 7hb. Disember 2008 adalah hari Sabtu dan Ahad, dimana semua kaunter urusan ditutup.

Apa yang mendukacitakan lagi ialah, pada jam 2.45 petang 5hb. Disember 2008 saya menghubungi Fomema untuk mendapat keputusan X-ray, tetapi bukan sahaja diberitahu  keputusan dari makmal belum diperolehi lagi, malah satu bom baru pula meletup ! Fomema memberitahu pula  keputusan pemeriksaan air kencing pembantu rumah kami tidak memuaskan dan mesti dibuat sekali lagi . Saya diminta menghubungi doktor dari klinik yang membuat ujian air kencing itu,untuk membuat temujanji sekali lagi.

Mengapa dalam masa tiga minggu selepas buat ujian itu mereka tidak menghubungi kami bagi mengulangi ujian air kencing sekali lagi, mengapa tunggu disaat –saat genting di mana kami kehabisan masa?

Kerana saya dihambat masa, maka saya minta agar pemeriksaan air kencing itu dilakukan pada hari itu juga ( 5 Disember 2008) tetapi dimaklumkan kliniknya ditutup kerana sambutan Hariraya Aidiladha dan hanya dibuka semula pada 9hb. Disember 2008 (Selasa) . Maka sekali lagi saya terpaksa menghantar pembantu rumah ke klinik pada hari Selasa dan dikenakan bayaran tambahan pula.

Dalam pada mengalami mimpi ngeri dan menuruti segala kerenah Fomema ini, saya sudah melewati lapan hari darti tempoh yang diberikan oleh pihak Imigresen. Kelewatan selama lapan hari ini fikir saya akan dimaafkan oleh pihak Imigresen, kerana ia berpunca dari agensi mereka sendiri iaitu Fomema yang melambat-lambatkan segala proses.  Pada pagi 15hb. Disember 2008 saya pergi Imigresen Shah Alam dengan harapan dapat menyelesaikan segala hal yang tersangkut itu.

Di Imigresen Shah Alam saya didenda RM100 kerana pembantu rumah tinggal lebih masa. Mereka tidak dapat menerima alasan kelambatan itu berpunca dari Fomema. Denda tetap denda saya yang kena bayar, bukan Fomema kerana lebih masa itu. Saya bayar denda itu dengan tenang. Selepas membayar denda itu saya minta petugas Imigresen itu untuk terus baharui visa kerja pembantu rumah saya itu, Seorang yang duduk di sebelah saya semasa menunggu giliran di depan kaunter pekerja asing itu berkata kepada saya dengan suara yang agak tinggi “Mengapa kita bayar denda kesalahan yang dibuat Fomema??? ”.

Seorang pegawai wanita Imigresen itu memberitau saya  pihak Imigresen tidak boleh mengeluarkan permit yang saya mohon itu, walaupun setelah denda dibayar,  kerana Fomema belum lagi ‘on line’ mengenai rekod pemeriksaan X-ray dan Air Kencing pembantu rumah saya itu. Di hadapan pegawai Imigresen yang berkenaan itu juga saya menalifon sendiri Fomema untuk bertanyakan hal itu dan pihak Fomema memberitau sudah ada rekod pengesahan di hantar kepada Imigresen Putrajaya dan saya meemberikan talifon saya kepada pegawai Imigresen berkenaan untuk pengesahan dari Fomema itu. Tetapi pegawai Imigresen itu berkata hakikatnya maklumat’on line’ berkenaan belum diterima oleh Imigresen Shah Alam. Tempat yang saya membuat urusan itu .

Pegawai Imigresen itu mencadangkan kepada saya untuk kembali ke pejabat saya dulu dan beliau akan menghubungi saya samada petang hari yang sama itu atau pagi esok. Saya tidak salahkan pegawai Imigresen itu, tetapi sitem yang bercelaru itu membuatkan saya begitu terkilan  dengan keadaan ini. Satu Agensi Kerajaan dan satu lagi pihak yang diberi hak eksklusif untuk mengendalikan pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Yang menjadi mangsa adalah RAKYAT.

Petang itu kira-kira  jam 3.45 pegawai wanita Imigresen berkenaan menalifon saya memaklumkan semua dokumen selesai dan minta saya datang mengambil paspot yang mengandungi kelulusan visa kerja atau dipanggil permit kerja.

Sepanjang  hari tersebut saya hanya memikirkan mimpi ngeri dengan Fomema itu. Saya betul-betul marah dan betul-betul kesal dengan situasi yang saya dan isteri saya alami . Isteri saya yang dikenali sebagai orang yang sangat penyabar, menjadi tidak keruan dengan keadaan itu, kerana dia berada bersama saya semasa menguruskan hal tersebut . Saya masih mampu bersabar, tetapi timbul perasaan jengkel  dengan pihak yang selama ini mendabik dada menjalankan kerja dengan cekap dan profesional. Saya terfikir kumpulan ‘PELAWAK’ manakah yang bertuah mendapat hak daripada pihak kerajaan untuk mengendalikan urusan yang boleh mengaut keuntungan wang yang berpikul-pikul ini.

Terbayang di kepala saya Kumpulan Pelawak ini setiap hari meraikan sesama mereka dengan gelak ketawa penuh ‘sadis’, sambil berkata , “padan muka para majikan yang memerlukan pembantu rumah itu, mereka terpaksa akur dengan segala peraturan kita, dan kita bikin banyak wang!”  .

Isteri saya berbisik kepada saya semasa dalam perjalanan balik dari Imigresen Shah Alam itu, “ bodohnya kerajaan kita ye bang, part yang menguntungkan itu diswastakan , padahal Imigresen boleh kendalikan serentak dengan mudah” saya mengangguk.

Pegawai Imigresen yang membantu saya itu, barangkali ingin menenangkan saya dengan  berkata “ Pagi ini pun ada orang yang sangat marah dengan Fomema, macam-macamlah  kerenah Fomema ini..ramai orang marahlah....”

Saya akaui benar apa yang disebut itu. Saya dan isteri sempat bertanya orang-orang yang di kiri kanan kami di bahagian tempat duduk depan kaunter Pekerja Asing itu, yang meluahkan kesulitan mereka dengan berkata ‘lecehlah berurusan dengan Fomema ini’ dan pelbagai dakwaan yang negatif lagi.
 
Saya ingin mencadangkan , agar pihak kerajaan mengkaji semula nilai kerja Fomema ini agar mereka tidak digelar Kumpulan Pelawak yang rapat dengan pihak atasan , berjaya mengambil kesempatan mengaut yang lumayan dengan nilai kerja yang sepatutnya dikendalikan oleh satu atau dua kaunter di pejabat Imigresen.

Malah adalah lebih baik lagi jika pihak kerajaan menilai semula keperluan Fomema ini kepada Imigresen. Yasng saya nampak Fomema langsung tidak membantu pihak Imigresen untuk mempercepatkan setiap permohonan menyambung permit kerja pekerja asing, tertapi sebaliknya menyekat kelancaran pihak Imigresen dari menyelesaikan kerja mereka , kerana menantikan satu lagi kelulusan pihak swasta memberikan ulasan . 
       
Inilah yang dikatakan oleh pepatah Orang Kelanatan ‘Ambil ketuat letak di dubur’ dengan meletakkan ketuat itu di dubur, sudah pasti amat menyusahkan kita bila hendak buang air besar !

Apa yang saya ingin nyatakan di sini, kalau saya sendiri tidak uruskan semua perkara ini maka saya sendiri tidak tahu betapa susahnya berurusan dengan agensi-agensi di bawah urusan pengambilan pembantu rumah dari luar negara ini!!!  Terlintas di fikiran saya barangkali inilah juga antara faktor yang menyebabkan orang ramai menyampah terrhadap kerajaan umumnya dan ditunjukkan melalui PRU 12 baru-baru ini.

Akhir kata, janganlah disebabkan ‘Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga’ pihak Imigresen kita selama ini menjalankan kerja dengan baik, tetapi dengan adanya Fomema ini (dengan nilai kerja yang tak terkawal itu) orangramai merangkumkan agensi pembuat wang itu (Fomema) sebahagian dari jabatan kerajaan yang ada dalam sistem Imigresen. Inilah yang kena dikaji semula dan dicari jalan mengatasinya segera !.

Trackback(0)
Komen (16)Add Comment
...
Dikomen oleh Siti Payong, December 26, 2008

Tak ada ke pihak yg boleh ambik tindakan keatas Fomema ni? Atau batalkan saje kontrak syarikat ni? Sampai bila keadaan akan berterusan spt ini?
report abuse
vote down
vote up
Undian: +3
...
Dikomen oleh Harithkdsi, February 10, 2009
Alamak....saya ni agak ketinggalan dan baru hari ini berkesempatan membaca artikel ini. itu pun sebab tengah research pasal fomema. (Maklumla baru ambil pembantu rumah awal thn ni dan pengalaman pertama ni pulak dapat agen yg penipu n hampeh, bayar dekat 6 ribu tapi urusan fomema pun majikan kena urus sendiri)
Harap2 nanti saya xde la tempuh pengalaman seperti yg saudara alami..rasa risau la pulak. Dah la rasa tertipu dengan agen pembantu rumah masih meluap2...nanti kalau kena bayar denda atau lain2 yg disebabkan oleh fomema, lagi la haru....dah la kerja gaji tu xde la banyak mana, cukup2 makan jer..patutnya kerajaan sedar tentang hal ini. Terima kasih kepada saudara yang sudi meluahkan masalah yg mungkin sebahagian besar majikan alami.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Syawall, June 04, 2009
Mula sahaja era penswastaan semua ajensi atau apa sahaja yang menguntungkan pasti akan diswastakan. TNB, Telekom, Lebuhraya, Air, pendek kata apa sahaja yang UNTUNG akan di PAKSA SWASTA kan. Tapi yang rugi rugi semua kerajaan yang akan tanggung...Cerdik kan orang melayu bisnes. Nasib baik angin tak boleh nak di swastakan...kalau tak nak bernafas pun kena bayar ...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh diera, September 02, 2009
yup!!!!! saya sbgai agensi juge byk kali tersepit dgn tindah tanduk yg d lakukan oleh...
tak tau nak salahkan siapa..samaada panel klinik atau pihak fomema...hampeh toi!!!1
d sbbkan mereka sy punyer kerja bertambah byk n pending...
nak kaut untung sahaja agk nyer..
tp tak pe...kite pun tak tau nak salahkan siapa..sebelum diri sendiri jd mangsa baik "FOLLOW UP" 2 bulan sebelum expired n kejar klinik,doktor,panel x-ray,fomema n segala2 nyer patut di kejar...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh ummu, September 15, 2009
salam.
pengalaman saya sekarang ni,,dah masuk maid ke 6
maid ada darah tinggi dan memang ada ambik ubat darah tinggi
sejak di kampung
masalahnya fomema kata dia ok
tapi sejak datang rumah kami seminggu lepas
pembantu asyik terbaring je sebab bila check doktor
hypertension dia naik saangat
sekarang ni majikan pula yg jaga maid..
agen beritahu,fomema kata xde masalah wpun dia ada hypertension.
so..kpd siap saya nak mengadu lagi selian dari Allah
janji manusia yg tak ditepati Allah akan balas
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh ahmad, October 07, 2009
salam,

saya terlibat dalam ujian makmal untuk fomema di makmal kesihatan swasta. setiap result yang dikeluarkan telah disahkan oleh pegwai kami..kalau result direject, slalu nye pihak makmal akan menghubungi klinik dgn kadar segera..

kemungkinan dalam kes ini, klin panel tersebut tidak menjalankan tugas dgn berkesan
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh norizan, November 01, 2009
salam,

saya baru baca artikel ni. sebenarnya saya nak semak cara memperbaharui permit utk pembantu saya yang akan tamat hujung tahun ni. Pengalaman saya 4 tahun lepas, kejadian di makmal x-ray dimana tahun pertama pembantu rumah saya diarah melakukan 2 kali x-ray kerana kurang jelas paru2nya, saya dikena bayar tambahan 30 ringgit walaupun 2 kesilapan mereka. Pembantu makmal 2 tak beripun penerangan yang jelas pada saya. Dua minggu selepas tu, diberitahu keputusan x-ray n check-up ok. Bila nak renew tahun berikutnya, biasala kena buat x-ray n check-up n keluar duit lagi. u nak tahu result belum keluar doktor call n beritahu pembantu rumah saya ada penyakit tibi n saya diarah menghantar pulang pembantu rumah secepat mungkin. Geram saya dibuatnya.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh zack, November 18, 2009
Apa nak dikata........kalau org main politik dlm perniagaan....alah mcm kes baru ni la nak renew road tax keta kereta tua kena check PUSPAKOM.....sapa kat belakang Puspakom tu.....ini lah cara cari duit drp penguatkuasaan agensi kerajaan, dgn menggunakan agensi swasta utk melaksanakan sesuatu prosedur sebelum dapat kelulusan agensi kerajaan tersebut........ITULAH CARA KERAJAAN SKRG NAK MERANCAKKAN EKONOMI RAKYAT........RAKYAT DIDAHULUKAN(Apabila kerajaan pikir mana nak cari duit.....?Duit rakyat dia nampak dulu......)PENCAPAIAN DIUTAMAKAN(........Pencapaian sapa yg diutamakan tu....?Rakyat jelata ka?@ Kroni ka........?)

Ada Mata Tengok sikit......Ada Telinga dengar2x sikit......Ada plilihanraya Pilih berdasarkan ...Apakah Harapan Kita......sooo Luuuuuu Pikirrrrrrrrr la

wassalam
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh zack, November 18, 2009
Saya pulak kena semasa pemeriksaan kesihatan pembantu rumah mula dtg. Dah la tempoh sebulan je.....seminggu je saya check web site fomema, tak de result lg.....call klinik ....klinik kata x-ray tak dapat lg....call x-ray pulak....mereka terkial2x cari fail maid saya.....x jumpa puas call berkali2x x jumpa x-ray failnya......Call lagi kata x-ray fail x boleh hantaq sbb ada masalah dgn talian internet........tah le mcm mana Fomema kawal dia punya panel. Klinik yg bagus awal2x lagi kuota dah habis......so mansuh ajelah sistem kota klinik panel fomema ni.....supaya mereka boleh bersaing secara sihat...........x de pesakit pergi klinik tu so perbaikkilah diri......Satu lagi masalah pejabat fomema, tak boleh ke daftar utk pemeriksaan secara online untuk renew permit pekerja......? Skrg org dah online..........so fikir2xkanlah jgn nak ke untung je......ttp x ada peningkatan perkhidmatan.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh SHIKINAMIR, February 02, 2010
saya pun dh nak ngamuk kt klinik sebab fomema tak wat
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh SHIKINAMIR, February 02, 2010
dahlah klinik mcm tak tau wat keja
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Majikan malang, February 19, 2010
Assalamualaikum...

sy nye kes lg teruk. Maid yg pertama result check up dr Indo lepas tp bl dtg M'sia which is after check up by Fomema panel clinic....its failed....sakit tibi. dapat check out memo pun lambat.....sy kena byr denda kat Imigresen RM250....Bila bg tau kat agent takpe guna je ...after 1 yr you hantar la naik tongkang. Senang je dia org ckp.

Geram betul....
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Majikan malang, February 19, 2010
Kenapa majikan je asyik di persalahkan......di mana hak kita sebagai majikan. Bila ada majikan dianiaya agent atau maid buat hal..takde sapa nak mempertahankan kita. Dah la kita gak yg kena bayar denda bila maid lari...tak adil kan smilies/angry.gif

Sorry ye En Yazid coz gunakan site anda untuk melepaskan geram
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh laila, February 27, 2010
salam...
saya pun mengalami masalah yang sama.check up di endon ok.datang sini check lagi pun ok. tapi bila nak perbaharui permit dia kata x ray ada masalah.macam ada luka lama di dada.sekarang saya buat rayuan.buat x ray semula ..bayar lagi .itu pun atas saranan jiran yang juga doktor..harapkan doktor panel yang saya hantar jangan haraplah..macam bodoh je..kesian maid saya .dia menangis bila diberitahu.dia bagus dalam segala hal...tapi fomema ni membuatkan saya sangat sakit hati yang teramat sangat.benda kecil dibesar-besarkan.
report abuse
vote down
vote up
Undian: +1
...
Dikomen oleh mohdrizal, March 06, 2010
smilies/angry.gif.yam memg benar lah yang berlaku pada si penulis di atas, sya akui jika ada company proksi yang menjalankan tugas nie mmg payah. tambah lak dengan klinik yg smdol tu lagilah merumitkan proses yang penulis hadapi.sy betul2 merasa simpati.saya mmg dah muak dgn cerita2 sebegini.saya mmg selalu berurusan dgn counter sedemikian.anak beranak sama je.lu pikir lah sendiri, betul cakap nabil tu.jgn dengar cakap org, dah terkena dgn lubang hidung sendiri baru padan muka.ini la di birokrasi yang berlaku macam cendawan tumbuh.saya berharap pemerintah kita mesti pandang semua nie. cuba dengar rintihan dari bawah baru sampailah ke atas, jgn dari atas ke bawah, habis nanti.itulah yang berlaku dari pengajaran kisah titanic.dok sendiri ingatlah kapal tu terbelah dua.ambillah pengajaran dari perkara yang berlaku.jgn ulangi.saya cintakan malaysia, bangsa dan tanah air.bangsa maju barulah negara maju.jgn susah kan hidup org yang iklas membuat urusan.beri jalan jika tidak sure.belajar bersabar jika mahu hati lembut dan murni
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh naim , March 26, 2010
FOMEMA telah banyak berubah dan kini boleh dikatakan agak efisyen dalam tugasannya. Panelnya juga telah bertambah, malah ada banyak pilihan yg kita boleh buat. Khidmat FOMEMA perlu bagi memastikan keluarga kita selamat daripada penyakit berbahaya. Saya telah ada 6 pembantu rumah dalam masa 12 tahun, pernah juga ada yg tidak lepas saringan FOMEMA. Saya bersyukur FOMEMA dapat membantu saya mengenalpasti mereka yang tidak sesuai menjadi pembantu rumah. RM190 bukanlah jumlah yang banyak jika kita mengambil kira kebaikan yang diberi oleh FOMEMA. Sesekali carilah kebaikan dari sesuatu perkara, jangan hanya mencari keburukannya sahaja. Barulah kita bergerak sebagai insan yang positif !
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack