A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 3 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini24
mod_vvisit_counterBulan Ini7601
mod_vvisit_counterJumlah547265
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
BOLEHKAH PERKAHWINAN MAS - AirAsia DIBATALKAN ? PDF Cetak Emel

"Mengapa MAS tidak jualkan sahamnya kepada GLC yang kayaraya iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji (LTH)?" demikian persoalan yang diajukan oleh seorang teman rapat saya sebagai reaksi beliau terhadap penjualan saham MAS kepada Air Asia kelmarin.

"MAS adalah sebuah Government Link Company (GLC) yang mewakili kepentingan rakyat yang dikuasai Kerajaan, tetapi kenapa MAS jualkannya kepada sebuah syarikat Individu yang pada hal MAS banyak pilihan lain untuk tidak jatuh ke tangan individu yang langsung tak ada kaitan dengan kepentingan rakyat negara ini? " kata seorang lagi teman saya , seorang ahli perniagaan di ibunegara ini.

Baca lagi...
 
SELAMAT TINGGAL RAJAGOBAL.. PDF Cetak Emel

Kekalahan Malaysia di tangan Singapura untuk melangkah kepusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Bukit Jalil kelmarin merupakan peristiwa "Selamat Tinggal Rajagobal" dari menjadi Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya.

Rajagobal sudah beroleh 'kemenangan besar' dari segi 'ego' nya yang tetap mempertahankan keputusan ceteknya, tidak mahu mendengar sebarang nasihat daripada orang lain, agar Pemain Pertahanan pasukan itu digantikan dengan para pemain yang lebih mantap, lebih muda dan lebih bertenaga dari pasukan 'Harimau Muda' negara.

Baca lagi...
 
HAJI HADI LAKUKAN KESILAPAN DEMI KESILAPAN PDF Cetak Emel

RAKYAT MELAYSIA MULAI KENAL SIAPA PEMIMPIN PAS

Tidak hairanlah Haji Hadi sebagai YDP/Presiden Pas membuat kesilapan demi kesilapan tentang pendirian partinya dan pendirian peribadi beliau sendiri. Pendirian yang terkini ialah beliau mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah yang di ketuai oleh Ustaz Azizan, bersetuju dengan desakan DAP agar kerajaan negeri itu menggugurkan keputusannya yang  melarang pusat-pusat hiburan negeri itu dari beroperasi di bulan puasa ini.Ini mencerminkan pendirian politik Haji Hadi dan pendirian peribadinya yang sebenar iaitu seperti  'lalang' yang sentiasa terpengaruh dengan tiupan angin.  Pendirian peribadi beliau sendiri terpancar melalui ceramahnya dan segala tulisannya dalam buletin parti itu iaitu Harakah dan Risalah.

 

Sebelum ini pun, kerap beliau tergelincir dari paksi seorang pemimpin Islam, atau seorang yang beriman apabila mengatakan Datuk kepada Baginda Rasulullah SAW Abdul Muttalib, adalah seorang 'Kafir' begitu juga bapa saudara Rasulullah SAW Abu Talib, yang berasaskan pembacaan beliau yang berat sebelah dan berasaskan tulisan beberapa penulis kitab yang memihak kepada Muawiyah dan keturunannya, (yang menentang anak cucu Rasulullah SAW) yang  lahir lebih dua ratus tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW.
 

Baca lagi...
 
RAYKAT PASIR PUTEH TAHU MENILAI PDF Cetak Emel
Alhamdulillah pagi ini saya makan nasi belauk di Wakaf Tuan Fara P.Puteh cukup berselera. Lebih indah suasana makan pagi itu apabila orang-orang Pasir Puteh masih bercakap mengenai kesan kedatangan Perdana Menteri ke P.Puteh pada 2hb Julai lalu. Dato' Seri Najib disebut-sebut kerana sanggup masuk ke pasar P.Puteh untuk menemui para peniaga,ini adalah peristiwa bersejarah bagi peniaga dalam pasar kerana dilawati oleh pemimpin tertinggi negara.

Selain itu para pemandu teksi juga tak putus-putus berterima kasih kepada PM yang sanggup masuk ke bangsal persatuan mereka yang daif itu dan bersalam dengan semua pemandu teksi P.Puteh serta mendengar masalah yg dihadapi mereka selama ini. Sangat menyentuh hati ialah apabila PM sanggup bertemu dgn setiap bekas pemimpin UMNO P.Puteh yang datang semata-mata untuk menemui PM walaupun ada yang dipapah serta menaiki kerusi roda,tentulah pujian itu pergi kepada Ketua Bahagian UMNO P.Puteh (Cikgu Zawawi Othman) yang telah berjaya mengumpulkan lebih 30 ribu rakyat P.Puteh berkumpul menyambut PM.

Walaupun begitu ada ura-ura pihak pembangkang yang cuba membawa pengkhianat negara yang menganjurkan BERSIH yang amat kotor di KL baru-baru ini untuk mengotorkan P.Puteh ini.
Kononnya untuk membasuh segala kesan baik dari lawatan PM.

Mereka ini ibarat lalat langau yang sering mencari kotoran tak henti-henti.tetapi saya yakin rakyat di P.Puteh lebih matang dari mereka,yang pastinya tidak akan menyokong perbuatan jahat mereka.

Pihak Polis Kelantan hendaklah juga awasi pergerakan yang bakal dicetuskan ini dan mungkin ini boleh mencetuskan keadaan yang boleh mengganggu ketenteraman rakyat di P.Puteh.
 
PERHIMPUNAN NGO DI PWTC : TAHNIAH TO' MAD PDF Cetak Emel

 ( Catitan peristiwa semalam)

Sesampai dimuka pintu masuk ke Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur kira-kira jam 9.00 pagi semalam (10 Julai 2011), Datuk Haji Ahmad Bin Maslan (To' Mad) Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tuan Rumah kepada Majlis Penerangan Perdana itu bertanya sambil bersalam, apakah saya masih terlibat dengan dunia kewartawanan ASEAN, atau nama penuhnya Konfederasi Wartawan ASEAN ringkasnya CAJ...dan saya memberitahunya bahawa mereka telah melantik saya sebagai Penasihat Tetap CAJ (Confederation Of ASEAN Journalists), setelah tamat tempoh saya memegang jawatan Presiden CAJ itu selama tiga tahun.

Baca lagi...
 
RAKYAT SUDAH JELAS SIAPAKAH MEREKA PDF Cetak Emel

ANWAR IBRAHIM DAN AB.HADI AWANG DIBELAKANG AMBIGA

Perhimpunan haram para pengkhianat negara hari ini (9 Julai 2011) telah menjelaskan persoalan dan tandatanya kepada rakyat negara ini sebelum ini mengenai siapakah 'Batu Api' dibelakang Ambiga yang mendalangi peguam perempuan yang tidak ada kredibiliti itu.

Anwar Ibrahim yang berjalan seiring dengan Ambiga ditemani rapat oleh Ab.Hadi Awang telah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim jelas mahu rakyat negara ini melupakan kes liwatnya serta tayangan vedio (dibuktikan betul oleh pakar profesional luar negara) perzinaannya dengan pelacur dari China, dengan membuat kerahan supaya pengikut-pengikutnya (sebahagiannya diupah) untuk membuat rusuhan dan huruhara dalam negara ini untuk beliau 'menagguk di air keruh' !

Manakala Ab.Hadi pula, tanpa segan silu memakai baju kuning berserban berjalan mengikut budak-budak baju kuning yang menjerit tak keruan itu…sungguh aib seorang yang sepatutnya menjadi penasihat kepada orang-orang yang menentang undang-undang itu, semata-mata ingin meraih simpati kumpulan tersebut terhadap partinya Pas...tak cukupkah dengan Mat Sabu yang berarak itu?

 

Baca lagi...
 
RISIKO KEBEBASAN MEMBUTATULI PDF Cetak Emel

KELEMAHAN POLIS BERFUNGSI PUNCA PERUSUH BERHIMPUN
 
Polis sepatutnya tidak membenarkan langsung para perusuh itu berhimpun lebih dari lima orang . Polis sepatutnya tidak membenarkan mana-mana kenderaan masuk ke Pusat Bandaraya kecuali mereka yang mempunyai bukti tinggal dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.
Saya banyak kali menyuarakan perkara ini dalam tulisan-tulisan yang lalu. Para pemimpin pengganas ini perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah serta merta semasa mereka sedang membuat kerahan sebelum ini. Para petugas cawangan khas kita pasti tahu pergerakan mereka, tetapi tidak ada tindakan diambil.

Saya tidak nampak apakah motif pihak Keselamatan dan Ketenteraman Awam pasukan Polis tidak memandang perkara ini penting dihalang sedari awal lagi..Tidakkah bila api telah marak menyala amat sukar nak dipadamkan…jangan pandang ringan kepada pengkhianat…mereka telah diberikan cukup upah !!!

 

Baca lagi...
 
IDRIS JALAL : FAHAMI SENSITIVITI ORANG MELAYU PDF Cetak Emel

JANGAN BIARKAN ORANG BUKAN MELAYU BERCAKAP SOAL GLC

Orang Melayu sudah tunjukkan perpaduan mempertahankan Kerajaan Persekutuan dalam isu perhimpunan haram yang dirancangkan oleh pengkhianat negara Ambiga dan pembantu-pembantunya Mat Sabu dan Pemimpin DAP dan PKR ; dengan keseluruhannya membuat bantahan cadangan tersebut secara menyeluruh, yang akhirnya kelihatan mereka dah mula berlembut.

Tetapi kerajaan pada masa yang sama janganlah cuba menyakiti hati orang Melayu dengan kenyataan-kenyataan yang menghiris perasaan mereka..!

Belum lagi soal kerahan demonstrasi jalanan anjuran pengkhianat-pengkhianat  di atas dapat diatasi sepenuhnya, seorang Menteri Pusat, Dato Seri Idris Jalal mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan pegangan kerajaan ke atas syarikat-syarikat GLC . Semua orang tahu melalui syarikat GLC inilah peluang kerajaan menolong orang-orang Melayu mendapat bantuan kerajaan khususnya dalam bidang perniagaan,setelah Kementerian Pembangunan Usahawan yang membantu orang-orang Melayu berniaga sebelum ini dihapuskan.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 17 - 24 dari 229
 
Joomla Templates by Joomlashack