A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 12 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterBulan Ini7610
mod_vvisit_counterJumlah547275
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi
Koleksi
Ulasan Berita Dalam Seminggu PDF Cetak Emel

 

 logo_blog_ulasan.jpg
 Ulasan Berita Dalam Seminggu

 

ABDULLAH SERU PENGGANTINYA BERANILAH BUAT PERUBAHAN

 

 

perhimpunanagungumno1.jpg

 Najib memeluk Pak Lah

selepas memberi ucapan

KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.
Baca lagi...
 
KATA MEREKA “ADILKAH ALI RUSTAM DILARANG BERTANDING KHAIRY JAMALUDIN DILEPASKAN” PDF Cetak Emel
ali_rustam2.jpg 
   MOHD ALI RUSTAN

Berita terbaru dari Ibu Negara Kuala Lumpur  pada  17 Mac  kelmarin menyatakan, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO. Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.

Manakala dua lagi pemimpin  UMNO Bahagian Bukit Katil, yang terlibat ialah Ahli Jawatan kuasanya Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian itu Zalina Ismail. Lembaga Disiplin UMNO mendapati ketiga-tiga mereka telah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Datuk Seri Mohd. Ali Rustam Ketua Menteri Melaka, yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.

Oleh kerana itu, Mohd. Ali Rustam juga didapati bersalah di bawah Tataetika Ahli UMNO mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Pada masa yang sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar Tatatertib UMNO dibawah  Perkara 10.1 , yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik , tetapi hukumannya hanya ‘Diberi Amaran’ dan dibenarkan untuk terus bertanding dalam pemilihan parti hujung bulan Mac ini.

Baca lagi...
 
MOHON MAAF KERANA ABAIKAN ISU KEBIADABAN KARPAL SINGH DAN PERISTIWA SEMASA LAIN PDF Cetak Emel

 

 hospitalampang.jpg
 HOSPITAL AMPANG YANG SERBA CANGGIH

Saya menyusun jari sepuluh memohon maaf buat pembaca laman www.yazidothman.com kerana agak lama tidak menulis. Bukan disengajakan, tetapi oleh sebab  masa saya banyak dihabiskan membantu isteri saya yang baru sahaja menjalani pembedahan besar (fibroid) pada 3hb. Mac 2009 yang lalu, sebaik saja beliau selesai beberapa jam menjalani kursus mengendalikan stesyen minyak di Pusat Latihan Petronas Shah Alam untuk tempoh lebih sebulan, yang menjadi kejutan buat saya serta anak-anak.

Isteri saya banyak membantu saya menerbitkan setiap  artikel yang saya tulis dalam laman blog saya semasa berada di rumah sama ada memilih gambar, rekaletak,  mahupun size font artikel itu. Jadi bila dia tak ada, saya jadi kekok untuk menulis. Walaupun saya menulis juga bila kelapangan di pejabat dengan dibantu pula oleh pembantu, tetapi kerana keuzuran isteri saya itu saya juga tidak ke pejabat.

Baca lagi...
 
ULASAN BERITA DALAM SEMINGGU PDF Cetak Emel

 

 logo_blog_ulasan.jpg
 ULASAN BERITA DLM SEMINGGU

 

SPRM TIDAK PERLU CARI PUBLISITI MURAH

 

tan_sri_khalid.jpg
 Tan Sri Khalid Ibrahim

PULAU PINANG 20 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti dan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400.
Berikut adalah butiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pecah tanah pembangunan perumahan SPRM di sini, hari ini:
* Siasatan berhubung kes Menteri Besar Selangor sudah selesai.
* SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut.
* Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
* Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.
* Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.

Baca lagi...
 
KES ELIZABETH WONG PDF Cetak Emel

 

KES ELIZABETH WONG

 

Anwar Tuduh BN Terlibat

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penyebaran gambar bogel anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong sebagai konspirasi baru Barisan Nasional terhadap

anwar_ibrahim.jpg
 Datuk Seri Anwar Ibrahim

pembangkang.Ketua Pembangkang itu mendakwa selepas kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mejar (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, kini mereka diserang sekali lagi dengan isu moral.
"Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

 

 


 

Baca lagi...
 
Ulasan Berita Dalam Seminggu PDF Cetak Emel

 

logo_blog_ulasan.jpg 
 ULASAN BERITA DLM SEMINGGU

 

 
NIZAR JADI ALAT KARPAL SINGH DERHAKA KEPADA SULTAN

nizar-_ex_mb.jpg 
 NIZAR DIIRINGI PENGIKUT MEMASUKI PEJABATNYA DAN ADAKAN SIDANG AKHBAR

Ipoh 7 Januari 2009;- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan pembangkang untuk menyaman Sultan Perak sebagai satu penghinaan kepada Sultan Azlan Shah serta sistem Raja Berpelembagaan di negara ini. Bercakap demikian kepada media sebaik selesai majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, petang ini . Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berkata, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak jika BN mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah petang ini.

Baca lagi...
 
ISU SEMASA UTAMA PDF Cetak Emel

ERDOGAN SUARA BARU DUNIA ISLAM

 erdogan_-1.jpg
           Erdogan kiri dan Perez kanan

 Seperti yang kita sama-sama maklumi,  Turki adalah sebuah Pusat Kuasa Islam di zaman Kerajaan Islam Othmaniah dulu, yang menguasai seluruh Dunia Arab dan Farsi .  Dan melalui Turkilah Islam tersebar ke seluruh Eropah . Dengan kemasukan Islam ke Eropah, agama ini telah berjaya mengajar seluruh rakyat Eropah untuk membina tamadun baru berasaskan akhlak mulia Islam yang dipandu Kitab Al-Quran dan Sunnah Rasul (SAW). Semasa Islam mula disebarkan di Eropah para Padri Kristian masih bertelanjang kerana mabuk bersama-sama perempuan dalam gereja-gereja mereka.


Demikianlah pahatan sejarah dunia terhadap jasa para pejuang Islam serta para pendakwa agama suci Islam di bumi Eropah. Namun beberapa lama kemudiannya, atas kealpaan para pemimpin Islam Kerajaan Othmaniah yang mengejar dunia tanpa asas Iman dan Taqwa, Kerajaan Othmaniah  mula runtuh pada Abad ke 17 dan hancur luluh pada penghujung Abad Ke 18. Mustafa Kamal Ataturk yang naik memerintah kemudiannya dengan  menggunakan pengaruh Komunis dan Yahudi , telah mengisytiharkan Turki sebagai Negara Sekular dan mengharamkan rakyat Turki menggunakan nama dan pakaian yang boleh menjadi pengenalan kepada seseorang itu sebagai Orang Islam.

Masa terus berlalu, kini bila giliran Recep Tayyip Erdogan naik memerintah, tiba-tiba hari ini kita dikejutkan, oleh suara tegas dan berani  beliau,  semacam telah kembali sudah  Suara Islam yang telah lama hilang di bumi Turki itu. Oleh hal yang demikian, saya perturunkan sebuah berita berbentuk rencana dari Istanbul Turki yang ditulis oleh Wartawan Agensi Berita Reuters dan AP dan dipetik oleh Utusan On Line keluaran 1 Januari 2009 , untuk tatapan para pembaca semua - Pengarang.   

Baca lagi...
 
SEPATAH NASIHAT BUAT KAUM PENDATANG DARI BENUA INDIA PDF Cetak Emel

 

 hindu_demonstrasi.jpg
    KUMPULAN HINDU YANG MENIMBULKAN KEKACAUAN

 

Bagi kesekian kalinya nasihat tulus ikhlas  diberikan kepada kaum keturunan pendatang dari India k enegara ini, tentang perlunya mereka menjaga sensitiviti kaum lain di negara ini, maka kali ini saya petikkan satu rencana pendek tulisan Saudara Arif Atan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini 31 Januari 2009 yang menyentuh perkara yang sama , dengan mengungkapkan peristiwa terbaru  perbuatan dari kumpulan yang sama  yang cenderung menimbulkan rasa tidak selesa majoriti rakyat negara ini, semoga sesuatu perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa , sebelum api menjadi marak membakar segalanya! –Pengarang.

 

KITA hidup bermasyarakat bukannya terperuk dalam kepompong kaum sendiri sahaja. Oleh itu, sebarang tindakan yang membabitkan keselamatan sosial mestilah berlandaskan prosedur undang-undang.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 97 - 108 dari 234
 
Joomla Templates by Joomlashack