|
BERITA DAN ULASAN
KOTA BHARU 23 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatkan langkah Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kadir meletakkan jawatan sebagai suatu tempelak kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketuanya, Anuar Sapian berkata, beliau percaya Rosli bertindak demikian kerana masalah peribadi yang tercetus ekoran kes poligami beliau dan mungkin ia tidak memberi banyak kesan kepada parti itu.
Namun, katanya, tindakan Rosli itu telah memperlihatkan bahawa beliau mempunyai prinsip dan tanggungjawab untuk menjaga integriti parti.
|
|
Baca lagi...
|
|
Perhimpunan Agung PAS Se Malaysia yang diadakan di Selangor baru-baru ini , memberikan isyarat jelas bahawa kepimpinan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu diakhiri segera demi peredaran masa , kerana Pesuruh Jaya PAS Kelantan itu , yang juga Menteri Besar Kelantan, sering mengganggu gugat hasrat kepimpinan PAS Pusat dari menjalankan tugas mereka dengan aman.
Semasa memberikan gangguan terhadap segala perancangan pimpinan PAS pusat itu Nik Aziz meletakkan dirinya sebagai Mursyidul Am PAS yang seimbas lalu semacam berada di kedudukan tertinggi dalam parti. Tetapi hakikat sebenarnya tidaklah demikian. Kerana jawatan Mursyidul Am PAS itu hanya diwujudkan untuk memberi kan penghormatan kepada mana-mana tokoh ulama PAS yang banyak berjasa kepada parti itu , tetapi kini sudah tidak memegang apa-apa jawatan lagi baik dalam kerajaan mahu pun dalam parti.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Beberapa hari lalu saya ke Pulau Pinang, sebuah pulau yang digelar Pulau Mutiara, satu nama yang diletakkan oleh orang Melayu satu ketika dulu , sesuai dengan cantiknya serta indahnya pulau tersebut , sesuai dengan kedudukannya sebagai pantai paling selatan bagi Negeri Kedah. Saya bercuti dua hari sana untuk menemui teman-teman lama di Tanjung , sewaktu saya bertugas di negeri itu pada awal tahun 80an lalu. Masih ramai teman lama saya di sana, walaupun ramai juga yang telah berpindah dari sana.
Sesampai di Argill Road, iaitu , tempat terawal bertapaknya pejabat Utusan Melayu di Pulau Pinang, menggantikan Warta Negara dan tempat lahirnya Akhbar Bintang Timur, saya menjadi tidak sabar lagi untuk menikmati teh tarik dan roti canai di situ . Di sini telah mengukir seribu kenangan buat saya; di mana selepas tidak disukai oleh Lee Kuan Yew di Singapura, kedatangan saya di Pulau Pinang ini bukan sahaja tidak diucapkan ‘Selamat Datang’ oleh Lim Chong Eu, tetapi sebaliknya saya telah dianggap tetamu yang tidak mesra dengan Tuan Rumah, lantaran ‘Menjaga Tepi Kain’ nya !
|
|
Baca lagi...
|
|
|
|
LIM GUAN ENG
|
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Tidak ada
sebab lain mengapa Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd Aziz Bin Nik Mat begitu ghairah nak singkirkan Timbalan
Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa dari menjadi orang nombor dua dalam parti itu ,
selain dari semata-mata mengikuti kehendak buah hati pengarang jantungnya Dato’
Hussam Musa.
Nik Aziz
tidak mempunyai sebarang agenda tersendiri dalam hidupnya . Dia orang yang
‘simple’ tak ada cita-cita besar dalam sepanjang kerjaya politiknya. Dia mahu
berdakwah, berceramah di surau-suaru, di kampong-kampong untuk mengajak orang bersembahyang
mengingati Allah .Itu saja. Selaklah lembaran sejarah hidupnya semasa menjadi
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang begitu lama sejak di zaman Dato’ Mohad Asri
Haji Muda dulu lagi, dimana setiap kali beliau bangun bercakap , dia
mengingatkan Speaker Dewan Rakyat agar meminta semua Ahli Parlimen yang
beragama Islam yang bersidang itu untuk berhenti sembahyang (bila masuk waktu Zuhur dan Asar), sehingga beliau kerap menerima perli agar
menumpukan kepada isu yang dibincang di
Dewan Rakyat itu.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
ULASAN DALAM SEMINGGU
KETUA POLIS NEGARA SUDAH PUTUS ASA!!
 |
| MUSA HASSAN |
KUALA LUMPUR 25 Sept. – “Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun
(dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.”
Begitu luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa
dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di
negara ini.
Beliau turut mendedahkan, mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas
sehingga menyumbang peningkatan kemalangan maut itu juga melibatkan
segelintir pemimpin politik.
Kata beliau, seharusnya pemimpin masyarakat menunjukkan kepimpinan melalui teladan serta contoh kepada orang ramai.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
|
Sempena kedatangan 1 Syawal pagi ini , saya dan keluarga mengambil
kesempatan di ruangan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARIRAYA
AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat kaum keluarga, sahabat handai,
pembaca setia blog ini dan semua umat Islam di mana juga berada. Semoga
ibadat puasa di bulan Ramadhan yang bakal ditinggalkan beberapa jam
lagi dan amal ibadat yang dilakukan sepanjang bulan mulia itu diterima
Allah SWT. Semoga kita berpeluang untuk melaksanakan ibadat itu di
tahun hadapan, amin.
Saya memohon maaf kerana sudah agak lama tidak mengemaskini laman blog
ini. Kesibukan mencari rezki dan ibadah di bulan Ramadzan menyebabkan
tidak banyak waktu untuk menatap halaman berita di dada-dada akhbar,
salura-saluran berita tv global, membaca SMS teman-teman serta kenalan
; untuk memasukkan ulasan dan pandangan dalam laman blog saya ini .
Alhamdulillah saya mula berkelapangaan mulai awal Syawal ini dan insya
Allah kita bertemu semula dilaman ini seperti biasa ! . Di bawah ini
saya diperturunkan beberapa pilihan berita yang boleh dijadikan
renungan dan iktiba kita bersama.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
|
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyerahkan bendera Union Jack kepada wakil British
dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu buat pertama kali selepas laungan
Merdeka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957
|
Esok Negara dan rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan untuk
ke 52 tahun, satu tempoh yang dikira begitu matang dan dewasa sekali.
Negara Malaysia sudah mereka 52 tahun dan bukan 25 tahun, iaitu usia
remaja, masih mencari arah tuju, darah muda dan kalau ibarat orang baru
kahwin, masih banyak wang yang diperlukan untuk hidup dalam keadaan
senang lenang.
Tetapi hakikatnya, Malaysia merdeka hari ini masih ibarat orang baru
bernikah. Tidak stabil dari segi kedudukan ekonomi bangsa teras negara
ini, masih mencari kesesuaian hubungan suami isteri iaitu hubungan kaum
hingga menyebabkan salahfaham kedudukan bangsa pendatang yang mengugat
ketuanan Melayu di negara ini.
Selaku Pengerusi Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) saya terpanggil dan
sering terkesan di hati setiap kali memperkatakan tentang betapa tidak
merdekanya bangsa Melayu di bumnegara ini yang sesuatu ketika dinamakan
Tanah Melayu.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 73 - 80 dari 229 |