 |
| Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Utusan Malaysia 2 Mei melaporkan Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik
Abdul; Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan
Dato’ Ahmad Shabery Cheek untuk tidak lagi menyiarkan secara langsung
sidang parlimen melalui RTM , kerana terdapat tindak tanduk ahli
parlimen terutama pembangkang, persis budak-budak bertengkar dan
menggunakan bahaqsa kesat kepada pihak anggota penyokong kerajaan.
Katanya kalau ada orang buat kecoh diparlimen “itu dia punya
pasal…biarlah pengundinya saksikan..” dan pandangan beliau ini perlu
diberikan perhatian oleh Menteri Penerangan baru itu. Saya jadi
bersetuju dengan pandangan beliau itu. Pihak Kementerian Penerangan
tidak perlu merasa malu dengan tindakan dan gelagat pihak pembangkang
itu , memandangkan rakyat yang mengundinya perlu tahu dengan jelas,
bagaimanakah wakil rakyat yang mereka undi itu berperanan diparlimen.
Sebenarnya jika diinsafi betul-betul tanggungjawab yang dipikul oleh
setiap wakil ke parlimen adalah amat berat, untuk dibawa ke parlimen
bagi menyelesaikan segala kemushkilan dan masaalah rakyat masing-masing
, manakala masa yang diberikan untuk seseorang berucap adalah amat
terhad . Dan tidaklah sesuai masa yang begitu berharga, dihabiskan
dengan membuat provokasi dan gurauan menggunakan kata-kata kesat
terhadap lawan masing-masing. Itu tidak serius namanya.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Nampaknya perkembangan
terbaru dalam mayarakat India di Malaysia hari ini lebih menarik .
Sebelum ini mereka merasakan disia-siakan oleh MIC, lalu mereka
menukar kepercayaan kepada pembangkang dengan mengundi
pembangkang dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.
Berikutan itu
sebahagian penyokong MIC dikatakan mula mencari parti alternative
kaum India iaitu parti Barisan Progresif India (IPF) pimpinan Tan Sri
MG Pandithan. Bagaimanapun pemimpin utama IPF itu meninggal 30 April
semalam. Kekuatan IPF hanya dilihat berada 100% dalam pribadi
presidennya MG Pandithan, dan tanpanya parti itu tidak mempunyai
kekuatan apa-apa lagi.
Kini satu pilihan
terakhir yang ada kepada masyarakat India dinegara ini ialah Parti
Progresif Rakyat ( PPP) pimpinan tokoh terkenal Dato’
M.Kayveas. Parti komponen BN ini sejak peringkat awal penubuhannya
dilihat sebagai satu lagi parti politik khusus untuk kaum India
dinegara ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Tahniah Dato’ Ibrahim Ali kerana pada 29 April lalu telah mengundi ahli
parlimen Bluran Datuk Donald Kiandee dan ahli parlimen Santubung Datuk
Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan
Rakyat, mengalahkan calon pembangkang Dr. Tan Seng Giaw ahli parlimen
DAP Kepong.
Ini adalah kematangan Ibrahim Ali dan perbuatan beliau itu perlu
diberikan pujian kerana sikapnya itu dengan sendirinya memperkasakan BN
yang didokong oleh parti Melayu UMNO. Kalaupun Ibrahim mengundi calon
DAP itu , Dr.Tan tidak juga menang kerana jumlah undi yang dipungut
hanyalah 81 undi, berbanding dengan kedua-dua calon lawannya memungut
140 dan 157 undi . Tetapi ini adalah soal prinsip Ibrahim sendiri.
Sekiranya prinsip Ibrahim ini kekal begini, saya yakin dan percaya
beliau tidak akan menimbulkan masaalah kepada anggota BN dalam Parlimen
sepertimana yang digembar gemburkan, kononnya Ibrahim Ali dan ahli-ahli
parlimen pembangkang lain yang bertambah bilangannya , akan
‘membelasah’ anggota parlimen BN serta para menteri dan timbalan
meneteri Kerajaan BN kali ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Menteri Besar DAP,PKR PAS Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,secara terang-terang mengenepikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak daalam
keghairannya menggunakan kuasa untuk memerintah negeri itu, dengan
memerintahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry
Sury bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam.
DYMM Sultan Perak
|
Alasan yang diberikan, sangat dangkal, iaitu katanya, “ Menteri Besar
Perak BN dulu bila mula masuk pejabat saja terus tukar SUK.” Soalnya
yang ditukarkan Menteri Besar BN itu bukan Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak yang dibawah kekuasaan langsung DYMM Sultan Perak dimana
pengerusinya sendiri dipegang oleh YTM Raja Dr. Nazrin, Raja Muda
Perak.
Ia menjadi bahan ketawa kerana berita itu menjadi tajuk utama media
arus perdana Negara ini pada 30 April semalam. Inilah yang dikatakan
dalam pepatah Melayu “orang Muda Berjolong Keris” ertinya seorang
kanak-kanak yang meningkat dewasa yang baru dapat keris ditangannya,
lalu ditikam keris itu terhadap sesesiapa saja yang melintas
dihadapannya , yakni dia kemaruk bertikam. Kalau tidak ada siapa-siapa
lalu dihadapannya, dia akan cari batang pisang atau batang kelapa,
untuk ditikam semahu-mahunya , tanpa memikirkan akibat kepada orang
lain dan juga dirinya !
Mengikut kabarnya yang sampai kepada anakbuah saya, bahawa Datuk Jamry
ini memang kurang senang hati dengan Projek Ternakan Ladang Babi yang
diisytiharkan oleh Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Oleh kerana
kerajaan negeri Perak juga juga diperintah oleh pakatan pembangkang
DAP,PKR dan PAS macam kerajaan negeri Selangor juga, ada kemungkinan
Datuk Jamri Pengarah JAIP ini ada menyatakan pendapat pribadinya yang
tidak setuju dengan projek seperti itu, jika hendak dibawa ke negeri
Perak kelak.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Yazid Othman bersama Perdana Menteri
di pejabatnya baru-baru ini.
|
Keputusan Perdana Menteri adalah dibuat oleh dia sendiri dan tidak
benar seperti tuduhan pihak
tertentu kononnya segala keputusan PM
datangnya dari tingkat empat (tingkat empat ertinya tingkat yang berada
dibawah satu tingkat daripada kedudukan pejabat PM ditingkat lima di
JPM di Putera Jaya). Baru-baru ini saya berkesempatan menemui PM
dipejabatnya dan sempat juga bercakap-cakap dengan rengkas dalam serba
sedikit isu terkini. Saya ada mengajukan perkara yang dibualkan
dikedai-kedai kopi tentang keputusan PM dari tingkat empat, dan dengan
selamba dan tenang sekali, PM menjawab seperti berikut:
“ Sesiapapun boleh bercakap dengan saya, termasuk menantu saya,
mengenai apa saja topic, tetapi akhirnya segala keputusan, saya sendiri
yang buat, Paklah lah yang buat dan tidak dipengaruhi oleh
sesiapapun..” kata Pak Lah.
Secara lojiknya pun Kamaluddin anak lelaki PM itu tidak akan
mempengaruhi bapanya membuat keputusan dalam mentadbir kerajaan . Kamal
ini saya kenal begitu lama, halus budibahasanya, sentiasa senyum bila
bercakap serta bijak berfikir. Bila saya berbual dengannya beliau
begitu berhati-hati menjawb bila isu perbualan berkaitan dengan
bapanya. .
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Penulis bersama Tun Mahathir di
Istana Negara beberapa bulan lalu.
|
Beberapa bulan lepas saya menerima jemputan dari Istana Negara untuk menghadiri upacara memberikan gelaran TUN kepada Tun Musa Hitam. Tetamu lain yang dijemput termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad. Oleh kerana saya nampak Tun Mahathir keseorangan , saya menghampirinya dan memberi salam serta berbual dengannya. Saya membuka perbualan dengan mengatakan “ Negara kita ini beruntung kerana bekas Perdana Menteri
masih sihat dan boleh memberikan panduan kepada Perdana Menteri baru…”
Dengan selamba Tun menjawab “ itu kata u Negara ini beruntung kerana
saya masih sihat boleh beri nasihat kepada Perdana Menteri baru, tapi
yang sebenarnya Pak Lah tak minta nasihat apapun dengan saya….”
Satu peristiwa lagi , saya bertemu dengan bekas wanita pertama Malaysia Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dalam satu majlis di Ibu Negara
baru-baru ini dan sempat berbual singkat dengan beliau . Antara lain
katanya, “ suami saya sekarang lebih sibuk dari dulu …”
Kedua-dua peristiwa diatas menunjukkan Tun Dr. Mahathir perlu diberikan
tugas yang sesuai oleh kerajaan yang memerintah sekarang. Adalah tidak
tepat kalau ada yang memberikan alasan jangan berikan apa-apa jawatan
kepada Tun kerana kita mahu dia berehat, sedangkan hakikatnya beliau
begitu sibuk, yang membawa erti dia tidak mahu berehat dan bersedia
untuk meneruskan khidmat kepada Negara tetapi tidak diminta beliau
berbuat demikian.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ladang ternakan babi negeri Selangor yang bernilai 100 juta itu
bukanlah seperti apa

Abdul Khalid Ibrahim
|
yang digambarkan oleh kerajaan baru Selangor yang
kononnya ladang itu adalah dibiayai oleh para taukeh babi sendiri.
Kebenarannya ialah wang yang sebanyak itu adalah datangnya dari dana
program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kerajaan baru Selangor begitu sibuk mendedahkan kononnya perancangan
untuk mengadakan projek ladang babi besar-besaran itu bermula dari masa
Dr. Khir Toyo memerintah Selangor, manakala Dr. Khir Toyo pula begitu
sibuk menafikannya . Pokoknya kerajaan baru Selangor boleh memilih dan
mempunyai kuasa mutlak membuat pilihan untuk projek itu ditukar menjadi
ladang ternakan lembu atau ladang ternakan kambing/ biri-biri, atau
ladang ternakan rusa atau ladang ternakan itik atau ayam kampong;
dengan pembiayaan daripada dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.
Tan Sri Khalid Menteri Besar Selangor seharusnya sensisitif dan peka
dengan perasaan orang Melayu yang menjadi majoriti penduduk Selangor
itu. Saya sedar benar bahawa orang Melayu di Selangor sedang
mencari-cari apakah keistimewaan kerajaan baru ini untuk dibanggakan
selepas PKR mengambil alih kuasa dalam pilihanraya umum ke 12 yang baru
lalu. Alasan yang dicari itu mencakupi pelbagai segi termasuk keadilan
dan kesaksamaan tanpa memilih bulu, agama, kebajikan untuk rakyat dan
seribu harapan lain lagi.
|
|
Baca lagi...
|
|
Hishamuddin Hussein
|
Apa relevannya Isu keris Panca Warisan dan kekalahan BN di PRU 12.
Inilah yang menjadi intipati di dada-dada akhbar sejak dua hari ini.
Akhbar-akhbar arus perdana semalam dan hari ini (26 dan 27 April 2008 )
ke seluruhan memaparkan berita mengenai permohonan maaf Ketua Pemuda
Umno, Hishamuddin Hussein terhadap tindakannya menghunus dan mencium
keris menyebabkan masyarakat bukan Melayu ditakutkan oleh politik
persepsi dan gembar gembur terhadap keris sebagai satu simbol. Lebih
malang lagi beliau mohon maaf kepada orang Melayu dan mengaku kalah
dan tewas kerana tidak mampu mempertahankan keris sebagai simbol
warisan bangsa.
Maka pengakuan `wira’ yang menjadi sanjungan dan harapan pemuda Melayu
ini disokong dan dipuji pula oleh pemimpin politik Melayu. Dikatakan
satu tindakan yang bijak dan sikap keperihatian Ketua Pemuda Umno
terhadap isu itu.
Apa lagi yang Melayu tinggal? Kalau semangat dan warisan budayanya
sendiri pun gagal untuk dipertahankan. Mengapa kita terlalu cepat mahu
melatah dan mengaku kesilapan yang sebenarnya ia bukan satu kesalahan
dan kesilapan. Kenapa kita terlalu mengambil sikap mahu menjaga
sensitiviti bangsa lain kerana mereka tidak memahami warisan dan budaya
kita? Kita pula dengn mudah menyinggung perasaan bangsa sendiri kerana
nak jaga perasaan bangsa lain. Salahkah kita mengamal dan mewarisi
budaya dan adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita berkurun-kurun
lamanya itu?
Nampak jelas di sini Hishamuddin tidak mempunyai asas semangat
keperwiraan Melayu tulin yang selama ini dilambangkan oleh Keris Pusaka
kita. Kalau Keris Pusaka itu membuatkannya rasa panas bila menyentuhnya
dan tak lena tidur dibuatnya , maka jelaslah bahawa beliau tidak layak
menyandang Keris Pusaka Bangsa yang membawa erti mendokong kuasa
kepertuanan Melayu.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 21 22 23 24 25 26 27 28 29 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 217 - 224 dari 229 |