A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 19 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini51
mod_vvisit_counterBulan Ini7627
mod_vvisit_counterJumlah547292
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU
ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU PDF Cetak Emel

 

 logo_wartawan.png
 ULASAN BERITA DLM SEMINGGU

 

PERINGATAN JELAS SULTAN AZLAN KEPADA PENDATANG INDIA DAN CHINA 

 

Pada 5 November 2008 yang lalu Paduka Seri Sultan Perak , Sultan Azlan Shah menegur bangsa ‘Keturunan Pendatang’ di Negara Melayuraya atau  Malaysia ini, dengan titah baginda  seperti berikut :

“ …Diperingatkan, Negara Malaysia adalah berteraskan kepada Sejarah Melayu, Evolusi Politik Melayu, Nasionalisma Melayu yang hidup subur dan Kepulauanm Mlayu yang mempunyai sejarah Kebudayaan Melayu . Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan Negeri Melayu , Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia .

“Oleh itu dasar tunjang (ini) yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka  tidak harus disentuh , diuji dan dicabar sama sekali.

“ Perbuatan demikian jika tidak dihentikan , dibimbangi akan mengguris hati dan emosi Orang Melayu ” .

Baginda bertitah demikian di Bandar Diraja Kuala Kangsar semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah .

Ulasan:

Janganlah salahgunakan kebebasan bersuara yang diberikan oleh Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi ini. Tujuan PM baru ini memberikan kebebasan bersuara kepada pembangkang ialah semata-mata kerana ingin melihat apakah perkara yang perlu diperbetulkan demi kebahagiaan rakyat negara ini.

 

 lim_guan_eng.jpg
 kETUA MENTERI P.PINANG

Tetapi sebaliknya, pihak pembangkang mengambil peluang ini untuk menghiris hati bangsa yang menjadi tuan di negara ini, yang pernah mereka berlutut meminta kebenaran untuk menjadi rakyat negara ini secara kekal dengan menerima segala syarat yang dikenakan , asalkan mereka tidak payah balik ke negara asal mereka yang amat sempit mata pencariannya.

Oleh itu titah amaran Baginda Sultan Perak itu harus menyedarkan pihak berkenaan serta-merta,  sebelum perkara yang tidak diingini berlaku dan membawa kepada penyesalan dan  merugikan diri sendiri .

Ingatlah wahai bangsa keturunan pendatang , Orang Melayu bersikap diam , tidak bererti mereka lemah. Berhentilah bermain api.

Belajarlah menerima hakikat sebenar niat dan kehendak nenek moyang mereka semasa datang ke negeri ini dahulu. Mereka tidak pernah berniat untuk merebut kuasa pemerintahan di negara ini, melainkan ingin mencari makan  sahaja disini.

PEMBANGKANG SELEWENGKAN ERTI KEMENANGAN OBAMA

 

New York 5 Nov;- Barack Obama disahkan menang dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang diadakan hari ini . Dalam ucapan setelah perisytiharan kemenangannya  antara lain , Obama berkata,  “ Detik perubahan sudah tiba di Amerika” –Reuter.

ULASAN :

 

lim_kit_siang.jpg 
       LIM KIT SIANG

Kemenangan  warganegara berkulit hitam Barack Obama menjadi Presiden Amerika yang ke 44 pada 5 November 2008 ini,  telah diselewengkan erti kemenangan itu oleh pihak pembangkang DAP, PKR  termasuk beberapa pemimpin MCA sendiri , dengan niat yang jelas  memperbodohkan rakyat Malaysia, dengan cara memalsukan fakta sejarah Amerika itu sendiri.

Sebenarnya, dalam berdepan dengan isu hak-hak istimewa Orang Melayu di negara ini para pemimpin keturunan pendatang dari China dan India , tak kira DAP, PKR atau MCA, MIC , PPP, menjadi satu dan mereka bersatu mengkritik perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan negara ini.

Apabila keadaan reda dengan ingatan dari Raja- raja Melayu kepada mereka agar jangan melampaui batas, kini mereka menjadi mabuk semula menentang isu hak istimewa Orang Melayu ini bila Barack Obama menang di Amerika.

Mereka selewengkan fakta dengan menyatakan kononnya golongan minoriti kulit hitam telah mendapat kepercayaan di Amerika  kerana kemampuan pemimpin berkenaan , oleh itu di Malaysia juga harus berlaku begitu untuk pilihanraya akan datang , di mana kaum minoriti yang terdiri dari keturunan pembangkang ini harus diberikan kepercayaan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini kononnya kerana kemampuan mereka. (kerana kemampuan membangkit isu perkauman? Tanya isteri saya)

Sebenarnya, situasi dan kondisi di Amerika jauh macam bumi dengan langit perbedaannya dengan situasi dan kondisi di Malaysia terutamanya tentang kaum minoriti dan kaum yang menjadi majoriti.

Di Amerika semua kaum Kulit Puteh dan kaum Kulit Hitam adalah bangsa pendatang ke bumi Amerika itu dan pada dasarnya beragama kristian. Penjajah British menjadikan bumi Amerika itu tempat buangan orang-orang yang tidak dikehendaki oleh pihak Gereja, orang-orang yang tidak dikehendaki oleh pihak Istana Britain, kerana pelbagai salahlaku , khususnya bumi Amerika adalah tempat buangan rasmi para penjenayah yang terdiri dari orang-orang kulit puteh di negaranya , serta para penjenayah dari negara-negara menjadi Tanah Jajahan British.Manakala orang-orang Kulit Hitam pula kebanyakannya datang dari Benua Afrika yang dibawa ke sana secara paksa sebagai Hamba Abdi oleh orang-orang Kulit Putih yang menjadi pedagang menjual manusia itu kepada para peladang dan tuan-tuan tanah yang kayaraya dari Britain membuka ladang  yang luas-luas di Amerika. Siri popular drama tv dari AS bertajuk ‘Kunta Kinte’ satu ketika dulu adalah kisah benar tentang sejarah perhambaan di Amerika yang memangsakan kaum kulit hitam dari benua Afrika .

Satu hal istimewa mereka satu agama iaitu kristian seandainya Obama beragama Islam tentulah dia tak menang jawatan Presiden Amerika. Berlainan di Malaysia dimana Agama Rasmi negara adalah agama Islam dan sudah tentulah Ketua negara mestilah beragama Islam. Ini adalah muktamad dan tidak boleh di persoalkan lagi. 

 

 ong_tee_kiat.jpg
     ONG TEE KIAT

Malaysia ini berbeda sekali dengan situasi itu , di mana kaum China dan India sahaja kaum pendatang, manakala Bangsa Melayu sudah sedia ada beribu tahun sebelum kedatangan para pendatang ini.

Bukan sahaja di Tanah Melayu ini bangsa ini menjadi tuan kepada negara ini, malah, di Filipina,  Indonesia dan seluruh Kepulauan Melayu di Asia Tenggara ini adalah dimiliki oleh Rumpun Melayu yang saling berhubungan dan mempunyai perhubungan silaturrahim yang amat rapat antara satu sama lain, sehinggalah ‘dipecah dan perintah’ oleh pelbagai Bangsa Penjajah yang datang ke rantau ini.

Untuk menjadikan rakyat Amerika menerima kaum kulit hitam menjadi Presiden Amerika , ia telah mengambil masa selama 232 tahun selepas Amerika mencapai kemerdekaan dari penjajah British iaitu pada tanggal 4 Julai 1776.

Di Malaysia, kita mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, yang menjelaskan secara lojiknya 232 tahun lagi mungkin Orang Melayu boleh menerima bangsa keturunan pendatang untuk menjadi Perdana Menteri negara ini !!! 
 
Silapnya para pemimpin kita semasa mendirikan negara merdeka ini dulu , tidak mewajibkan anak-anak kaum pendatang ini mengambil pelajaran sejarah kedatangan nenek moyang mereka ke negara ini, agar tidakalah berlaku seperti yang sedang berlaku sekarang ini.

Selaklah sejarah negara ini dengan ikhlas bagi mencari kebenaran untuk membina hidup yang harmoni disini . Janganlah  sekali-kali menyelak sejarah negara ini untuk menyelewengkan faktanya, serta menyebarkannya untuk digelar ‘Hero’ oleh kumpulan etnik sendiri . 

Ingatlah perbuatan ini  menyentuh sensitiviti  Orang Melayu  sebagai pribumi negara ini , seperti yang telah dititahkan oleh Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah, di Kuala Kangsar 5 November lalu, yang meminta pihak berkenaan menghentikan perbuatan mengguris hati Orang Melayu.

Seharusnya peristiwa 13 Mei 1969 menjadi pengajaran terpenting buat pihak berkenaan.

 

anwar_ibrahim_140x140.jpg 
    ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim yang sepatutnya menjadi Wira Melayu dengan memberikan amaran keras kepada para pemimpin pembangkang China dan India yang dipimpinnya supaya jangan menghina dan menyentuh hak-hak istimewa Orang Melayu , telah menjadi bacul dan penakut untuk berbuat demikian, kerana takut tak popular dan tak digemari oleh kedua-dua kaum itu.

Itulah hakikat sebenar Anwar Ibrahim , yang hanya sekadar menjadi boneka atau patung sahaja dikalangan para pejuang pembangkang, yang langsung tidak berani menegur atau menasihati mereka yang menghina bangsanya sendiri. Beliau hanya amat petah bercakap bila mengkritik UMNO iaitu parti yang dianggotai oleh kaumnya sendiri serta Kerajaan BN yang dipimpin oleh pemimpin dari kalangan kaumnya sendiri  .

Sikap Anwar Ibrahim ini adalah bersesuaian dengan pepatah popular Orang Melayu berbunyi “ Berani Makan Api Tetapi Berak Atas Dapur”.    
  

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack