A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 9 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini30
mod_vvisit_counterBulan Ini7606
mod_vvisit_counterJumlah547272
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi
Koleksi
KAMPONG BARU DIANGGAP CURI HAK TANAH MELAYU-RAJA NAZRIN PDF Cetak Emel

Untuk makluman tambahan pelawat laman ini, saya terpanggil untuk menyiarkan berita khas tulisan teman saya Hata Wahari dari Utusan Malaysia. -Pengarang

raja-nazrin-shah.jpg
 Raja Nazrin

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950. Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.
Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

 

Baca lagi...
 
HADAPKAN ISRAEL KESURUHANJAYA HAK ASASI PDF Cetak Emel
images_copy_copy_copy.jpg
BERITA DAN ULASAN
chedet.jpg
Tun Mahathir
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Malaysia akan berjuang untuk menghadapkan Israel ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Geneva supaya badan itu memulakan siasatan dan mengambil tindakan setimpal ke atas pencabulan yang dilakukan mereka.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Malaysia juga akan menggerakkan usaha antarabangsa supaya diwujudkan Tribunal Jenayah Antarabangsa mengenai Palestin seperti yang pernah dilakukan bagi kes-kes sedemikian di Yugoslavia, Bosnia dan Rwanda.
Beliau yakin usaha tersebut tidak keterlaluan kerana rejim Zionis tidak mematuhi ketetapan antarabangsa yang telah dipersetujui dan terus mencabuli undang-undang antarabangsa.
Baca lagi...
 
KRONOLOGI KEJAHATAN DAN KEZALIMAN KAUM YAHUDI ZIONIS TERHADAP BANGSA ARAB DI PALESTIN PDF Cetak Emel
 palestin_-_6.jpg
     Gambar-gambar ini menjelaskan kekejaman rejim Israel ke atas  rakyat Palestin yang tidak berdosa

 

Bagi memahami bagaimana ragam Bangsa Yahudi yang dimurkai  Allah kerana membunuh para Nabi yang diutuskan Allah dan dibenci oleh umat manusia sejagat kerana perangai jahat mereka, khususnya yang berada di kawasan penempatan haram di Bumi Palestin yang diberi nama Israel itu, disini kami perturunkan petikan dari buku PALESTINIANS SPEAK : I Painted the Snow Black , because we’re afraid of the days (RAKYAT PALESTIN BERSUARA : Kuwarnai Salji Hitam kerana kami takut hari-hari mendatang) oleh Alijah Gordon dan diterbitkan oleh Malaysian Sosiological Research Institute (MSRI) 2001, dan diterbitkan sebagai karya terjemahan DBP 2003, dengan demikian kita dapat melihat urutan tindakan kaum Yahudi Zionis ini terhadap penduduk lain di sekeliling mereka tanpa perasaan perikamanusiaan-Pengarang.   


Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan , Israel , Tebing Barat yang di duduki dan Gaza. Disebabkan kawasan tanah suburnya yang luas serta kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika dan Asia, Palestin sering ditakluk, sehingga lebih kurang tiga puluh kali dalam sejarahnya yang menjangkau 5000 tahun.

Baca lagi...
 
PEMIMPIN ARABLAH YANG MUSNAHKAN PALESTIN PDF Cetak Emel
 kezaliman_israel-2.jpg
      Kezaliman Rejim Yahudi seterusnya di bumi Palestin

 

Hari ini 7 Disember 2008 , telah masuk hari yang ke 11 Israel menyerang bumi Palestin tanpa henti . Maklumat dari saluran media Barat, AP melaporkan, sejak serangan dilakukan  pada 27 Disember lalu hingga saat artikel ini ditulis , Rejim Israel telah membunuh 585 orang rakyat Palestin termasuk 94 orang kanak-kanak , serta mencederakan 2,500 rakyat biasa .

Akibat serangan udara tentera Israel yang bertubi-tubi itu memusnahkan begitu banyak bangunan di Bandaraya Gaza serta Genting Gaza , mengakibatkan terputusnya bekalan air dan elektrik , manakala bekalan makanan semakin terdesak dan membimbangkan.

Baca lagi...
 
CATATAN KUNJUNGAN TAKZIAH KE ISTANA SERI MENANTI PDF Cetak Emel
tunku_jaafar_-2.jpg

 TUANKU MUHRIZ KETIKA MENITAHKAH 

PEMAKAMAN ALMARHUM TUANKU JA'AFAR

Catatan pertama saya pada 28 Disember lalu bertajuk Sekilas Memori Bersama Almarhum Tuanku Jaafar, tidak lengkap tanpa diturunkan catatan saya semasa menziarahi jenazah Almarhum di Istana Seri Menanti pada keesokan harinya 29 Disember 2008. Walaupun agak terlewat beberapa hari, kerana dihambat masa , kini saya peturunkan catatan saya itu di laman ini , semoga ada manfaatnya , walaupun kecil, segala maklumat yang dicatatkan ini .

 

Isnin lalu , 29 Disember 2008, saya dan isteri bertolak ke Istana Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan niat untuk menziarahi jenazah Almarhum Tuanku Jaafar , Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang telah mangkat dua hari sebelumnya. Kami bertolak kira-kira jam 12.00 tengahari , kerana menunggukan isteri saya yang demam selsema pulih sedikit. Sebelum bertolak saya menghubungi Presiden Majlis Datuk Persekutuan Datuk Mohamad Maidin untuk mengajak sama ke Negeri Sembilan, tetapi beliau bermusyaqah tak boleh ikut bersama, dan meminta saya mewakili semua Ahli Majlis.

Baca lagi...
 
SELAMAT TAHUN BARU BUAT PELAWAT LAMAN INI PDF Cetak Emel

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada para pelawat Laman saya, dan saya  mendoakan semuga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat, dipanjangkan umur dan murahkan rezeki anda semua, semoga anda dan keluarga diberikan kebahagiaan dan perlindungan yang berpanjangan oleh Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya sangat gembira sekiranya para pelawat yang sering singgah di Laman saya www.yazidothman.com dapat menurunkan sebarang cadangan untuk saya meningkatkan lagi usaha mengisi laman ini supaya lebih bermutu dan berfaedah buat kita bersama.

Baca lagi...
 
RINGKASAN BERITA DALAM SEMINGGU SERTA ULASAN PDF Cetak Emel
logo_blog_ulasan.jpg
RINGKASAN BERITA DLM SEMINGGU 

BANTULAH PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA  

 

dy.jpg

BARISAN KE EMPAT DARI KANAN IALAH DATO' ISMAIL KIJO DAN DI SEBELAH  KANANNYA PENULIS SENDIRI 

 


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Sekretariat Tabung  Bencana Alam (STBA) Bukit Antarabangsa merayu kepada masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap status ekonomi penduduk Bukit Antarabangsa yang terjejas akibat bencana tanah runtuh baru-baru ini. "Mungkin orang ramai tidak tahu, ada antara 3,000 mangsa itu,  ada yang tidak mampu membeli susu anak dan lampin pakai buang ekoran kejadian itu. "Disebabkan tinggal di Bukit Antarabangsa mereka dianggap orang kaya sedangkan  sewa apartmen di sana murah, ada yang sekitar RM500 sahaja," kata Pengerusi STBA  Dato’ Ismail Kijo , kepada pemberita selepas melancarkan kempen jualan amal tabung itu di Pasar Budaya di sini hari ini.
Baca lagi...
 
SEKILAS MEMORI BERSAMA ALMARHUM TUANKU JAAFAR PDF Cetak Emel
tuanku_jaafar.jpg 
   Almarhum Tuanku Jaafar

Saya dan isteri merasa amat sedih di atas kepulangan ke rahmatullah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada jam 11.45 pagi semalam 27 Disember 2008 di Wad Diraja Hospital Tuanku Jaafar Seremban . Baginda meninggalkan dunia yang fana ini pada usia 86 tahun dan akan disemadikan di Makam Diraja Seri Menanti Negeri Sembilan selepas Solat Asar esok Isnin 29 Dis 2008. Marilah sama-sama kita menghadiahkan Surah Alfatihah sambil mendoakan semoga roh Almarhum dimasukkan ke dalam kumpulan Roh para Rasul dan Anbia serta para Shuhada’  Amin.

Bila membaca atau mendengar nama ‘Tuanku Jaafar’ (Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman) disebut, maka terbayang wajah baginda di benak kepala saya . Baginda mempunyai perawakan yang tenang, bersahaja, mudah mesra  dan senang menyapa .

Bibir baginda bersama misai tebalnya yang separuh warna keperakan itu, sentiasa tersenyum setiap kali memandang kepada sesiapa saja yang dilihat baginda, berada bersama dalam satu-satu majlis . Suara baginda sungguh lembut dan di akhir setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulut baginda adalah bersama anggukan kecil seperti tunduk hormat kepada yang hadir di sekeliling baginda .

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 109 - 120 dari 234
 
Joomla Templates by Joomlashack