A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 21 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini54
mod_vvisit_counterBulan Ini7630
mod_vvisit_counterJumlah547295
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow MAHATHIR TAK HARUS JADIKAN DIRINYA PENGKHIANAT BANGSA
MAHATHIR TAK HARUS JADIKAN DIRINYA PENGKHIANAT BANGSA PDF Cetak Emel
mahathir20mohamad.jpg
   TUN DR. MAHATHIR

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad  berkata : “ Undang-undang negara menetapkan sesiapa saja boleh menjadi Perdana Menteri dan tiada spesifikiasi bahawa pemimpin negara mesti diketuai oleh Orang Melayu ”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada siri syarahan perdana bertajuk Bangsa Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya kelmarin dan diterbitkan media Utusan Malaysia semalam 13 November 2008.

 Dalam keadaan Orang Melayu kini sedang bercelaru dengan asakan orang-orang Bukan Melayu terutamanya Pakatan Pembangkang  terrhadap hak-hak istimewa Orang Melayu serta Ketuanan Melayu  di negara ini, Mahathir tidak harus menambahkan lagi bahang yang sedia panas itu dengan hanya untuk mencari populariti dari pihak tertentu.

 Sehingga ini,  tidak ada sesiapapun bercakap mengenai perkara diatas, tetapi Mahathir telah membuka jalan atau membuat titian untuk orang-orang Bukan Melayu meniti. Ertinya Mahathir sendiri yang memberikan peluru kepada pihak lawan untuk menembak kita sendiri.Amat malang sekali Tun ! .

Sebelum ini, tidak ada siapa-siapa pun juga yang bertanya apa yang Mahathir buat untuk mengekalkan Kuasa Melayu selama beliau menjadi Perdana Menteri yang sangat berkuasa dari tahun 1981 hingga 2003. Apa yang berlaku semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri , tidak ada siapapun yang berani bertanya beliau soal Kuasa Melayu selama beliau menjadi Perdana Menteri.

Orang amat takut mempersoalkan tentang hal itu, takut beliau pulangkan ‘paku buah keras’ seperti amalannya. Lihat saja Operasi Lalang, apa jadi dengan pembangkang selepas itu ? , Usahkan bercakap di Parlimen, di kalangan mereka sendiri pun mereka tidak berani untuk buka mulut .

Kira-kira dua tahun sebelum beliau bersara, Mahathir berucap di Perhimpunan Agung Umno yang isi ucapannya cukup menghiris hati Bangsa Melyu. Katanya Orang Melayu tidak perlu dilindungi oleh kerajaan , dan tidak perlu ada Tanah Rizeb Melayu dan lain-lain lagi, kerana ini akan menjadikan Orang Melayu sama tarafnya dengan kaum Red Indian (kaum asli) di Amerika.

Yang menghairankan tidak ada seorang perwakilan pun dalam persidangan itu yang berani bangun membantah penghinaan yang dibuat oleh Mahathir itu. Ini buktinya orang amat takut dan gerun  untuk menegur Mahathir.   

Kalau Perdana Menteri sekarang ini Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Paklah’ semua orang berani bertanya dan mengkritik , kerana beliau mengambil sikap terbuka dan mengamalkan kebebasan bercakap secara `total’ , tidak pernah marah kepada pembangkang atau pemberita dan tidak pernah ‘pulangkan paku buah keras’  kepada sesiapa saja , tetapi dengan Mahathir tidak begitu .

Apa lagi orang kampung , mereka tak akan bertanya Mahathir sudahkan beliau selamatkan Kuasa Melayu untuk masa akan datang. Orang percayakannya. Semua Orang Melayu percayakan Mahatihir membawa tuah kepada mereka serta akan meletakkan asas  kekuatan dan kekuasaan Melayu buat selama-lamanya.

Kini Mahathir beritahu segala-galanya, tidak ada yang boleh menjamin Orang Melayu berkuasa terus pada masa depan ! . Kalau dia mahu , semasa pemerintahannya dia boleh pinda undang-undang, tidak akan ada bantahan dari sesiapapun , sebagaimana beliau meminda perlembagaan negara untuk mengurangkan imiuniti Raja-Raja Melayu semasa pemerintahannya dulu.

Tetapi mengapa beliau dedahkan hari ini Kuasa Melayu tak terjamin langsung selain dari hanya siapa yang dapat undi lebih semata-mata ?  ertinya begitu lama beliau memegang kuasa , masa depan bangsanya tidak diselamatkan !

Hati-hatilah Tun bila bercakap, saya takut akan ada orang yang mengatakan Tun mengkhianati Orang Melayu  serta hak Ketuanan Melayu, iaitu bangsa pribumi negara ini yang seharusnya dijamin untuk terus menjadi tuan di negara ini. Inilah satu-satunya negara kita Tun ! . 

 

 TINDAK-TANDUK NAJIB MULA MERAGUKAN BUMIPUTERA
 

 najib-tun-razak.jpg
    NAJIB TUN RAZAK

Kerajaan memberi kelonggaran terhadap syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kelonggaran yang berkuatkuasa serta-merta itu diberi bagi memastikan pasaran modal di Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan jelas beliau, harus melalui beberapa langkah dan syarat tertentu serta perlu melalui proses semak semula. Najib membuat pengumuman itu kepada pemberita ketika melawat Suruhanjaya Sekuriti (SC) diibunegara 11 November 2008 yang lalu dan disiarkan oleh media negara ini pada 12 November.

Demikian penasaran terbaru terkeluar dari mulut bakal Perdana Menteri kita yang kita harapkan akan melindungi bangsa Melayu yang menjadi tuan kepada negara ini ia sebenarnya mula menghiris perasaan orang Melayu.  

“ Belum lagi mengambilalih tampuk kepimpinan negara secara rasmi, Timbalan Perdana Menteri , Datuk Mohd Najib Bin Tun  Haji Abdul Razak, yang kita kasihi itu , mula membuat beberapa kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan kepada kita kaum Bumiputera di negara ini ” , kata seorang teman saya yang tinggal di Brickfield yang kebetulan bertemu baru-baru ini. 

Saya menerima beberapa panggilan telifon , sms dan secara berdepan, mengajukan isu ini. Mereka menimbulkan persoalan mengenai mampukah pemimpin baru yang kita sama-sama  kasihi ini , untuk melakukan tugas memperkasakan bangsanya sendiri sebagaimana yang telah dilakukan oleh bapanya Perdana Menteri Kedua , Tun Haji Abd. Razak Bin Dato’ Hussein dengan sungguh cemerlang itu.

 

Sebenarnya, segala syarat yang dikenakan bagi memasukkan kepentingan Bumiputera dalam syarikat-syarikat tertentu dan ekuiti 30% untuk Bumiputera sebelum sesebuah syarikat bukan milik Bumiputera untu disenaraikan di Bursa Malaysia, bukanlah perkara remeh yang boleh diketepikan begitu sahaja.

Malah, sebelum syarat-sytarat itu dilaksanakan dan dikuatkuasakan , ia telah melalui satu proses yang panjang dan setelah difikirkan dengan semasak-masaknya oleh para pakar ekonomi Bumiputera negara ini dengan ilham dari pucuk pimpinan kita terutamanya  Tun Razak yang terkenal dengan Bapa Pembangunan itu .

Malah Tun Razaklah merupakan Penyelamat dan Penebus maruah Bangsa Melayu yang telah dipandang remeh dan lemah oleh orang lain , kerana kemiskinan dan kedaifan mereka.

Namun sejak kira-kira 38 tahun yang lalu , Tun Razak telah berjaya memimpin tangan Bangsa  Melayu untuk bangun berdiri sama tinggi dengan orang lain.

Sebelum ini Najib mengumumkan bahawa kawasan Brickfield akan diisytiharkan sebagai kawasan penduduk kaum berasal dari India yang ada di negara ini. Hal ini telah menyentuh perasaan  yang bukan sedikit kepada Orang-orang Melayu yang telah sekian lama bermastautin di kawasan itu dan juga yang memiliki perniagaan di kawasan tersebut.

“ Tak cukup lagikah dengan kawasan Batu Cavers yang makin lama semakin ramai penduduk dari kaum yang sama . Tak cukup mereka tinggal disitu, dengan penuh layanan pihak berkuasa, sebuah masjid di Kampung Melayu berdekatan Batu Caves telah dirobohkan , sedangkan sebuah kuil baru pula didirikan tak jauh dari situ iaitu bersebelahan dengan Bulatan Batu Caves ” , kata seorang kenalan semasa saya singgah sembahyang di Masjid Batu Caves dua hari lalu.

“ Padahal Kuil Hindu dengan segala kemudahan dewan dan perhentian atau  stesyen keretapi telah pun menjadikan tempat itu cukup hebat dan megah berhampiran tangga ke Gua Kuil Batu Caves yang masyhur itu” , kata teman kepada kenalan saya itu.

“ Selain itu di Sentul sudah dikenali umum di negara ini sebagai kawasan pendudukan kaum keturunan India. Lihatlah penduduk sekitarnya, peniaga dan sebagainya sudah cukup kuat melambangkan kawasan kaum itu. Kini nak diisytiharkan Brickfield pula ”, tambahnya lagi.

Kepada siapakah kita hendak mengadu?   

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack