A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 11 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini33
mod_vvisit_counterBulan Ini7609
mod_vvisit_counterJumlah547274
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi
Koleksi
TABUNG HAJI BUAT SILAP BESAR LABUR DALAM SILVER BIRD PDF Cetak Emel
41.jpg 
 Dato' Zahid Hamid

Berita yang disiarkan dalam akhbar harian Utusan Malaysia tajuk Tabung Haji akan labur RM 300 j amat mendukacitakan saya sebagai orang Melayu, Islam dan penyimpan akaun di Tabung Haji (TH).

Memang tidak dinafikan bahawa TH mungkin dihambat dengan perancangan untuk memberi dividen tinggi kepada para pencarumnya, maka perlu mencari sektor dan bidang yang boleh memberi pulang lumayan kepada setiap pelaburan yang dibuat oleh TH.

Sebenarnya, TH baru saja membuat satu kesilapan besar !!!   jelas sudah TH lupa bahawa,  matlamat utama kewujudan TH  adalah  untuk membolehkan umat Islam di negara ini menyimpan wang dan membolehkan mereka menunaikan ibadat haji. Maklum sahaja, kos menunai haji bukannya murah. Orang kampong terutamanya, terpaksa berdikit-dikit menyimpan dan tidak hairan sehingga badan dimamah usia baru boleh mereka merasa menaiki kapalterbang untuk ke Mekah.

Baca lagi...
 
TV3 CABUL BAHASA MALAYSIA PDF Cetak Emel
allyiskandar_copy.jpg
 Ally Iskandar

Pagi tadi jam 8.08minit, saya amat tersinggung sekali, apabila sedang  mengikuti MHI  di TV3, dua juruhebahnya yang bernama Abby dan Ally tiba-tiba menukar bahasa Malaysia yang sedang dituturkannya kepada Bahasa Inggeris apabila menghadapkan cakapnya kepada seorang rakyat Malaysia bernama Dato’ Sri Tony Fernandes pemilik Air Asia melalui telefon.

Saya tidak faham adakah mereka berdua bergilir-gilir bercakap dalam Bahasa Inggeris  itu bertujuan nak beritahu kepada penonton yang mereka berdua boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, atau takut Tony Fernandes tidak  faham?  Kalau jawapannya yang pertama itu mungkin benar, mereka berdua mahu menunjuk-nunjuk melihat kepada cara mereka bercakap, penuh dengan ketawa, padahal tiada yang melucukan.

Kalau jawapan itu yang kedua, iaitu Tony tak faham Bahasa Malaysia, tidak mungkin. Seorang rakyat Malaysia lahir di Malaysia , belajar di Malaysia di zaman lepas merdeka ini, adalah mustahil tidak tahu berbahasa Malaysia . Apakah juruhebah TV3 itu fakir hanya orang Melayu sahajakah yang faham Bahasa Malaysia? Anda  berdua bermimpikah bahawa rakyat Malaysia keturunan China atau India atau rakyat Malaysia keturunan lain-lain bangsa semuanya boleh faham dan boleh bercakap Bahasa Malaysia dengan baik.
Baca lagi...
 
PERTEMUAN MELAYU DI JOHOR TAK BERERTI TANPA PM, TPM. PDF Cetak Emel

 

 ismail_hussein.jpg
 Tan Sri Ismail Hussein

Resolusi yang dikeluarkan oleh kongres pemuafakatan NGO Melayu di Johor dua hari lalu yang diterajui oleh GAPENA memang hebat, ia kelihatan semacam permaaalahan yang mencengkam kaum Melayu di negara ini selama ini  sudah terlerai dan selesai, dan merekalah juara Melayu yang diberikan mandat oleh seluruh bangsa  Melayu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapai selama ini . 

Para pimpinan NGO Melayu ini menggelarkan diri mereka cendikiawan Melayu yang  seolah-olah baru saja membaca cerita Baginda Raja Sulaiman dalam buku kelasik Arab ‘Qisasul anbia’ , lalu mereka  ini meletakkan diri mereka setaraf , bahkan menyerupai  Baginda Raja Sulaiman dari segi  kuasa dan cara bertindak menyelesaikan satu-satu perkara , dengan satu perintah sahaja semua seisi bumi yang ada dibawah naungan pemerintahannya , termasuk  manusia , semua jenis binatang atau haiwan dan semua anggota makhluk tak ketinggalan semut yang terkecil sekalipun,  akan patuh dan segera bertindak tanpa bertangguh .

Baca lagi...
 
TUN MAHATHIR SERTAI LAMAN BLOG : TAHNIAH PDF Cetak Emel

Tun Dr.Mahathir Mohammad bekas PM  sertai laman blog mulai semalam 1 mei sempena Hari Pekerja. Selamat datang kedunia baru ini. Tun memang banyak idea yang hendak ditulis. Sekian lama Tun menjadi

mahathir6_copy_copy.jpg
Tun Dr. Mahathir

Presiden UMNO dan sekian lama menjadi Perdana Menteri , tentulah banyak yang handak ditulis untuk tatapan umum, bukan sahaja untuk orang Melayu ,  tetapi juga untuk orang bukan Melayu. Selain itu,  tulisan beliau ini juga akan dibaca oleh  orang diluar Malaysia , yang ingin tahu pengalaman beliau dan juga perkembangan pemikiraqn beliau sehingga kini. 

Semasa beliau menjadi pemimpin utama UMNO dan juga pemimpin utama Malaysia,  tidak ramai orang yang mengkritik beliau dalam  semua tindak tanduk beliau. Tidak ramai yang mengkritik itu keranaq segan, takut tindakbalas kuasa yang ada dalam tangannya , yang mungkin akan memukulbalik,  ataupun  kerana malu alah , memandangkan beliau begitu banyak jasa kepada negara ini.

Tetapi kini nah.. medannya berbeda. Dalam dunia blog ini, kalau orang segan memperkenalkan diri semasa mengkritik seseorang melalaui laman blog, mereka boleh menggunakan nama samaran yang tidak mungkin boleh dikesan; ertinya Tun Mahathir mungkin akan dipuji idea-ideanya dan sebaliknya mungkin akan dikritik keras sesuai dengan isu yang diperkatakannya.
Baca lagi...
 
NIK AZIZ BUAT CADANGAN MENARIK PDF Cetak Emel
nik_aziz_copy.jpg
 Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Utusan Malaysia 2 Mei melaporkan Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul; Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek untuk tidak lagi menyiarkan secara langsung sidang parlimen melalui RTM , kerana terdapat tindak tanduk ahli parlimen terutama pembangkang,  persis budak-budak bertengkar dan menggunakan bahaqsa kesat kepada pihak anggota penyokong kerajaan.

Katanya kalau ada orang buat kecoh diparlimen “itu dia punya pasal…biarlah pengundinya saksikan..” dan pandangan beliau ini perlu diberikan perhatian oleh Menteri Penerangan baru itu. Saya jadi bersetuju dengan pandangan beliau itu. Pihak Kementerian Penerangan  tidak perlu merasa malu dengan tindakan dan gelagat pihak pembangkang itu , memandangkan rakyat yang mengundinya perlu tahu dengan jelas,  bagaimanakah wakil rakyat yang mereka undi itu berperanan diparlimen.

Sebenarnya jika diinsafi betul-betul tanggungjawab yang dipikul oleh setiap wakil ke parlimen adalah amat berat, untuk dibawa ke parlimen bagi menyelesaikan segala kemushkilan dan masaalah rakyat masing-masing , manakala masa yang diberikan untuk seseorang berucap adalah amat terhad . Dan tidaklah sesuai  masa yang begitu berharga,  dihabiskan dengan membuat provokasi dan gurauan menggunakan kata-kata kesat terhadap lawan masing-masing. Itu tidak serius namanya.
 

 

Baca lagi...
 
KAYVEAS DAN NIK SAFIA BERSIAP AMBILALIH MIC ? PDF Cetak Emel
kayveas_.jpg
M.Kayveas

Nampaknya perkembangan terbaru dalam mayarakat India di Malaysia hari ini lebih menarik . Sebelum ini mereka merasakan disia-siakan oleh MIC, lalu mereka menukar kepercayaan kepada pembangkang dengan mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Berikutan itu sebahagian penyokong MIC dikatakan mula mencari parti alternative kaum India iaitu parti Barisan Progresif India (IPF) pimpinan Tan Sri MG Pandithan. Bagaimanapun pemimpin utama IPF itu meninggal 30 April semalam. Kekuatan IPF hanya dilihat berada 100% dalam pribadi presidennya MG Pandithan, dan tanpanya parti itu tidak mempunyai kekuatan apa-apa lagi.

Kini satu pilihan terakhir yang ada kepada masyarakat India dinegara ini ialah Parti Progresif Rakyat ( PPP) pimpinan tokoh terkenal Dato’ M.Kayveas. Parti komponen BN ini sejak peringkat awal penubuhannya dilihat sebagai satu lagi parti politik khusus untuk kaum India dinegara ini.

Baca lagi...
 
IBRAHIM ALI BUAT PERKARA BETUL PDF Cetak Emel
i-ali.jpg
Ibrahim Ali

Tahniah Dato’ Ibrahim Ali kerana pada 29 April lalu telah mengundi ahli parlimen Bluran Datuk Donald Kiandee dan ahli parlimen Santubung Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengalahkan calon pembangkang Dr. Tan Seng Giaw ahli parlimen DAP Kepong.

Ini adalah kematangan Ibrahim Ali dan perbuatan beliau itu perlu diberikan pujian kerana sikapnya itu dengan sendirinya memperkasakan BN yang didokong oleh parti Melayu UMNO. Kalaupun Ibrahim mengundi calon DAP itu , Dr.Tan tidak juga menang kerana jumlah undi yang dipungut hanyalah 81 undi, berbanding dengan kedua-dua calon lawannya memungut 140 dan 157 undi . Tetapi ini adalah soal prinsip Ibrahim sendiri.

Sekiranya prinsip Ibrahim ini kekal begini, saya yakin dan percaya beliau tidak akan menimbulkan masaalah kepada anggota BN dalam Parlimen sepertimana yang digembar gemburkan, kononnya Ibrahim Ali dan ahli-ahli parlimen pembangkang lain yang bertambah bilangannya , akan ‘membelasah’ anggota parlimen BN serta para menteri dan timbalan meneteri Kerajaan BN kali ini.

Baca lagi...
 
SULTAN PERAK DIKETEPIKAN ? PDF Cetak Emel

 Menteri Besar DAP,PKR PAS Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,secara terang-terang mengenepikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak daalam keghairannya menggunakan kuasa untuk memerintah negeri itu, dengan memerintahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)  Datuk Jamry Sury bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam.

 
sultan1.jpg
DYMM Sultan Perak

Alasan yang diberikan, sangat dangkal, iaitu katanya, “ Menteri Besar Perak BN dulu bila mula  masuk  pejabat saja terus tukar SUK.”  Soalnya yang ditukarkan Menteri Besar BN  itu bukan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak  yang dibawah  kekuasaan langsung DYMM Sultan Perak dimana pengerusinya sendiri dipegang oleh YTM  Raja Dr. Nazrin, Raja Muda Perak.

Ia menjadi bahan ketawa kerana berita itu menjadi tajuk utama media arus perdana Negara ini pada 30 April semalam. Inilah yang dikatakan dalam pepatah Melayu “orang Muda Berjolong Keris” ertinya seorang kanak-kanak yang meningkat dewasa yang baru dapat keris ditangannya, lalu ditikam keris itu terhadap sesesiapa saja yang melintas dihadapannya , yakni  dia kemaruk bertikam. Kalau tidak ada siapa-siapa lalu dihadapannya,  dia akan cari batang pisang atau batang kelapa,  untuk ditikam semahu-mahunya , tanpa memikirkan akibat kepada orang lain dan juga dirinya !

Mengikut kabarnya  yang sampai kepada anakbuah saya, bahawa Datuk Jamry ini memang kurang  senang hati dengan Projek Ternakan Ladang Babi yang diisytiharkan oleh Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Oleh kerana kerajaan negeri Perak juga  juga diperintah oleh  pakatan pembangkang DAP,PKR dan PAS macam kerajaan negeri Selangor juga, ada kemungkinan  Datuk Jamri  Pengarah JAIP ini ada menyatakan pendapat pribadinya  yang tidak setuju dengan projek seperti itu,  jika  hendak dibawa ke negeri Perak kelak.

 

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>

Keputusan 217 - 228 dari 234
 
Joomla Templates by Joomlashack