A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini59
mod_vvisit_counterBulan Ini7635
mod_vvisit_counterJumlah547301
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN
RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN PDF Cetak Emel
logo_blog_ulasan.jpg
 RINGKASAN ULASAN SEMINGGU
 

Razak Nafi TPM Kenal Altantuya

razak_baginda.jpg
 Abdul Razak Baginda

 KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.
Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.

Ulasan: Saya tidak nampak apakah kewajarannya Abdul Razak Baginda membuat kenyataan demikian. Kadang-kadang berdiam diri lebih baik dari bercakap.

 

 

 

Shahrizat lawan Rafidah

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Pelan peralihan kepimpinan Wanita UMNO yang

rafidah-aziz_2.jpg
 Rafidah Aziz
sharizat.jpg
 Sharizat Abdul Jalil

 dirancang pada Jun 2009 tidak menjadi kenyataan apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan bertanding menentang Tan Sri Rafidah Aziz bagi merebut jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan Mac depan.
Hari ini, selepas berteka-teki mengenai kedudukannya, Shahrizat yang kini Naib Ketua pergerakan itu mengesahkan untuk bertanding menentang Rafidah sebagai penyelesaian atas kemelut pelan peralihan Wanita UMNO.
Shahrizat, 55, sebelum ini memperoleh 73 pencalonan bagi bertanding jawatan Ketua Wanita, selain 102 pencalonan untuk jawatan Naib Ketua. Rafidah pula menerima sebanyak 117 pencalonan untuknya mempertahankan jawatan yang disandangnya kini.

Ulasan : Seeloknya Kak Fidah bertanding Naib Presiden UMNO, dimana ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini disandang oleh lelaki sahaja, kerana beliau tidak perlu berada di kerusi wanita lagi yang sudah tepu atau saturated.
Kewibawaan Kak  Fidah selama ini tidak siapa pun boleh menafikan terutamanya dalam isu yang melibatkan kritikan dunia luar terhadap negara ini.
Saya pecaya jika beliau menawarkan diri bertanding Naib Presiden UMNO tentulah semua wanita sokong sebulat suara dan perwakilan lelaki juga sedia memberi satu tempat untuk Kak Fidah berada dalam jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia.
Belum terlewat Kak Fidah, tiga tahun lagi tak lama.

 

RTM bakal jadi pusat industri kreatif

 

shabery_cheek.jpg
 Shabery Cheek

 KUALA LUMPUR 20 Nov. - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menjadi pusat industri kreatif negara apabila mewujudkan kira- kira 53,000 pekerja mahir selepas operasi sistem digital dilaksanakan sepenuhnya pada 2012.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, RTM juga akan menjadi pemacu bagi komuniti kreatif yang terdiri daripada syarikat penjual drama dan filem tempatan dengan penyediaan 19 saluran televisyen tambahan dalam tempoh itu.
''Sehubungan itu, warga RTM perlu mengubah gerak kerja dalam masa tiga tahun agar dapat memberi keupayaan kerja yang lebih tinggi berbanding cara kerja konvensional yang diamalkan selama ini.”Katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Penerangan di Angkasapuri di sini hari ini.

Ulasan : Syabas Datuk Shabery…sepatutnya usaha yang cemerlang ini dilakukan sejak lama dulu. Malangnya orang terdahulu nampaknya lebih kepada usaha mempromosikan diri sendiri sahaja!

 

 

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.
Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.
''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ulasan : Saya nasihatkan Sisters In Islam (SIS) berhati-hatilah sebelum melenting, terutamanya yang menyentuh isu hukum hakam dalam agama islam.
Kerana saya bimbang kot-kot ada benarnya juga orang-orang yang mengkritik pertubuhan tersebut telah menyalah gunakan perkataan “Islam” kepada nama pertubuhanya itu.

 

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack