A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 20 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini73
mod_vvisit_counterBulan Ini7649
mod_vvisit_counterJumlah547314
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow DAP HALANG KEBEBASAN MENULIS & BERSUARA
DAP HALANG KEBEBASAN MENULIS & BERSUARA PDF Cetak Emel
teresa_kok.jpg
       TERESA KOK

Wakil Rakyat Parlimen dari DAP bagi kawasan Seputeh, Teresa Kok 12 Disember lalu ,  memfailkan saman fitnah RM30 juta terhadap penulis, Datuk Chamil Wariya dan Utusan Melayu (M) Berhad kerana menerbitkan Cerita Pendek (cerpen) Politik Baru YBJ yang didakwa mempunyai kaitan dengan dirinya.

Teresa Kok 44, adalah antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Kerajaan BN, berpendapat cerpen tersebut yang diterbitkan dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober lalu dengan terang  merujuk kepada batang tubuh beliau dan bukan satu kebetulan yang tidak disengajakan. Bagi Teresa Kok, keseluruhan jalan cerita cerpen yang ditulis oleh Chamil itu semacam  menceritakan tentang peribadi beliau dengan jelas dan    nyata, yang tidak mungkin ia satu kebetulan sahaja.

chamil_wariya.jpg
    CHAMIL WARIYA

Chamil Wariya adalah bekas wartawan Kumpulan Utusan yang berpindah ke Tv3 dan kini bertugas di Institut Akhbar Malaysia .

Firma Guaman Tetuan S. N. Nair & Partners mewakili Teresa Kok memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada hari Sabtu 12 Disember lalu. Teresa, selaku plaintif menamakan Chamil sebagai  defendan pertama dan Utusan Melayu (M) Bhd. sebagai defendan kedua. Isi tuntutannya pemimpin DAP itu menyatakan , tulisan Chamil itu adalah perbuatan memfitnah beliau dengan sengaja menonjolkan beliau sebagai  seorang yang mengamalkan sikap  perkauman serta menggambarkan beliau adalah seorang ahli politik yang jahat.

Selain daripada itu Teresa Kok berpendapat Cerita Pendek  itu juga didakwa diterbitkan dengan mempunyai niat memperkecilkan beliau secara peribadi dan secara rasmi  sebagai Ahli Parlimen Malaysia dan juga sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri , serta anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor. Teresa berpendapat , kedua-dua defendan itu mempunyai niat jahat untuk menghasut serta menimbulkan kebencian umum terhadap beliau .

Katanya , cerpen Chamil itu telah diterbitkan semula dan disebarkan secara meluas dalam Malaysia serta seluruh dunia menerusi Internet pihak defendan. Oleh itu katanya  kesan daripada penyiaran semula Cerita Pendek tersebut , reputasi beliau sebagai penjawat awam yang teruk dan menjadi menjadi skandal umum yang dibenci oleh masyarakat.  Katanya, peguamnya telah mengemukakan surat tuntutan bertarikh 15 September , untuk menuntut defendan menarik balik cerpen berkenaan serta  meminta maaf dan membayar ganti rugi , tetapi pihak Chamil dan Utusan tidak memperdulikan.

Atas sebab-sebab itu,  beliau menuntut ganti rugi pampasan sebanyak  RM30 juta, merangkumi semua keterjejasannya dan kos berkaitan. Teresa juga memohon  perintah injunksi menghalang pihak defendan sama ada melalui diri mereka sendiri, ejen atau pekerja mereka daripada mengungkap, bercakap atau menerbitkan cerpen tersebut.

Melihatkan fakta kes dan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Teresa , adalah jelas dan nyata sekali  bahawa pihak Parti DAP yang selama ini memukul canang kepada keseluruh rakyat d inegara ini kononnya DAP menghormati Kebebasan Akhbar dan Hak Bersuara yang menandakan DAP begitu demokratik sekali.,
Tetapi ternyata percakapan dan amalan adalah dua perkara yang berbeza bagi DAP. Saya perhatikan para pemimpin DAP walau siapa pun juga orangnya , memang handal berpidato dan seolah-olah kelihatan macam DAP lah yang menjadi juara kebebasan akhbar, kebebasan bersuara serta menyatakan pendapat , terutamanya dalam forum-forum politik , forum ehwal semasa anjuran pelbagai pihak ,samada badan pelajar, wartawan, NGO dan berbagai lagi.

Itu DAP belum lagi berkuasa diperingkat Persekutuan, sekadar beberapa negeri sahaja, mereka sudah tunjuk belang yang sebenarnya. Saya tak boleh bayangkan bagaimana sekiranya mereka menjadi pemerintah di peringkat Persekutuan, tentulah semua wartawan dan media ditutup mulut jangan bersuara , kerana mereka cukup sensitif dengan pelbagai sindiran dan kritikan, yang mungkin hampir sama dengan sikap pemerintah sebuah negara jiran yang menjadi idola kepada para pemimpin DAP.

Rakyat Malaysia seharusnya boleh buat iktibar yang baik terhadap sikap DAP ini.  Tersingkap jelas sikap sebenar DAP terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar yang didokong mereka selama ini;  dimana mereka mendokong dengan kuat sekali kebebasan seseorang untuk bersuara menentang Kerajaan BN sahaja, dan begitu juga mereka  mendokong dengan kuat untuk mana-mana wartawan dan penulis yang hendak mengkritik Kerajaan BN sahaja;  tetapi mereka sekali-kalai tidak  boleh menerima apabila ada orang bersuara atau menulis perkara yang mereka tidak suka dengar dan yang mereka tidak suka baca .

Kebebasan apakah namanya ini Lim ? ?? !!! . 
 
 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack