A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 19 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini46
mod_vvisit_counterBulan Ini7622
mod_vvisit_counterJumlah547287
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow Curi besi menara punca Sabah bergelap
Curi besi menara punca Sabah bergelap PDF Cetak Emel

mh_02.1.jpgKOTA KINABALU 22 April – Gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan hampir dua juta penduduk Sabah terpaksa ‘bergelap’ malam tadi berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencuri besi palang penyokong sebuah menara kabel elektrik di Kampung Suang Parai dekat sini.

Polis mendapati besi palang itu telah dicuri beberapa hari lalu mengakibatkan menara tersebut tumbang dan menjejaskan penghantaran bekalan elektrik ke hampir 90 peratus daerah di negeri ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, polis sedang mengesan individu yang mencuri besi itu dengan bantuan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

“Kes ini adalah kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," kata Ahmad Sofi kepada pemberita selepas melawat tempat menara kabel itu tumbang di sini hari ini.

Menurut beliau, polis yang menerima laporan daripada SESB lewat malam tadi menggerakkan anggotanya melakukan siasatan menyeluruh termasuk mencari bukti di kedai-kedai membeli besi buruk.

Sementara itu, Pengarah Urusan SESB, Ir. Baharin Din melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Mereka mencuri 20 palang besi pada menara kabel itu yang harganya dianggarkan cuma RM40. Kerana hendakkan RM40, ia menjejaskan ekonomi negeri yang bernilai jutaan ringgit,” katanya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

 
< Prev
 
Joomla Templates by Joomlashack