|
TUN DR MAHATHIR PERLU DIBERIKAN PERANAN |
|
|
|
|
Penulis bersama Tun Mahathir di
Istana Negara beberapa bulan lalu.
|
Beberapa bulan lepas saya menerima jemputan dari Istana Negara untuk menghadiri upacara memberikan gelaran TUN kepada Tun Musa Hitam. Tetamu lain yang dijemput termasuk bekas Perdana Menteri
Tun Dr.Mahathir Mohamad. Oleh kerana saya nampak Tun Mahathir keseorangan , saya menghampirinya dan memberi salam serta berbual dengannya. Saya membuka perbualan dengan mengatakan “
Negara kita ini beruntung kerana bekas Perdana Menteri masih sihat dan boleh memberikan panduan kepada Perdana Menteri baru…”
Dengan selamba Tun menjawab “ itu kata u Negara ini beruntung kerana saya masih sihat boleh beri nasihat kepada Perdana Menteri baru, tapi yang sebenarnya Pak Lah tak minta nasihat apapun
dengan saya….”
Satu peristiwa lagi , saya bertemu dengan bekas wanita pertama Malaysia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dalam satu majlis di Ibu Negara baru-baru ini dan sempat berbual singkat dengan beliau . Antara lain katanya, “ suami saya
sekarang lebih sibuk dari dulu …”
Kedua-dua peristiwa diatas menunjukkan Tun Dr. Mahathir perlu diberikan tugas yang sesuai oleh kerajaan yang memerintah sekarang. Adalah tidak tepat kalau ada yang memberikan alasan jangan
berikan apa-apa jawatan kepada Tun kerana kita mahu dia berehat, sedangkan hakikatnya beliau begitu sibuk, yang membawa erti dia tidak mahu berehat dan bersedia untuk meneruskan khidmat kepada
Negara tetapi tidak diminta beliau berbuat demikian.
Lantaran pegangan pribadinya dan dasar luarnya (semasa jadi PM dulu) yang jelas tidak menyukai Kuasa Besar membuli negara-negara kecil terutama di dunia ketiga , Malaysia boleh berperanan
mengemukakan cadangan untuk Tun dilantik memegang jawatan penting dalam OIC atau Pergerakan Negara Berkecuali aatau sekurang-kurangnya wakil khas Malaysia dalam misi damai diperingkat
anatarabangsa.
Sekiranya ini dilakukan saya pasti Tun tidak berasa ‘hangat hati’ kepada kerajaan yang ada hari ini khususnya Perdana Menteri sendiri. Lebih baik diusahakan walaupun sudah agak
terlambat. Masa masih ada .
Trackback(0)
|