A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 15 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini457
mod_vvisit_counterBulan Ini2797
mod_vvisit_counterJumlah198277
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow UTUSAN TIDAK CUKUP SEKADAR MENANG ANUGERAH WARTAWAN SAHAJA
UTUSAN TIDAK CUKUP SEKADAR MENANG ANUGERAH WARTAWAN SAHAJA PDF Cetak Emel

Tahniah kepada teman-teman wartawan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu  yang

wartawan_um.jpg 

Wartawan Utusan bersama Shahrir malam tadi

kerap memenangi pelbagai hadian yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, seperti  Kememterian –kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta  swasta dan badan-badan sukarela dan sebagainya, dan yang terakhirnya malam tadi 12 Disember 2008, dimana Kumpulan Utusan membolot kemenangan hadian kewartawanan pelbagai kategori kepenggunaan anjuran  Dato'Shahrir Samad Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Dalam Negeri; yang mana ini semua adalah bukti kehebatan wartawan di Kumpulah Utusan ini !

Saya telah mengucapkan tahniah kepada Sdr Aziz Ishak Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan yang baru ini atas perlantikannya itu serta atas kemenangan pasukan Utusan malam tadi.  

                                                                                                                                                  

Sebagai orang yang pernah bertugas dengan kumpulan ini selama 29 tahun, dan  bersara awal pada Mei 2004, (tetapi masih lagi menjadi salah seorang pemegang  saham syarikat ini sampai ke hari ini) begitu terkilan dengan syarikat akhbar Utusan ini, kerana apabila kecemerlangan dan kehebatan Kumpulan Utusan Melayu hanya diletakkan pada Jabatan Pengarangnya sahaja, dari dulu hingga kini.

Pemberita, Penyunting, Pengarang, Jurugambar, Artis Ilustrasi  dan semua kakitangan yang terlibat dalam Jabatan Pengarang sahaja ditekan untuk  menjaga  kepentingan pelanggan , jangan sampai pelanggan marah kerana ada kesilapan kerana boleh merugikan perniagaan syarikat.  Para wartawan dibebankan untuk melonjak nama dan keuntungan syarikat.
Lebih malang lagi apabila pengedaran akhbar dan majalah merosot maka pihak pengurusan Kumpulan Utusan Melayu mula menunding jari kepada Jabatan Pengarang. Berita tidak sensasilah, selalu kena skoplah, tidak ada kesungguhan kerja di kalangan wartawanlah dan banyak lagilah kelemahan yang tidak sepatutnya dilogokan kepada Jabatan Pengarang.
Jabatan Pengarang bukan jabatan yang mesti membawa keuntungan untuk syarikat. Tugas wartawan adalah mencari berita dan memenuhi tanggungjawab sosial kepada pembaca. Selagi pembaca mahu membaca akhbar dan majalah keluaran Kumpulan Utusan Melayu, selagi itulah wartawan dan jurugambar dan seluruh Jabatan Pengarang berusaha untuk memenuhinya.
Pengedaran akhbar dan majalah yang tinggi tidak seharusnya menjadi tanggungjawab Jabatan Pengarang.   Mereka bukan berniaga atas profesyen mereka. Wartawan mempunyai etika yang perlu dipatuhi. Untung melonjak edara akhbar dan majalah memang mudah. Siarkan cerita-cerita sensasi, cerita-cerita khayalan hantu dan gambar-gambar seksi…larislah di pasaran. Tapi itu sudah dikatakan `melacurkan’ profesyen wartawan itu sendiri.
Pernah anda baca cerita –cerita seorang ibu melacurkan anak gadisnya sendiri  demi mendapatkan wang dan kekayaan? Ya demi wang dan hanya jalan yang mudah dicari tanpa berusaha sendiri mendapatkannya !
Selepas merdeka semua pihak memuji akhbar Utusan Melayu (bertulisan Jawi) kerana peranannya meniupkan semangat kebangsaan dan kemerdekaan serta berjaya menyatupadukan para pejuang dan orang-orang Melayu seluruhnya  dan sampai masanya akhbar  Utusan Melayu ini memikul tanggungjawab baru pula iaitu ‘Mengisi Kemerdekaan’ pula. Segala kepentingan bangsa, agama dan negara dimainkan dengan hebatnya oleh akhbar ini.
Sayang seribu kali sayang ,pada 2003 pihak pengurusan Syarikat Kumpulan Akhbar  Utusan Melayu ini membuat keputusan menutup akhbar Utusan Melayu jawi ini dengan dengan kerjasama beberapa kerat pegawai tinggi di Jabatan Pengarang yang  anti Tulisan Jawi dengan menggunakan alasan akhbar jawi ini tidak menguntungkan syarikat dan Utusan Malaysia ( bertulisan Rumi ) terpaksa menampung kerugiannya .
Kenyataan ini sebenarnya adalah karut dan tak masuk akal yang waras. Ini samalah dengan kita membawa ibubapa kita tinggal bersama dan kitalah yang menyediakan makan minum  serta keperluan dan kebajikan mereka , dan adalah karut sekiranya ada diantara anggota keluarga meminta kita keluarkan ibubapa kita kerana merugikan kita menanggung mereka, sedangkan mereka tidak membuat sebarang kerja yang mendatangkan pendapatan kepada keluarga kita !.
Apakah jasa ibubapa kita berkorban jiwa dan raga melahirkan kita ke dunia ini serta membesar dan memberikan  pelajaran serta menjadikan kita sampai ketahap ini, wajarkah kita  mengatakan, kerana mereka tidak memberikan pendapatan kepada keluarga sekarang, maka mereka perlu kita keluarkan dari rumah kita  ???  Utusan Melayu bertulisan jawi inilah yang telah berjasa kepada bangsa dan negara Malaysia ini dari sebelum dan selepas merdeka , perlukah kita ungkapkan , “kerana ia tidak menguntungkan, kena tutup” ? Kalau kita  dibuang kerja dan tidak punya pendapatan lagi, perlukah anak dan isteri kita  keluarkan kita  dari rumah, bagaimana jasa kita selama ini kepada mereka ? Fikirkanlah, ini persoalan penting yang saya cuba kemukakan.
Perkara ini saya timbulkan semata-mata hendak menjelaskan bahawa pihak pengurusan Syarikat Kumpulah Akhbar Utusan Malaya  ini kelihatan begitu daif dan lemah untuk mencari keuntungan dalam bidang perniagaan , padahal lawannya Kumpulan NST dan lain-lain kumpulan media, begitu cepat memajukan bidang perniagaan masing-masing dalam pelbagai bidang pula.
Selayaknya, Kumpulan Utusan adalah menjadi kumpulan media pertama dan menjadi syarikat perniagaan pertama di negara ini menjadi kaya raya serta membina pencakar langit ratusan tingkat yang pertama di negara ini, kerana kemasyhurannya, dan sudah tentu tidak ada sebarang individu dan organisasi kerajaan yang akan mampu menolak sebarang cadangan dari Kumpulan Utusan ini yang hendak membina rangkaian perniagaannya . Tetapi Utusan tak punya pentadbir yang cekap untuk merebut peluang sedemikian.
Malangnya Kumpulan Utusan ini sejak dari awal hingga kini ibarat nyawa-nyawa ikan sahaja,  bak kata pepetah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ia mempunyai tenaga pengurusan yang tidak pernah pro aktif yang mampu menjana pendapatan perniagaan yang lumayan sesuai dengan namanya yang amat gah dan besar itu . Alih-alih kepada para wartawanlah yang mereka sandarkan hidup mati perniagaan mereka.
Sebenarnya, ada tanggungjawab sosial yang dipikul oleh Wartawan Utusan sejak tahun 1938 dulu hingga kini. Wartawan Utusan tidak pernah meletakkan cerita popular menjadi tujuan utama untuk melariskan jualan akhbar dan majalahnya, Cuma secara kebetulannya cerita yang dipaparkan dengan penuh tanggungjawab itu mendapat sambutan dan laris dijual. Kumpulan wartawan Utusan tidak boleh diberikan tugas untuk  membesarkan perniagaan syarikat Utusan . Para wartawan Utusan ini sedar , tugas itu mesti dipikul oleh kumpulan pengurusan yang terdiri dari ahli perniagaan yang berpengalaman , mahir dan cekap.
Saya pernah faham dan para wartawan Utusan hari ini juga faham , bahawa pihak Pengurusan Kumpulan Utusan Melayu itu sendiri mesti menerokai dan menjadi juara dalam semua sektor perniagaan, sejak negara mencapai kemerdekaan, hingga ke hari ini . Malangnya ia tidak berlaku demikian . Mungkinkah ia perlu kepada satu pasukan baru yang berdaya maju dan pro-aktif untuk  mengambilalih secara keseluruhan Syarikat Kumpulan Akhbar Utusan ini ?  Kalau saya diajukan persoalan ini , maka saya akan berfikir, dan , sekiranya ia akan membawa kepada berlaku perubahan yang membahagiakan semua pihak, jawapan saya ialah , “ mengapa tidak? ! ”

Trackback(0)
Komen (1)Add Comment
...
Dikomen oleh RedHotCabai, June 11, 2009
cakap jer pandai.... Pi rahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

security code
Tulis huruf yang terpapar.


busy
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack