A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 13 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini58
mod_vvisit_counterBulan Ini3733
mod_vvisit_counterJumlah118655
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Add to Technorati Favorites

Add to Google Reader or Homepage

Laman Utama
WAJARKAH PEGUAM NEGARA MEMIHAK SECARA EMOSI DALAM KES KEMATIAN A.KUGEN ? PDF Cetak Emel

 

gani_patail21.jpg 
    Abdul Ghani Patail

Kini satu malapetaka sedang berlaku dalam bidang perundangan negara ini ,  apabila Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat kenyataan kepada seorang Timbalan Menteri  (sekiranya benar) semalam  (23 Januari  2009) , mengklasifikasikan kematian A. Kugen, 22, yang sebelum ini disahkan mati semasa dalam tahanan polis Selasa  lalu (20 januari  2009) , sebagai kes bunuh !

Wajarkah Abdul Gani Patail sebagai seorang Peguam Negara , kelihatanya  begitu emosi, dan  tanpa usul periksa , apalagi langsung tidak meminta kenyataan rasmi dari pihak polis di mana A.Kugen ditahan , terus menyebarkan kes kematian ini kepada orangramai khasnya orang politik , melalui panggilan telefon ? Apakah Peguam Negara kita itu mahu dengan berkelakuan demikian ? Mahu menjadi wira ? tetapi untuk kumpulan mana?

Padahal pihak polis sedang berhempas pulas meneliti kes itu secara menyeluruh kerana A.Kugen adalah seorang penjenayah yang dikehendaki polis , untuk disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh untuk melakukan jenayah dan Seksyen 506 kerana membuat ugutan terhadap kakitangan awam. Beliau adalah suspek ahli kumpulan curi kereta mewah , direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan.

 
KEKALAHAN BN DI KUALA TERENGGANU PELAJARAN AMAT PENTING PDF Cetak Emel
wan_farid.jpg 
 W.Farid dan isteri mengundi 

 

Kekalahan calon BN ditangan PAS dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Trengganu malam tadi 17 Januari 2009 , adalah merupakan pelajaran yang amat penting buat para pemimpin UMNO untuk dijadikan iktibar, bahawa seseorang calon yang hendak diletakkan bertanding disatu-satu kawasan pilihanraya itu hendaklah terdiri dari calon yang disukai oleh majoriti penduduk kawasan berkenaan.

Adalah menjadi kesilapan besar memaksa para pengundi untuk memilih calon pilihan parti yang tidak diterima oleh majoriti penduduk setempat , kerana pengundi sekarang amat jauh berbeza dari pengundi tahun 60an, 70an dan 80an, di mana calon yang dipilih oleh parti untuk bertanding ‘terpaksa’ dipangkah oleh para pengundi walaupun bertentangan dengan naluri mereka , kerana tidak ada pilihan lain yang menasabah.

 
KAMPONG BARU DIANGGAP CURI HAK TANAH MELAYU-RAJA NAZRIN PDF Cetak Emel

Untuk makluman tambahan pelawat laman ini, saya terpanggil untuk menyiarkan berita khas tulisan teman saya Hata Wahari dari Utusan Malaysia. -Pengarang

raja-nazrin-shah.jpg
 Raja Nazrin

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950. Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.
Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

 

 
HADAPKAN ISRAEL KESURUHANJAYA HAK ASASI PDF Cetak Emel
images_copy_copy_copy.jpg
BERITA DAN ULASAN
chedet.jpg
Tun Mahathir
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Malaysia akan berjuang untuk menghadapkan Israel ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Geneva supaya badan itu memulakan siasatan dan mengambil tindakan setimpal ke atas pencabulan yang dilakukan mereka.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Malaysia juga akan menggerakkan usaha antarabangsa supaya diwujudkan Tribunal Jenayah Antarabangsa mengenai Palestin seperti yang pernah dilakukan bagi kes-kes sedemikian di Yugoslavia, Bosnia dan Rwanda.
Beliau yakin usaha tersebut tidak keterlaluan kerana rejim Zionis tidak mematuhi ketetapan antarabangsa yang telah dipersetujui dan terus mencabuli undang-undang antarabangsa.
 
KRONOLOGI KEJAHATAN DAN KEZALIMAN KAUM YAHUDI ZIONIS TERHADAP BANGSA ARAB DI PALESTIN PDF Cetak Emel
 palestin_-_6.jpg
     Gambar-gambar ini menjelaskan kekejaman rejim Israel ke atas  rakyat Palestin yang tidak berdosa

 

Bagi memahami bagaimana ragam Bangsa Yahudi yang dimurkai  Allah kerana membunuh para Nabi yang diutuskan Allah dan dibenci oleh umat manusia sejagat kerana perangai jahat mereka, khususnya yang berada di kawasan penempatan haram di Bumi Palestin yang diberi nama Israel itu, disini kami perturunkan petikan dari buku PALESTINIANS SPEAK : I Painted the Snow Black , because we’re afraid of the days (RAKYAT PALESTIN BERSUARA : Kuwarnai Salji Hitam kerana kami takut hari-hari mendatang) oleh Alijah Gordon dan diterbitkan oleh Malaysian Sosiological Research Institute (MSRI) 2001, dan diterbitkan sebagai karya terjemahan DBP 2003, dengan demikian kita dapat melihat urutan tindakan kaum Yahudi Zionis ini terhadap penduduk lain di sekeliling mereka tanpa perasaan perikamanusiaan-Pengarang.   


Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan , Israel , Tebing Barat yang di duduki dan Gaza. Disebabkan kawasan tanah suburnya yang luas serta kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika dan Asia, Palestin sering ditakluk, sehingga lebih kurang tiga puluh kali dalam sejarahnya yang menjangkau 5000 tahun.

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 41 - 45 dari 167
 
Joomla Templates by Joomlashack