A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 18 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini59
mod_vvisit_counterBulan Ini3734
mod_vvisit_counterJumlah118656
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Add to Technorati Favorites

Add to Google Reader or Homepage

Laman Utama arrow Koleksi
Koleksi
ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB PDF Cetak Emel

logo_blog_ulasan.jpgSoalan : Bolehkah Saudara Pengarang memaparkan sedikit cerita-cerita mengenai tokoh-tokoh  pengkhianat negara ini? Saidatul Akmar Hussein, Johor Bharu.

Jawapan : Untuk memenuhi soalan ini, saya cuba paparkan disini sedikit kisah yang berlaku dalam Parti Komunis Malaya, sebuah parti politik yang bertujuan jahat untuk mewujudkan pemerintahan komunis di Tanah Melayu (Malaysia) ini. Bagaimanapun parti ini menghadapi pengkhianatan dari dalam pula yang dilakukan oleh orang pentingnya. Saya ingin memetik tulisan Lt. Kol. (B) Haji Ab Aziz Ahmad yang telah disiarkan dalam BTDM bilangan 180 Julai 2009 dalam ruangan ‘Tahukah Anda’. Ikutilah tulisan beliau itu, semoga kita dapat sedikit iktbar daripadanya. - Pengarang

LAI TE SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

picture.jpg

 LAI TE ATAU WONG KIM GYOCK

Baru-baru ini satu upacara sembayang telah diadakan dekat tugu peringatan yang dibina oleh penduduk tempatan di tanah perkuburan Nilai. Tugu peringatan tersebut dibina bagi memperingati kematian beberapa ketua gerila komunis di hutan Batu Caves semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Siapakah yang melakukan upacara itu? Pembaca agaklah sendiri.

Saya ingin memperkatakan kali ini perihal Lai Te, yang terlibat dalam beberapa kejadian pembocoran rahsia Parti Komunis Malaya (PKM) yang mengakibatkan ramai pemimpin negeri PKM terbunuh dan ditangkap pihak berkuasa ketika itu.

Ketika menjadi Setiausaha Agung PKM, Lai Te sangat dihormati dan digeruni oleh semua pemimpin dan anggota PKM di Tanah Melayu (Malaya dan Singapura). Tiada siapa berani mempertikaikan sebarang arahannya yang dikeluarkan oleh Lai Te. Semua arahannya perlu diikuti, dipatuhi dan diambil tindakan dengan segera tanpa sebarang bantahan. Namun kehadiran Lai Te dalam PKM penuh dengan misteri.

 
ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB PDF Cetak Emel

logo_blog_ulasan.jpgSOALAN : Apa pendapat saudara DY tentang tulisan Subky Abdul Latif pada muka lima Harakah keluaran 22-25 Februari 2010 – yang banyak mengkritik DYMM Sultan Perak? Serta hakim-hakim dan siapa sebenarnya Subky Latif ini? – Nor Zaidi, Langgar Alor Setar, Kedah.
Nasihat buat Subky Latif.

 NASIHAT BUAT SUBKY LATIFF

 1. Terima kasih atas soalan saudara yang mengulanginya berkali-kali melalui telefon dan sms, sebenarnya saya sangat terkejut dan kecewa sekali bila membaca tulisan saudara Subky Latif dalam kolumnya bertajuk “Mens sana in Corpore sano” dulu tajuk kolumnya “min aina ila aina” iaitu satu tajuk dalam Bahasa Arab bererti “dari mana hendak ke mana” tetapi tajuk baru kolum beliau ini saya tidak faham dalam bahasa apa. Sekali dengar macam bahasa rojak, iaitu orang puteh pun ada, bahasa jawa pun ada dan seimbas lalu macam Bahasa Latin yang beberapa pengendali kursus motivasi sering menyebutnya.Kerana orang Melayu kerap kagum dengan bahasa yang tak difahami untuk lebih 'bombastic' lagi! itulah juga cara Subki.

 
WARAK KAH PEMIMPIN PAS? PDF Cetak Emel
 tunrazak2nd.jpg

 TUN RAZAK

1. Seseorang yang warak, tidak akan bercakap ikut nafsu dan kepentingan politik atau apa-apa pun yang menyimpang dari kepentingan agamanya dengan keikhlasan serta ketulusan hati yang iman dan takwa.

2. Selama ini ramai yang menyangka Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah lain dari cara Dato’ Nik Abdul Aziz Nikmat, yang bercakap ikut nafsunya semata-mata tanpa mempedulikan akibat percakapannya itu boleh memudaratkan dirinya sendiri yang digelar ‘Tok Alim’ yang sepatutnya tahu dosa dan pahalanya, lebih-lebih lagi ia digelar ‘Pemimpin Ulamak’

 asri.jpg

 MOHD ASRI

 
TANG ANWAR , NIK AZIZ MULA MERAPU PDF Cetak Emel

images_copy_copy_copy.jpg

BERITA DAN ULASAN

Bacalah petikan berita di bawah ini  betul-betul dan para pembaca buatkan kesimpulan sendiri- pengarang
 nik_aziz_new1.jpg

 NIK AZIZ

 

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan perbicaraan Penasihat Parti Keadilan Nasional (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai usaha bersepadu untuk mengkucar-kacirkan sistem pengasingan kuasa di negara ini. Malah sokongan padu diterima oleh Anwar daripada rakan pakatan pembangkang yang lain termasuk membenarkan campur tangan pihak luar jelas memperlihatkan kesungguhan mereka untuk mencapai matlamat tersebut.
 
PETRONAS DAN KEWIBAWAAN HASSAN MERICAN PDF Cetak Emel

Banyak sekali pertanyaan dihadapkan kepada saya oleh rakan, taulan, kenalan dan pelayar laman blog saya, melalui  sms ke telefon bimbit saya, telefon pejabat serta rumah yang ingin tahu pandangan saya mengenai persaraan Tan Sri Hassan Merican  sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas  seperti yang diumumkan  oleh Perdana Menteri baru-baru ini dan akan digantikan oleh orang bawahan Tan Sri Hassan yang akan berkuatkuasa pada 10 Februari ini. , dan ingin mendapat pandangan saya apakah penggantinya kelak sama dengan Tan Sri Hassan atau sebaliknya .

 
PETRONAS DAN KEWIBAWAAN HASSAN MERICAN PDF Cetak Emel
 hassan_copy.jpg

 TAN SRI HASSAN MERICAN

Banyak sekali pertanyaan dihadapkan kepada saya oleh rakan, taulan, kenalan dan pelayar laman blog saya, melalui  sms ke telefon bimbit saya, telefon pejabat serta rumah yang ingin tahu pandangan saya mengenai persaraan Tan Sri Hassan Merican  sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas  seperti yang diumumkan  oleh Perdana Menteri baru-baru ini dan akan digantikan oleh orang bawahan Tan Sri Hassan yang akan berkuatkuasa pada 10 Februari ini. , dan ingin mendapat pandangan saya apakah penggantinya kelak sama dengan Tan Sri Hassan atau sebaliknya .
 shamsul.jpg

 Dato’ Shamsul Azhar

Sebenarnya saya baru keluar dari berihat di PUSRAWI sebuah hospital swasta di Ibunegara kerana kurang sihat, demam dan pening-pening sikit hampir seminggu . Kini sudah ok dan boleh sambung kerja semula dan juga boleh menulis semula bila terluang.

 
GEREJA DIBENAR GUNA KALIMAH ALLAH PDF Cetak Emel

 

images_copy_copy_copy.jpg

BERITA DAN ULASAN

Oleh SUWARNI MOKHTAR
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 
ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB PDF Cetak Emel

 

logo_blog_ulasan.jpgMulai  hari ini satu ruangan  baru ‘ Anda Bertanya Saya Menjawab’  kami wujudkan dengan kerjasama Penyusun Atur  laman blog saya ini, di mana para pembaca budiman boleh bertanya  soalan , melalui telefon,  email,  laman blog saya sendiri dan surat kepada nombor atau alamat seperti  yang  tertera  dalam profil saya d iatas (klik profil) bertanya sebarang soalan, manakala  saya pula bersedia menjawab mengikut hemat saya yang sehabis baik yang mungkin , terhadap soalan yang dikemukakan itu. Terima kasih.

 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 12 dari 171
 
Joomla Templates by Joomlashack