|
Arus ‘rasuah’ yang melanda politik Umno kini samalah keadaannya dengan situasi dan kondisi Bukit
 |
| PAK LAH KETIKA MELAWAT TANAH RUNTUH |
Antarabangsa di mana keadaannya cukup membimbangkan berlakunya keruntuhan serta menghancurleburkan semuanya.
Kalau di Bukit Antarabangsa terdapat pergerakan air di bahagian bawah pergunungan itu yang boleh menghakis tanah-taneh di laluan air itu yang lama kelamaan bahagian atas pergunungan itu pasti akan runtuh dan terjadilah apa yang terjadi di situ sekarang ini ,
begitu jugalah apa yang berlaku dalam Umno kini, iaitu satu arus sungai politik wang yang begitu deras di bawah bukit dan banjaran pergunungan Umno yang tinggi itu , lalu terhakis segala tanah-taneh laluan arus deras itu dan membawanya ke sungai besar yang tak bertepi.
Bila hakisan itu sudah cukup kuat, ia mula meruntuh dan meranap yang akhirnya, sekiranya tidak dibendung dengan kekuatan yang amat kuat, Umno itu akan dihanyut dan terhumban ke gaung yang amat dalam sebelum ia dihanyutkan ke sungai besar yang akhirnya dibawa ke laut lepas.
Apa puncanya Bukit Antarabangsa itu terjadi demikian ? Mudah saja , ia bermula dengan pihak yang buta matahati dengan kekayaan dunia semata-mata, tanpa memikirkan akibat kerosakan alam semulajadi ciptaan Tuhan , dengan menebang pokok-pokok besar yang berjenama tinggi, yang amat mahal di pasaran kayu tempatan dan luar negeri, seperti Merbau , Chengal, Jati, Meranti dan banyak lagi.
Lesen membalak , atau kebenaran menebang dan membawa keluar kayu itu mudah pula didapati dari pihak PBT atau Kerajaan Negeri. Seperti biasa, terlalu mudah jika ada ‘orang dalam’ ! . Bila menebang pokok seperti biasalah, kebenaran yang diberikan untuk membalak itu se ekar, dipotongnya dua ekar. Bila bukit sudah tandus, pihak pemaju perumahan mula mengambil tempat , merancang membina istana-istana besar di lereng-lereng bukit, kemudian beralih pula kepuncak bukit.
Untuk mndapat kelulusan pihak PBT dan jabatan-iabatan berkaitan tidaklah susah untuk membina rumah-rumah mewah ditempat berkenaan , kerana kata pepatah taukeh-taukeh besar bidang berkenaan berkata “ Selagi ayam makan umpan,tak ada susah punya ” . Itu sebablah , walaupun struktur tanah diubah dari yang asal begitu ketara, tetapi pembinaan itu tidak dihalang langsung.
Itu belum diambil kira lagi berapa banyak tanah yang dikorek keluar untuk dijual , kerana apa saja yang boleh membawa keuntungan , kesempatan itu harus direbut segera, selagi ‘orang dalam’ masih ada berkhidmat dalam jabatan berkenaan !
Begitu jugalah yang berl;aku kepada Umno, saling tak tumpah; pada mulanya tokoh-tokoh besar parti mesti ditumbangkan dulu, walau berapapun kosnya tidak penting ‘money talk’ ! . Para pemusnah tokoh-tokoh atau orang-orang yang berwibawa dalam parti ini tidak akan menghiraukan kepentingan parti dan masa depan Umno.Kerana upah menumbangkan mereka ini amat lumayan upahnya !
Akhirnya, parti tidak dapat menahan hakisan dari arus rasuah yang amat deras itu, lalu runtuh di sana sini. Nah….bila pihak pembangkang mencabar ketuanan Melayu , iaitu bangsa asal yang memiliki negara ini, serta hak-hak istimewa orang-orang Melayu dinegara ini, para pemimpin yang menang jawatan secara rasuah tadi , tidak pernah berani tampil mempertahankannya , apalagi mencabar tokoh-tokoh pembangkang yang biadab dan buta sejarah itu!.
Berpuashatikah kita mempunyai pemimpin yang dipilih secara lelongan awam di mana , mereka yang banyak wang boleh membeli seberapa banyak undi yang mereka mahu dan dapat atasi pihak yang hendak ditumbangkannya dengan mudah ?.
Cara ini orang tidak lagi memilih pemimpin yang berkarisma dan mempunyai kelulusan, atau yang mampu membawa imej parti dalam berdepan dengan parti lawan, atau yang berjaya membantu menyelesaikan masaalah rakyat, yang penting wang lumayan yang diberikan , sudah cukup mengatasi segala perhitungan tersebut !
Kesimpulannya, ,inilah yang berlaku ,arus rasuah yang deras itu telah berjaya menghanyutkan segala dan bila berlaku pergerakan dibawah tanah ini, maka berlakulah keruntuhan sebagaimana kita mula melihatnya kini !
|