|
|
Kezaliman Rejim Yahudi seterusnya di bumi Palestin
|
Hari ini 7 Disember 2008 , telah masuk hari yang ke 11 Israel menyerang bumi Palestin tanpa henti . Maklumat dari saluran media Barat, AP melaporkan, sejak
serangan dilakukan pada 27 Disember lalu hingga saat artikel ini ditulis , Rejim Israel telah membunuh 585 orang rakyat Palestin termasuk 94 orang kanak-kanak , serta mencederakan 2,500
rakyat biasa .
Akibat serangan udara tentera Israel yang bertubi-tubi itu memusnahkan begitu banyak bangunan di Bandaraya Gaza serta Genting Gaza , mengakibatkan terputusnya
bekalan air dan elektrik , manakala bekalan makanan semakin terdesak dan membimbangkan.
|
|
|
|
TUANKU MUHRIZ KETIKA MENITAHKAH
PEMAKAMAN ALMARHUM TUANKU JA'AFAR
|
Catatan pertama saya pada 28 Disember lalu bertajuk Sekilas Memori Bersama Almarhum Tuanku Jaafar, tidak lengkap tanpa diturunkan catatan saya semasa menziarahi jenazah Almarhum di Istana
Seri Menanti pada keesokan harinya 29 Disember 2008. Walaupun agak terlewat beberapa hari, kerana dihambat masa , kini saya peturunkan catatan saya itu di laman ini , semoga ada manfaatnya ,
walaupun kecil, segala maklumat yang dicatatkan ini .
Isnin lalu , 29 Disember 2008, saya dan isteri bertolak ke Istana Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan niat untuk menziarahi jenazah Almarhum Tuanku Jaafar , Yamtuan Besar
Negeri Sembilan yang telah mangkat dua hari sebelumnya. Kami bertolak kira-kira jam 12.00 tengahari , kerana menunggukan isteri saya yang demam selsema pulih sedikit. Sebelum bertolak saya
menghubungi Presiden Majlis Datuk Persekutuan Datuk Mohamad Maidin untuk mengajak sama ke Negeri Sembilan, tetapi beliau bermusyaqah tak boleh ikut bersama, dan meminta saya mewakili semua Ahli
Majlis.
|
|
|
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada para pelawat Laman saya, dan saya mendoakan semuga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat, dipanjangkan umur dan murahkan rezeki anda semua,
semoga anda dan keluarga diberikan kebahagiaan dan perlindungan yang berpanjangan oleh Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Saya sangat gembira sekiranya para pelawat yang sering singgah di Laman saya www.yazidothman.com dapat menurunkan sebarang cadangan untuk saya
meningkatkan lagi usaha mengisi laman ini supaya lebih bermutu dan berfaedah buat kita bersama.
|
|
|
RINGKASAN BERITA DLM SEMINGGU
BANTULAH PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA
|
|
|
BARISAN KE EMPAT DARI KANAN IALAH DATO' ISMAIL KIJO DAN DI SEBELAH KANANNYA PENULIS SENDIRI
|
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Sekretariat Tabung
Bencana Alam (STBA) Bukit Antarabangsa merayu kepada masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap status ekonomi penduduk Bukit Antarabangsa yang terjejas akibat bencana tanah
runtuh baru-baru ini. "Mungkin orang ramai tidak tahu, ada antara 3,000 mangsa itu, ada yang tidak mampu
membeli susu anak dan lampin pakai buang ekoran kejadian itu. "Disebabkan tinggal di Bukit Antarabangsa mereka dianggap orang kaya sedangkan sewa apartmen di sana murah, ada
yang sekitar RM500 sahaja," kata Pengerusi STBA Dato’ Ismail Kijo , kepada pemberita selepas melancarkan kempen jualan amal tabung itu di Pasar Budaya di sini hari
ini.
|
|
|
|
Almarhum Tuanku Jaafar
|
Saya dan isteri merasa amat sedih di atas kepulangan ke rahmatullah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada jam 11.45 pagi semalam 27 Disember
2008 di Wad Diraja Hospital Tuanku Jaafar Seremban . Baginda meninggalkan dunia yang fana ini pada usia 86 tahun dan akan disemadikan di Makam Diraja Seri Menanti Negeri Sembilan selepas Solat
Asar esok Isnin 29 Dis 2008. Marilah sama-sama kita menghadiahkan Surah Alfatihah sambil mendoakan semoga roh Almarhum dimasukkan ke dalam kumpulan Roh para Rasul dan Anbia serta para
Shuhada’ Amin.
Bila membaca atau mendengar nama ‘Tuanku Jaafar’ (Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman) disebut, maka terbayang wajah baginda di benak kepala saya . Baginda mempunyai perawakan yang
tenang, bersahaja, mudah mesra dan senang menyapa .
Bibir baginda bersama misai tebalnya yang separuh warna keperakan itu, sentiasa tersenyum setiap kali memandang kepada sesiapa saja yang dilihat baginda, berada bersama dalam satu-satu majlis .
Suara baginda sungguh lembut dan di akhir setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulut baginda adalah bersama anggukan kecil seperti tunduk hormat kepada yang hadir di sekeliling baginda .
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 46 - 50 dari 167 |